
Cuaca sekarang bukan sekadar “panas biasa”. Ramai ibu ayah mula rasa tak sedap hati setiap kali anak melangkah ke sekolah — bimbang kepanasan melampau, dehidrasi, atau lebih teruk lagi heatstroke. Dalam keadaan macam ni, isu keselamatan anak memang jadi keutamaan nombor satu.
Dalam situasi cuaca terlalu panas sekolah, kebimbangan ini bukan lagi berlebihan, tetapi satu realiti yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah tersebut selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dikuat kuasa sejak tahun 2023.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah dibenarkan untuk menghentikan operasi sekiranya suhu mencecah lebih 37°C selama tiga hari berturut-turut.
Langkah ini penting dalam menghadapi cuaca terlalu panas sekolah kerana ia melibatkan keselamatan pelajar secara langsung.
“Bagi pihak KPM, kita telah beri pesanan kepada kesemua pentadbir termasuk pengetua dan guru besar untuk sentiasa memantau suhu harian ketika cuaca panas, begitu juga dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
“Kita percaya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam menangani isu cuaca panas yang dihadapi sekarang,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng, di sini hari ini.
Katanya lagi, kesihatan anak-anak menjadi pertimbangan utama kementerian di mana satu garis panduan yang jelas disediakan membabitkan pengendalian dan aktiviti sekolah semasa musim panas.
Nyata, ini bukan keputusan suka-suka, tapi langkah keselamatan sebab pada tahap ini, risiko kesihatan seperti:
memang meningkat, especially untuk kanak-kanak yang lebih sensitif dengan perubahan suhu.
Kalau suhu berada dalam lingkungan 35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut, semua aktiviti luar akan dihentikan sementara.
Dalam konteks cuaca terlalu panas sekolah, langkah ini membantu mengurangkan risiko pendedahan terus kepada haba yang berbahaya.
Antara aktiviti yang terlibat:
Maksudnya, anak-anak akan lebih banyak berada dalam bangunan untuk elakkan pendedahan terus kepada cuaca panas.
Pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memang sentiasa memantau suhu harian. Tapi sebagai ibu ayah, kita pun ada peranan besar.
Dalam menghadapi cuaca terlalu panas sekolah, kerjasama antara sekolah dan ibu bapa sangat penting.
Jangan harap sekolah saja jaga kita kena jadi “frontliner” pertama untuk anak kita sendiri.
Kalau nampak simptom ni — jangan tunggu, terus ambil tindakan. Dalam keadaan cuaca terlalu panas sekolah, tindakan cepat boleh menyelamatkan nyawa.
Dalam cuaca macam sekarang, kita bukan sekadar risau anak “penat” tapi risau keselamatan mereka secara keseluruhan.
Kesan cuaca terlalu panas sekolah boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedar.
Kadang-kadang anak balik sekolah, muka merah, badan lesu kita ingat biasa. Tapi sebenarnya, itu mungkin tanda badan mereka dah tak mampu cope dengan haba.
Ibu ayah, jangan ambil ringan.
Langkah yang diambil oleh KPM ni sebenarnya satu usaha besar untuk lindungi anak-anak kita. Tapi dalam masa yang sama, kesedaran ibu ayah di rumah juga sama penting.
Dalam menghadapi cabaran cuaca terlalu panas sekolah, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Sebab bila melibatkan anak kita tak tunggu benda jadi dulu baru nak bertindak. Lebih baik kita berjaga-jaga dari sekarang.
Sumber: Kosmo