×
×
Login or Register
Pa&Ma Club
Pa&Ma Club
Pa&Ma Club

Pa&Ma Club merupakan komuniti yang mengumpulkan semua pengikut setia Pa&Ma yang selama ini menyokong perkembangan jenama yang menjadi rujukan ibu bapa di Malaysia dalam membesarkan anak. Bermula dari saat bayi dalam kandungan sehingga anak membesar, Pa&Ma Club terbahagi kepada tiga kategori komuniti mengikut pengkhususan masing-masing iaitu Pa&Ma Moms To Be, Pa&Ma D’ Parents dan Pa&Ma Support BF.

Pa&Ma Club

Pa&Ma Moms To Be ialah komuniti khas untuk ibu hamil. Dari masa ke semasa, bengkel seperti kelas antenatal dengan kerjasama hospital-hospital akan dianjurkan sebagai persediaan dan info kepada bakal ibu mengenai kehamilan, postnatal, dan untuk melengkapkan bakal ibu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan selepas melahirkan bayi.

Pa&Ma Club

Pa&Ma D’Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua bergelar ibu bapa ini diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium.

Pa&Ma Club

Sebagai jenama yang menyokong penyusuan susu ibu, Pa&Ma Support BF diwujudkan sebagai platform khusus untuk para ibu menyusu mendapatkan info tepat daripada mereka yang pakar.

Pa&Ma Club
Pa&Ma Club

Selain mendapat sumber maklumat tepat daripada mereka yang pakar dalam bidang kehamilan, penyusuan dan keibubapaan, ahli komuniti Pa&Ma Club turut mendapat keutamaan dalam setiap aktiviti dan acara yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Paling menarik sekali mereka juga berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah sample percuma, goodies dan hadiah cabutan bertuah.

error: Hello. Cannot.