Bila ada anak-anak yang sedang membesar, ibu kena sentiasa kreatif sediakan makanan. Jika asyik menu sama, anak pula bosan. Lagi memeningkan kepala, apabila ada anak yang susah makan.

Untuk idea masakan kali ini, mama boleh cuba buat cucur roti. Mungkin ini salah satu idea mudah. Biasanya anak-anak kalau ada roti laju je mereka makan.

Cucur Roti Mudah & Sedap. Teksturnya Lembut, Idea Kudapan Untuk Anak

Resipi cucur roti yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini menggunakan bahan yang mudah dan nampak sedap. Boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang sebagai kudapan sihat.

Cucur Roti Mudah & Sedap. Teksturnya Lembut, Idea Kudapan Untuk Anak

CUCUR ROTI MUDAH, LEMBUT & SEDAP 💓

IKLAN

Bahan Bahan :

8 keping roti
2 biji telur
1 cawan susu segar / air biasa
4 batang sosej (optional)
1 cawan isi ayam
3/4 cawan lobak merah
2 biji lada besar
1 ikat daun kucai
1 biji bawang holland
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cucur Roti Mudah & Sedap. Teksturnya Lembut, Idea Kudapan Untuk Anak

IKLAN

Cara Cara:

Carik-carikkan roti kepada kepingan kecil. Masukkan roti, telur dan juga susu ke dalam pengisar. Kisar sebati.

Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain. Boleh tambahkan juga udang, taugeh atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.

IKLAN

Cucur Roti Mudah & Sedap. Teksturnya Lembut, Idea Kudapan Untuk Anak

Tambahkan sedikit air jika adunan kelihatan pekat, kacau sebati.

Panaskan minyak secukupnya. Jemputkan adunan dan goreng sehingga masak. Angkat dan toskan. Siap dan hidangkan bersama sos kegemaran. Selamat mencuba!

Sumber: FB Farisha Sofea IG : _farisha_sofea

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ&t=16s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI