Tidak perlu risau jika anda menyusukan bayi kerana begitu hebatnya nikmat susu ibu sehingga virus COVID-19 tidak boleh menjangkitinya. Untuk para ibu yang sedang menyusu badan, teruskan berbuat begitu.
Menurut penerangan yang dibuat oleh Pusat Laktasi Kebangsaan, COVID-19 tidak berjangkit melalui susu ibu.
Walaupun begitu, untuk para ibu yang memberi susu badan kepada anak anda, sila patuh dengan langkah-langkah yang telah diberikan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan.
Ads
Buat para ibu yang menyusukan bayi anda, jangan khuatir dan was-was untuk melakukannya. Ikut saranan yang telah disenaraikan ini serta banyakkan berdoa semoga anda dan anak tidak terdedah kepada serangan virus COVID-19 ini.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen indah sewaktu melahirkan anak ketiganya baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang memaparkan proses kelahiran anaknya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid cukup buatkan ramai yang sebak dan terharu kerana bukan mudah untuk melahirkan seorang anak.
Dalam video itu jelas kedengaran kalimah ‘Assalamualaikum’ dan doktor yang menyambut juga mengesahkan bayi perempuan sambil memotong tali pusat.
Proses kelahiran kali ini, Azrinaz bersalin mudah tanpa kesan koyakan. Ini juga kerana dia turut mengakui aktif melakukan senaman sepanjang kehamilan.
Walaupun kelahiran mudah, tak dinafikan perasaan berdebar tetap ada. Pengalaman ini antara yang paling tak dapat dilupakan.
Selepas 11 tahun, macam mimpi ada baby
Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang solehah, baik dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga
“Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,” luahnya.
Sebelum ini Azrinaz berkongsi berita gembira selepas selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 2.75 kilogram pada jam 10.20 pagi setelah 11 tahun ‘berehat’.
Walaupun lebih 10 tahun rehat proses kelahiran kali ini sangat mudah dan lancar.
“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.
“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.
Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun lalu dan mula rapat setahun sebelum bernikah.
Terdahulu, Azrinaz yang pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.
Sumber: IG Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir setiap anak kecil ada bantal busuk kesayangan mereka, sama ada berbentuk bantal, selimut atau patung soft toy. Objek ini jadi teman setia yang tak boleh dilepaskan ke mana saja mereka pergi. Nampak comel, tapi tahukah ibu ayah bahawa bantal busuk sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anak jika tidak dijaga dengan betul?
Menurut Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol, anak-anak biasanya mula rapat dengan bantal busuk seawal usia 8 hingga 12 bulan. Ia berfungsi sebagai comfort object yang membantu mereka rasa lebih selamat dan tenang, terutama bila berjauhan dengan ibu ayah. Namun, sepatutnya kebergantungan ini hanya sementara, dan anak digalakkan mula berenggang dengan bantal busuk ketika usia 2 hingga 5 tahun.
✔ Memberi rasa tenang dan selamat bila berjauhan dengan ibu ayah. ✔ Membantu anak tidur lena tanpa terlalu bergantung pada kehadiran orang dewasa. ✔ Jadi ‘peneman emosi’ ketika berada di taska atau rumah pengasuh.
Kajian juga mendapati kanak-kanak berusia 3 tahun lebih cenderung memiliki bantal busuk jika dihantar ke pengasuh seharian berbanding hanya separuh hari.
Walaupun nampak remeh, bantal busuk yang jarang dibasuh boleh jadi sarang bakteria dan kuman berbahaya. Dr Redza berkongsi pengalaman seorang ibu yang tidak pernah mencuci bantal anak sehingga bertukar warna coklat bercapuk. Akibatnya, anak kerap masuk wad kerana demam dan batuk berulang.
Bantal busuk yang kotor boleh mengandungi:
Habuk dan hama pencetus alahan.
Kutu, bakteria dan kulat penyebab jangkitan kulit serta masalah pernafasan.
Risiko penyakit seperti aspergillosis dan jangkitan bakteria berbahaya.
Punca gangguan tidur dan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) jika digunakan bayi kecil.
Peluk & beri perhatian lebih – gantikan bantal busuk dengan sentuhan kasih sayang ibu ayah.
Hadkan penggunaan – hanya benarkan anak gunakan bantal busuk waktu tidur di rumah.
Jangan paksa – biarkan proses beransur-ansur supaya anak tidak tertekan.
Basuh secara berkala – pastikan bantal busuk sentiasa bersih dan bebas kuman.
Hormati perasaan anak – jangan perlekehkan kesayangan mereka, sebaliknya bantu perlahan-lahan.
Bantal busuk memang teman setia anak dan sebahagian daripada proses tumbesaran mereka. Namun, ibu ayah perlu bijak mengawal penggunaannya serta memastikan ia sentiasa bersih. Ingat, bantal busuk boleh jadi tempat berkumpulnya bakteria yang mengundang pelbagai masalah kesihatan. Dengan pendekatan lembut dan penuh kasih sayang, anak akan lebih mudah berenggang dengan bantal busuk tanpa rasa tertekan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu beranggapan, rasa sakit dan pedih semasa menyusu anak itu normal. Ibu mungkin rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi, sakit dan pedih yang berpanjangan adalah TIDAK NORMAL.
SAKIT SEMASA MENYUSU ITU NORMAL?
Ini akan menyebabkan ibu ‘give up’ dan rasa ‘serik’ untuk menyusukan bayi kerana ‘sakit’ yang berpanjangan pada bahagian ‘nipple’.
Penyusuan, sepatutnya menyeronokkan dan menjadi ‘moment’ indah bagi ibu dan bayi. Salah satu penyebab sakit atau pedih semasa menyusu adalah kerana lekapan bayi.
Ibu perlu tahu CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan tidak menyakitkan.
Biasakan ‘offer direct feeding’ pada fasa awal bayi menunjukkan tanda-tanda nak menyusu untuk mengelakkannya meragam semasa nak memulakan penyusuan. Bila bayi meragam, ini akan lebih menyukarkan untuk mendapat lekapan yang baik. (Rujuk gambar feeding cues)
Macam mana nak mulakan lekapan?
1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu (Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan ‘nipple’ ibu ke ruang antara hidung dan bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap). 5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi
7. Pastikan ibu dan bayi dalam posisi yang selesa
PENTING!
Jika bayi menghisap pada bahagian ‘nipple’ sahaja, jangan tarik ‘nipple’ anda keluar. Hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi.
LEKAPAN IBU ADALAH BETUL bila :
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern “hisap telan, hisap telan”.
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan.
Lekapan betul, tapi ibu masih rasa sakit semasa menyusu? Cuba ‘troubleshoot’ masalah lain seperti :
Cek upt, mana tahu ibu hamil (‘nipple’ sensitif) 😊