Bayi belajar perkara baru setiap hari. Sebab itu setiap bayi perkembangannya tak sama. Ada yang cepat meniarap, merangkak, tumbuh gigi dan berjalan.
Bagi bulan-bulan pertama, ia adalah satu fasa di mana bayi anda membesar dengan begitu pantas. Fasa ini adalah fasa yang paling penting untuk anda melihat perkembangannya.
Kesemua perkembangan dan pergerakan bayi setiap hari adalah disebabkan perkembangan fizikal dan juga motor si manja. Kedua-duanya berfungsi mengembangkan potensi fizikal dan mental bayi bagi mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.
Fasa antara bulan ke-4 sehingga ke-10 dianggap sebagai antara fasa yang paling penting.
Ini kerana pada waktu inilah bayi sudah mula belajar menggerakkan kepala, duduk, berguling dan juga merangkak.
Bayi merangkak bermula sekitar umurnya 6 bulan. Pada umur 6 bulan, bayi akan mula belajar mengangkat badan ke atas dan ke bawah dengan menggunakan tangan dan lutut mereka.
Ini bertujuan sebagai asas kekuatan untuk mereka mula merangkak nanti. Pada ketika ini juga, bayi mungkin akan melakukan sedikit pergerakan merangkak ke belakang sebelum kembali ke hadapan.
Apabila usianya sudah mencecah 9 bulan, si kecil sudah mula belajar merangkak dengan sendiri. Untuk membantu dan menggalakkan bayi anda merangkak, biarkan mereka merangkak di kawasan lantai yang bersih dan selamat.
Sama seperti adik Muhammad Annas Fayyadh. Ibunya Cik Rose telah berkongsi sebuah video di TikT0k tentang kelincahan anaknya yang merangkak dengan sangat laju sekali dan pantang lepas, cepat je meluru keluar.
Namun apa yang lebih mencṳit hati ramai adalah apabila si cilik tersebut sempat menoleh ke belakang melihat ibu yang mengejarnya.
Walaupun adik Anas belum ‘dapat kaki’, namun dia sudah dapat bergerak dengan laju. Bayangkan kalau dah pandai berjalan nanti. Tak terkejar si ibu dibuatnya!
Ads
Sejak video tersebut dikongsi, ia meraih tontonan lebih 1 juta dan 66 ribu tanda suka!
Di ruangan komen pula, ramai yang geram melihat gelagat si comel ini dengan aksi adik Anas bergerak pantas walaupun hanya mɛrangkak.
“Wahh lajunya..tak sakit ke lutut dia..”
“Makin kurus la ibu kalau asyik exercise mengejar gini kan.. nak makan pun taksempat habis..”
Ads
“Hahahah..ajak mama pergi jalan-jalan tak mau, kes tu anak lari ke depan dulu. Btw, comel betul perangai..”
“Makin kṳrus la ibu kalau asyik exercise mengejar gini kan.. Nak makan apa pun tak sempat habis..😂”
Kredit: TikTok CikRose9089
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pihaknya memantau produk konjak jeli yang didakwa berbahaya dan beri risiko kepada kanak-kanak.
Menurut KKM dalam satu kenyataan, isu itu telah menjadi perhatian sejak tahun 2001 selepas mendapat laporan berhubung penjualan konjak jeli mempunyai risiko tercekik terhadap golongan itu.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Norrani Ehsan berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau produk jeli dipasaran tempatan secara berterusan. Berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.
“Enam sampel jeli telah dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan telah dikenakan tindakan penarikan balik produk (recall) oleh KKM,” jelasnya.
Tambahnya, konjak merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi dengan serat yang dipanggil glukomannan atau disebut juga konnyaku, konjonac atau serbuk taro atau tepung keladi.
“Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli. Penambahan konjak bagi jeli adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan,” katanya.
Gambar Hiasan
“Produk konjak jeli mempunyai tekstur yang kenyal, sukar larut, ketika berada di dalam mulut dan sukar untuk ditelan berbanding produk jeli yang lain,” katanya.
Susulan mengambil kira risiko yang wujud, KKM menetapkan kawalan ke atas produk ini dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.
Maklum Norrani, di Malaysia, keperluan produk itu tertakluk di bawah garis peraturan seperti Peraturan 139 (Konfeksi Sajian ) iaitu jeli dengan diameter melebihi 45 miliiter dan ianya boleh mengandungi konjak manakala Peraturan 139 A (konfeksi jeli terkawal) iaitu jeli dengan diameter kurang atau sama dengan 45 milimeter dan ianya tidak boleh mengandungi konjak.
“Selain itu, label bagi kategori 139A ini hendaklah mengandungi pernyataan AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK dan perkataan TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Gambar Hiasan
Sehubungan itu, KKM menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau pengambilan produk konjak jeli oleh anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
KKM juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my) atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.
