Hati wanita mana yang tidak kecewa bila UPT yang dilihat positif rupanya tidak hamil. Apa lagi bila menanti anak pertama. Apa sebabnya? Fahami punca mengapa keadaan ini terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Ambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
Ads
Sakit yang teruk di perut atau pelvis semasa hamil
Pendarahan faraj
Pening yang teruk, sakit kepala atau pengsan
Sakit bahu
Dorongan untuk buang air besar
Sebarang gejala lain yang membuat anda berasa bimbang
6. Kehamilan kimia
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
Fibroid
Parut tisu
Jumlah hormon tertentu yang rendah seperti progesteron
Kelainan pada bentuk rahim
7. Keadaan perubatan
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
Sista ovari
Penyakit buah pinggang
Jangkitan saluran kencing
Masalah pituitari
Dalam beberapa kes, kanser ovari dan penyakit serius lain
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Ads
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Ads
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Setiap isteri dan ibu perlukan masa untuk bersendirian atau me time untuk mengembalikan mood dan ketenangan. Para suami nak tahu tahap stres isteri mudah sahaja. Kalau tiba-tiba perkara kecil menjadi besar, isteri mudah naik angin dan mudah nak menangis itu tandanya tekanan perasaan di tahap tidak dapat dikawal lagi.
Puan Hazirah Maulana telah berkongsi tentang masa bersendirian yang isteri-isteri perlukan di saat tekanan perasaan di tahap tenat. Pengalamannya sendiri terpaksa berhempas pulas sebagai ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil di samping kerja-kerja menguruskan rumah tangga memang mencabar.
Namun suaminya amat memahami dengan membiarkannya mendapat me time atau masa untuk bersendirian. Berikut ialah perkongsiannya; Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
Aku? Tgh makan jugak tp sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecik tgh menangis minta didukung , 2 org lagi tgh bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
KERJA TAK PERNAH HABIS
Dalam hati. Ya Allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.
Tapi aku? All the time dengan anak anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
BILA STRES, PERKARA KECIL PUN BOLEH JADI BESAR
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah bende kecik pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dgn suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, mmg tak sampai hati nak tinggalkan.
IBU & ISTERI JUGA MANUSIA BIASA
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.
MESTI SOKONG DAN BANTU ISTERI
Pesanan buat para suami,
Kalau anda terlihat tetibe isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.
BERIKAN ISTERI QUALITY ME TIME
Tak kire lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat ape yang dia suka tanpa apa apa gangguan.
Me time utk isteri ni sebenarnya bukan semata mata utk diri dia sendiri tapi kebaikan utk anak anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.
SELEPAS ME TIME, STRES PUN BERLALU
Tiada lagi marah. Tiada lagi stress. Tiada lagi mudah naik angin. Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar. Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dgn mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
SUAMI PERLU CAKNA PERUBAHAN ISTERI
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dgn perubahan si isteri. Sekian.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil
Bahagia dengan cara sendiri
P/s: Thank you husband. Kelebihan awk selalu berjaya tutup kelemahan awk. I love you. Counting days to 5 years of marriage
Sebelum ini tular video reaksi Bonda Rozita yang juga ibu mertua kepada Datin Sri Shahida teruja menyambut kelahiran cucunya Yusoff Al Qardawi sampai terlupa hendak memakai kasut.
Kegembiraan di wajah nenek yang masih sihat dan bergaya ini jelas terpancar sewaktu dia mencium dan memangku cucunya.
Bahkan ramai juga netizen memuji layanan yang diberikan oleh Rozita terhadap menantunya Shahida. Makanan berpantang Shahida yang dimasak oleh Rozita turut dipuji ramai kerana nampak menyelerakan.
Semalam, pengasas Sendayu Tinggi ini berkongsi resipi rendang ayam kampung berpantang yang disediakan untuk menantunya.
Ayam kampung (rebus)
Buah keras
Bawang putih
Serai
Bawang besar
Lada hitam
Kunyit
Ketumbar putih
Garam dan ati ayam (kalau nak letak)
Asam jawa
Cara memasak:
Blend kesemua bahan. Masuk dalam rebusan ayam dan masakkan di atas api sehingga kering (ayam kampung sangat bagus dan organik).
Menurut Rozita lagi menu ini bagus untuk ibu lepas bersalin kerana mempunyai beberapa kebaikan seperti asam jawa membantu luka sembuh dan elakkan masalah gila meroyan dan pening kepala semasa dalam pantang selain daripada membantu proses menurunkan berat badan secara sihat dan menyegarkan badan lepas bersalin.
Penyanyi, Ayda Jebat yang kini berada di trimester ketiga kehamilannya mengakui tidurnya kini semakin tidak selesa. Dan itulah yang kerap berlaku kepada ibu hamil lain.
Malah kongsi Ayda lagi menerusi Instagramnya, waktu tidurnya seakan serba tidak kena, lebih-lebih lagi dihujung kehamilannya.
Tidak hanya tidur terganggu, bahkan kata Ayda lagi, keadaan dirinya kerap keletihan dan tidak mampu berdiri terlalu lama.
“Dah hujung-hujung ni sis tidur tak lena, ke kiri salah, ke kanan salah.
“Berdiri lama-lama penat, duduk lama sakit pinggang pulak, nak makan pun mengah. Tendang tendang jangan cakapla,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kelahiran anak sulungnya yang lahir 18 hari lebih awal, Ayda turut menanti kelahiran anak keduanya ini dengan penuh debaran.
Bimbang anak kedua yang ditunggu semua ini turut sama lahir lebih awal dari tarikh jangkaan pada awal Januari nanti.
“Sikit je lagi baby. Dulu @ananaylaofficial keluar 18 hari awal.
“Yang ini kita kira nanti. Mommies beranak on time tak?,” tulis Ayda Jebat lagi.
Menerusi satu perkongsian Ayda di Instagramnya, ibu kepada Ana Nayla ini juga turut mengalami masalah pedih ulu hati atau heartburn.
“Less than 2 months to go tapi macam tak boleh tahan dah. Haha! Mommies pun macamni kan?
“Also now tengah heartburn sangat. Ada tips tak untuk elakkan heartburn? Now saya dah stop makan pedas, makan kunyah slow, tidur memang duduk la cerita dia haha,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada Julai lalu, Ayda Jebat mengumumkan kehamilan keduanya yang ketika itu mencecah usia lima bulan. Ayda turut mempunyai seorang cahaya mata, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun lebih.
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan...