Jarang-jarang berkongsi gambar peribadi, perkongsian pelakon cantik manis, Lisa Surihani yang memuat naik gambar bersama suami dan ketiga-tiga anaknya mendapat perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik beberapa keping gambar bersama Yusri serta tiga anak mereka, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Paling menarik pastinya gaya sedondon Yusri bersama dua anak lelakinya, Yusof dan Yunos yang mengenakan kemeja t sama. Memang nampak comel.
Tidak kurang comelnya Lisa dan anak sulungnya, Yahaira yang mengenakan baju berwarna merah jambu pekat.
Ads
Bonding keluarga ini yang dikongsikan ini menerima lebih 45 000 tanda suka dari peminat kedua-dua penyanyi dan pelakon ini. Apa lagi melihat aksi comel mereka berlima.
Bahkan anak-anak Lisa dan Yusri turut dipuji comel dan cantik, gabungan wajah ibu dan ayahnya.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilindungi malah terus berkasih sayang dan bahagia sampai syurga.
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Bercuti bersama anak-anak bukan sahaja memberi mereka peluang untuk belajar dan meneroka dunia luar, tetapi juga dapat membina ikatan emosi dan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.
Bahkan dengan masa yang dihabiskan bersama-sama ahli keluarga kita sebagai ibu ayah mengharapkan akan dapat memperkuatkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak akan merasa lebih dekat dan lebih selesa bersama adik beradiknya.
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.
dan banyak lagi.
Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.
Ramai mengenali pasangan dua sejoli, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos kerana personaliti mereka yang menarik serta perniagaan tepung kek yang diusahakan bersama.
Ketika ditemui baru-baru ini, Ezzaty memberitahu perniagaan itu adalah idea dari suaminya dan dia hanya membantu untuk mempromosikan produk tersebut.
Kata Ezzaty, dia merasakan dia lebih mudah untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai dan itulah yang menjadi faktor mengapa dirinya yang sering ke hadapan dan melakukan sesi LIVE di media sosial.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu juga mengatakan idea untuk menjual produk bakeri memang diusahakannya sendiri tetapi idea untuk menjual tepung kek sebenarnya datang dari Azwan.
“Ini semua idea dia. Saya cuma tolong ke depan dan buat LIVE untuk bisnes ni. Kalau anda berada di tmpat kami, anda akan nampak semuanya Azwan yang buat. Perniagaan ni dia yang punya, saya yang bantu dia.
Saya cuma tolong LIVE dan letak nama di produk kami. Saya fikir saya lebih pandai berinteraksi dengan orang jadi saya bantu dia, untuk keluarga kami juga.”
Sempat menjawab tentang isu ‘provider’, Ezzaty bersetuju seorang suami perlu menyediakan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak mengikut kemampuan mereka. Namun pelakon jelita itu juga berkongsi pendapatnya yang tidak salah sekiranya isteri mahu membantu meringkan beban seorang suami.
“Dalam Islam pun memang ada menyebut, suami kena jadi ‘provider’ tapi tak salah kalau isteri tu nak bantu suami. Lainlah suami kita memang mampu, kita bolehlah duduk lalalala tapi kalau kita dah tengok suami dalam kesusahan, apa salahnya kita sebagai isteri bantu.”
Tambah Ezzaty lagi dengan membantu suami bukan sahaja untuk kebaikan sesebuah pasangan sahaja tetapi buat seisi keluarga untuk menjadi lebih harmoni. Untuk Ezzaty, prioritinya adalah untuk kehidupan yang tenang, tidak stres dan ada masalah yang menyebabkan ‘burn out’.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebelakangan ini kebanyakan tadika mengadakan hari sukan sekolah yang melibatkan kanak-kanak dari usia 4-6 tahun terlibat dengan pelbagai aktiviti menarik. Bagusnya hari sukan sekolah ini adalah kerana kesemua murid akan terlibat dan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta dapat merangsang sensori serta kekuatan otot dan memori mereka.
Pelakon cantik, Shakilla Khoriri baru-baru ini berkongsi video anaknya yang terlibat dengan sukan sekolah. Ameena Sofia dilihat begitu aktif dan dapat memahami setiap arahan untuk melengkapkan tugasan yang telah ditetapkan.
Pada awalnya Ameena dan rakan-rakan membuat senaman ringkas untuk warming up dan kemudian aktiviti sukan pun bermula. Antara aktiviti yang dilakukan si comel itu adalah seperti berlari, memanjat, menyelesaikan puzzle dan banyak lagi.
Di penghujung video, Ameena bersama rakan-rakan telah diberikan pingat dan kelihatan sangat gembira dengan aktiviti pada hari tersebut. Malah menurut Shakilla, tahun ini Ameena lebih matang dan tiada drama air mata seperti tahun lepas.
Memang seronok bila tengok anak-anak melaksanakan tugasan serta terlibat dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebenarnya pada hari sukan beginilah ibu ayah dapat melihat perkembangan anak-anak serta skil komuniksi mereka bersama para guru dan rakan-rakan. Good job, Ameena!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!