Rumah tangga yang bahagia sesekali pasti akan dilanda badai. Ia adalah normal. Dengan bergaduh manja, ia akan membuatkan hubungan sesebuah pasangan lebih kuat dan saling memahami. Perselisihan pendapat pasti berlaku kerana pertembungan pendapat dua individu dengan perwatakan dan cara berfikir yang berbeza.
Ketika bergaduh dengan pasangan, tidak bolehlah kedua-duanya menunjukkan ‘angin’ masing-masing.
Jika salah seorang sudah jadi api, maka yang seorang lagi perlulah menjadi air. Tidak salah beralah, anda tidak kalah pun.
Selepas amarah mulai kurang, pasangan anda pasti akan merasa bersalah kerana memperlakukan begitu. Pada waktu itulah, paling sesuai untuk kalian berbincang dan masing-masing mengakui kesilapan sendiri.
Untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan, ada dua elemen penting yang harus dibuat bersama. Pertama, solat berjemaah. Kedua, saling bermaafan. Sebaiknya, tidurlah dalam keadaan anda dan pasangan saling menyayangi dan tidak bergaduh. Mengapa solat berjemaah itu penting?
Saat usai solat, isteri akan bersalam dengan suami dan mencium tangannya. Itu adalah satu simbol bagi mengingatkan si isteri bahawa suami adalah ketua dan perlu dihormati.
Sebelum tidur, bermaafan sesama sendiri. Dengan cara ini, Allah SWT akan memberi ketenangan kepada kita sekaligus melindungi rumah tangga dari sebarang anasir jahat.
1. Setiap hari kita akan sedar kesilapan yang kita lakukan. Mungkin salah itu tidaklah besar dan kita pun tak sedar telah berbuat silap. Jadi dengan tabiat bermaafan sebelum tidur, pasangan akan reda dan kita tiada lagi ‘hutang’ maaf terhadap si dia.
2. Apabila saling bermaafan, kita akan sedar yang pasangan selalu peka dengan perlakuan atau perkataan yang dibuat. Jadi tidaklah kita mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan kerana sudah tahu, pasangan kita tidak suka dengannya.
3. Hati lebih tenang jika kita tidur dalam keadaan sudah mohon maaf dan juga memaafkan orang lain. Ia adalah sifat yang mulia dan sangat diredai oleh Allah SWT. Tidur dalam dendam akan membuatkan kita menjadi manusia yang negatif.
Sekiranya anda sedang bertelagah dengan pasangan. Dalam hati terasa amarah yang teruk, jangan lupa untuk terus beristighfar dan bolehlah baca doa ini.
Sebenarnya, kepentingan bermaafan ini sangat banyak. Kesimpulannya, katakan jika pasangan kita ‘pergi’ ketika dalam tidur (minta dijauhkan), sekurang-kurangnya kita sudah pun bermaafan dengan satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai kenal Tya Arifin sebagai pelakon dan usahawan yang cantik, tapi ramai juga lupa yang dia sebenarnya isteri kepada Asyraf Khalid anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kiranya menantu kesayangan Tokti lah ni!
Tapi kali ni bukan kisah glam atau bisnes yang jadi tumpuan., Tya baru-baru ni diberi Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan di Hospital Sungai Buloh, Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025
Kata Tya, penyusuan bukan sekadar soal nutrisi tapi satu bentuk kasih sayang, kekuatan emosi dan pengorbanan besar seorang ibu. Anugerah ni, katanya, bukan untuk dia seorang tapi untuk semua ibu yang pernah berjuang titiskan susu buat anak walau setitik.
Alhamdulillah, Tya dengan penuh rasa syukur dan rendah diri menerima Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan daripada Hospital Sungai Buloh hari ini.
Anugerah ini merupakan satu penghormatan yang amat besar dalam perjalanan Tya sebagai seorang ibu dan juga seorang wanita yang percaya bahwa penyusuan badan bukan sekadar tentang nutrisi awal, tetapi tentang kasih sayang, kekuatan emosi, dan pengorbanan.
Anugerah ini bukan untuk Tya, tapi untuk kesemua ibu didunia yang sudah berusaha memberikan titisan air susu kepada anak anak kita.
Terimakasih kepada jajaran Hospital Sungai Buloh atas award ini🙏🏻
Happy Brestfeeding World, Moms
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8, dan Azzahra Jiwa, 5 dan Aghnia Amira Jiwa.
Nak tahu lebih lanjut kisah penuh inspirasi Tya ni?
Boleh baca balik artikel yang pernah disiarkan oleh Pa&Ma sebelum ni. Memang buat kita rasa sebak dan bangga jadi mak.
“Semua Susu Cair..,” Tya Arifin Luah Kecewa Susu Ibu Rosak
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.