Selepas kelahiran bayi kedua mereka, baik Awal Ashaari mahupun isterinya, Scha Alyahya dilihat sering berkongsi mengenai anak kesayangan mereka di Instagram. Pun begitu, biarpun sudah mendedahkan wajah anaknya kepada umum, namun wajah Lyla Amina masih belum jelas kelihatan.

Semalam menerusi Instagram peribadi Awal dan Scha, kedua-duanya berkongsi wajah Lyla dari dekat, sempena usianya sebulan.

“Comelnya Lyla Amina”, Kini Berusia Sebulan, Persis Kakak Lara & Daddy Awal!

Comelnya Lyla Amina, air muka daddy yang cukup jelas kelihatan.

“Yaaaaawnnnn! Mengantuk la sebab malam tadi berjaga dera Mommy and Daddy!

“Alhamdulillah, dah sebulan dah @lylaaminaa Ma sha’Allah. Thanks for all your doa,” tulis Awal di kapsyennya.

“Comelnya Lyla Amina”, Kini Berusia Sebulan, Persis Kakak Lara & Daddy Awal!

Dalam pada itu, Scha turut berkongsi sekeping gambar Lyla yang cukup comel dengan mengenyitkan mata kirinya.

IKLAN

“@awalashaari and @laraalanaa combined! Good luck Mommy”

“Alhamdulillah, sebulan dah usia Lyla. Semoga membesar sihat dan diberkati. @lylaaminaa,” tulis Scha lagi sambil mengiyakan wajah anak keduanya itu persis Daddy.

Pada Khamis lalu, menerusi program Schawal Babyboom 2021 yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam, Awal dan Scha mengumumkan nama anak kedua mereka.

IKLAN

Awal dilihat mendaftarkan nama anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan kemudiannya membuat kejutan dengan membawa sebiji kek untuk Scha dan Lara, bersempena pengumuman itu.

“Comelnya Lyla Amina”, Kini Berusia Sebulan, Persis Kakak Lara & Daddy Awal!

Dalam pada itu, sama seperti Lara Alana, selepas usia sebulan, pasangan ini juga turut membuka akaun Instagram pada anak kedua mereka, @lylaaminaa. Tak sabar melihat perkembangan Lyla nanti.

Semoga Lyla terus menjadi penyeri dan pelengkap bahagia buat ibu ayah dan kakaknya, Lara Alana.

IKLAN

Terdahulu, Scha melahirkan bayi kedua mereka itu pada 12 Februari lalu melalui pembedahan selepas bayinya berada dalam keadaan songsang.

Artikel berkaitan: Tak Tidur Malam Fikir Nama Anak, Lyla Amina Pilihan Scha & Awal Untuk Adik Lara!

Sebijik Kakak Lara, Awal Reveal Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat!

“Comelnya Lyla Amina”, Kini Berusia Sebulan, Persis Kakak Lara & Daddy Awal!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @awalashaari @schaalyahya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI