Semalam kecoh di media sosial kontroversi hutang RM1 juta, aktres terkenal, Rozita Che Wan.
Pada hari yang sama pada malamnya dia tampil menjual baju terpakai secara langsung di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju terpakai miliknya serta ahli keluarga.
Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.
Ads
Meninjau diruangan komen siaran langsung berkenaan, Che Ta dilihat tidak menghiraukan komen-komen terbabit serta hanya fokus terhadap barang jualannya.
Ads
Ujarnya, jualan baju-baju berkenaan adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya.
Ads
Terdahulu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Tiktok Che Ta & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak, ditinggalkan di gerai tidak bernombor. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.
Mayat tersebut ditemui sekitar jam 2 petang oleh orang awam yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi berkenaan.
“Bayi lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau lagi, mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Penemuan tragis ini mula tersebar luas di media sosial sejak petang semalam.
Ada macam-macam cara ibu ayah menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. Sama ada disambut secara sederhana bersama keluarga atau diadakan majlis untuk famili dan kenalan rapat. Paling penting, anak rasa gembira dapat meraikan ulang tahun bersama kedua orang tuanya.
Berbeza pula cara pelakon cantik dari tanah seberang, Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan yang menyambut ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Issa Xander di Hospital Pesakit kanser Dharmais, Jakarta, Indonesia pada Sabtu lalu.
Memilih untuk tidak menganjurkan majlis mewah untuk ulang tahun pertama anaknya, nikita berkongsi foto dengan pesakit kanser yang berjuang melawan penyakit mereka.
Dia mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan buat semua warga hospital yang telah menyambut baik mereka sekeluarga untuk meraikan ulang tahun Issa bersama pesakit di sana. Turut melahirkan rasa terima kasih kepada para doktor yang terus komited menjalankan tanggungjawab mereka.
“Terima kasih untuk para doktor dan perawat yang tak kenal lelah untuk selalu merawat adik-adik di hospital.”
Nikita telah membuat hantaran di akaun Instagramnya untuk berkongsi tentang aktiviti mereka sekeluarga ketika berkunjung ke hospital tersebut.
Selain itu, pelakon ini juga turut memberi kata semangat kepada pesakit kanser dan sentiasa mendoakan mereka untuk menunjukkan sokongannya kepada mereka.
“Untuk adik-adik atau rakan-rakan yang sedang dalam perjuangan melawan penyakit, teruskan semangat dan ingatlah kalian tidak bersendirian. Saya mewakili pengikut di media sosial akan selalu menyokong dan mendoakan kalian.”
Melalui ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Nikita dan suami dalam menghargai pesakit kanser dan turut meraikan mereka untuk sebagai tanda sokongan.
Ada juga yang mengatakan sambutan ulang tahun kelahiran anak yang dibuat Nikita ini berbeza dengan orang lain yang biasanya mengadakan parti hari jadi. Sesetengah follower juga mengatakan tindakan sebegini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pesakit kanser.
Sekadar recap, Nikita telah berkahwin dengan suami tercinta pada 16 Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia setahun. Terdahulu, ratu sinetron Indonesia ini telah melahirkan Issa di hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles pada bulan April tahun lalu.
Kasih pada haiwan kesayangannya, seorang wanita mendapat perhatian ramai kerana sanggup menyewa sebuah lori khusus untuk membawa kesemua 100 ekor kucing-kucing kesayangannya untuk berpindah.
Menerusi perkongsian video oleh individu yang merupakan jiran kepada wanita tersebut, dapat dilihat sebanyak 100 ekor kucing menunggu sebelum bersedia untuk menaiki lori.
Difahamkan wanita berkenaan mahu berpindah dari Perak ke Kedah dengan turut menyewa sebuah lori khas untuk kucing-kucingnya.
“Tengok jiran nak pindah. 100 ekor kucing Ipoh ke Kedah.
“Penuh satu lori,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terpegun melihat kegigihan wanita ini yang begitu kasih pada kucing belaannya biarpun terpaksa berpindah jauh.
Wang bukan ukuran bila mana semuanya sudah dianggap seperti keluarga.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.