Cepat masa berlalu, dah sebulan usia anak Elisya Sandha, Bunga Elhaq. Geram sungguh tengok baby Bunga yang dah pandai senyum tiap kali diagah. Cute sangat!
Sejak Bunga lahir, instagramnya dah mempunyai 59.8k pengikut dan sering menjadi perhatian ramai. Kata-kata datuknya yang mesra dipanggil Dadda dalam setiap posting sentiasa menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya.
Melalui IG Bunga Elhaq, kelihatan senyuman comelnya di samping kad tertulis ‘1 month’. Dengan mata sepet dan kulit cerah, memang nampak Bunga seiras daddynya dan sekali tengok macam Nanny Sheila.
Sementara itu, menerusi perkongsian Tok Sidang Jinggo, dia meninggalkan pesan pada cucunya, dalam kehidupan ini, ada 2 perkara yang tidak boleh ditahan dan tidak boleh ditangguhkan… MASA dan USIA sepanjang kita hidup di dunia.
Pilih Senyum Bunga… Kita yang menentukan samada kita tersenyum melihat masa dan usia itu berlalu itu… Elok Bunga senyum melihat apa yang datang apa yang pergi…
Ads
Sebermulanya dari 1 detik ke 1 hari hingga ke 1 minggu dan telah genap 1 bulan Bunga Elhaq hadir dalam keluarga kecil Dadda Nanna… Sebelum 1 tahun MASA akan berlalu Sebelum 1 tahun USIA Bunga di tunggu
Dadda pilih senyum…. Menanti 1 tahun MASA berlalu… Menanti 1 tahun USIA Bunga ilham Ku… Kalau tahu nikmat tersenyum kenapa pilih rasa terharu…
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberitahu Bunga sebiji ikut muka daddy. Kuat genetik Nannaa Sheila Rusly.
“Anak asyik nak berdukung je 24 jam. Nak buat kerja pun tak boleh. Letak je terus nangis. Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai,” luah Aini.
Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar je dia menangis atau ikut kehendak dia?
Jom baca lebih lanjut dariMaryam Jamadi (Occupational Therapist) mengenai perkara ini.
Buat pengetahuan ibu, pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Bayi secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebab bila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk dan terasa dibuai, didodoi.
Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam piramid ini iaitu:
1. Tactile (deria sentuhan)
2. Vestibular (deria keseimbangan/balance)
3. Propioception (deria sendi/joint senses)
Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak. Sebab itu, bayi normal memang suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendi) dan suka didukung (deria keseimbangan).
3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya. Jadi jangan bandingkan anak kita dengan anak org lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan berdukung ok? Ada banyak cara untuk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada je. Contohnya:
Tactile (Deria sentuhan)
1. Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi.
2. Sambil minum susu boleh usap-usap kepala dia.
3. Baringkan bayi dekat atas baju belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
4. Beri bayi gengam jari kita.
5. Usap tangan dan jari jemari bayi.
6. Beri bayi main dengan pelbagai jenis texture dan bentuk.
Vestibular (Deria keseimbangan)
1. Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa dia sedar.
Proprioception (Deria sendi/ Joint sense)
1. Urut lepas mandi. Sangat penting dan tolong jangan skip untuk bayi baru lahir.
2. Pakaikan bedung untuk bayi baru lahir.
3. Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir.
4. Peluk bayi.
Cara di atas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.
Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah dia risau kita “hilang”.
Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang tak nak lepas nak melekat je. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun. Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza.
Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time”, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena juga buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun. Caranya
1. Ajar konsep “bye- bye”.
Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi tandas/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
2. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham.
Bagitahu nak pergi tandas, nak pergi makan nak ke mana-mana. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, tandas dekat mana dan sebagainya.
3. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh cope dengan tempat baru.
4. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas-bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
5. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar-kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak.
6. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.
Apa yang penting adalah emosi kita masa menguruskan masalah anak nak berdukung. Kena bertenang dan jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita yang kelam kabut itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute, tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah, ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat. Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarga agar obesiti boleh dihindari dari awal.
Ibu ayah perlu menanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari awal. Seronok bila tengok anak tembam tapi ibu ayah mesti ambil langkah berjaga-jaga , kerana yang merana nanti ialah si anak. Kurang keyakinan diri dan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes sejak dari usia muda.
5 kesilapan yang ibu ayah selalu tanamkan kepada anak yang boleh menyebabkan anak obes ialah;
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kegemukan melampau atau obesiti di kalangan kanak-kanak adalah kerana ketagihan mereka kepada makanan manis dan makanan diproses. Ia di kongsikan beliau seperti berikut;
“Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?”
Sukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.
Selalunya saya menimbang dan jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.
Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat.
Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi ‘ketagihan’.
Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.
Saya mencadangkan:
Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.
Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengah hari setelah makan sebelum makan tengah hari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengah hari, terus berikan makanan yang berkhasiat.
Jangan simpan jajanan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.
Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.
Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.
Semoga ia membantu.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak macam tak serius kan, tapi bila dengan anak, Jep automatik jadi abah yang penyayang pada anaknya.Walaupun keluar ke konti awal pagi tak menghalang Jep luangkan masanya untuk Dariya Inara apabila di rumah.
Seronok sangat bila tengok Jep mendodoikan anaknya tidur dan dia juga sempat memuat naik status “Setakat tidurkan dariya ni apalah sangat. Abah kt office tidurkn uncle @rahimr2 nakk”.
Daripada status itu ramai peminatnya memuji cara Jep melayan anak perempuannya. Nampak sangat Jep seorang abah yang sporting dan hebat.
Tak kurang juga ada yang mengharapkan Jep dapat jadi abah yang baik pada anak-anak kelak sebab ciri-ciri tu dah ada.
Selain gambar mendodoikan bayinya, netizen juga terharu apabila melihat gambar Jep yang menunjukkan begitu sayangnya dia pada Dariya.
Barulah nampak bagaimana pengorbanan seorang abah pada anaknya, lagi-lagi dengar si kecil menangis.
Ramai yang kata lepas ni Dariya memang akan jadi bff untuk abahnya sebab apa yang Jep lakukan semua untuk si kecilnya.
Semoga kebahagiaan Jep dan Sari Yanti terus berkekalan dengan kehadiran Dariya dan jadi contoh kepada bapa lain untuk sama-sama mendidik dan membesarkan anak-anak.
Kredit: ig Jep Sepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!