Semakin dekat hendak bersalin, semakin cemas dan gementar jadinya. Inilah yang dilalui oleh pelakon cantik manis, Mia Ahmad yang kini sedang menanti detik melahirkan cahaya mata ketiganya.

Dengan usia kandungan yang kini masuk 36 minggu, kongsi Mia ia turut membuatkan dia rasa gemuruh biar pun sudah punya pengalaman melalui kelahiran dua cahaya matanya.

Menerusi Instagramnya, Mia turut meluahkan rasa debarannya dan berkongsi yang dia kini sedang menunggu hari bersalin.

“Counting Days” Mia Ahmad Berdebar Tunggu Nak Bersalin, Dipuji Makin Cantik!

“Counting days for my turn pulak. Nervous walaupun anak ketiga. Normal kah perasaan ni mommies?,” kongsinya.

Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon agar kelancaran kelahiran bayi ketiganya kali ini.

“Counting Days” Mia Ahmad Berdebar Tunggu Nak Bersalin, Dipuji Makin Cantik!

IKLAN

“I imagined and doa semoga bila dah rasa contraction nanti dah 4cm, masuk labour room dapat deliver baby smoothly. InshaAllah.

“Semoga dipermudahkan buat semua preggy mom ya,” tulisnya lagi berkongsi.

“Counting Days” Mia Ahmad Berdebar Tunggu Nak Bersalin, Dipuji Makin Cantik!

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Dipuji makin cantik berseri

Dalam pada itu, penampilan terbaru Mia pula menarik perhatian ramai. Melalui satu perkongsian video seorang peminat yang sempat bergambar bersama Mia di satu majlis perkahwinan, nyata aura seri ibu mengandung ini jelas kelihatan.

Mengenakan persalinan warna kelabu, sedondon bersama suami dan anak-anak, wajah Mia terlihat cukup cantik dan berseri. Cantik sekali.

IKLAN

“Counting Days” Mia Ahmad Berdebar Tunggu Nak Bersalin, Dipuji Makin Cantik!

 

Ramai yang memuji kesederhaan dan wajah berseri Mia dikala usia kandungannya yang kini mencecah 36 minggu.

Terdahulu, mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada tahun 2017. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa, dan Iris.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI