Sempena hari kelahiran pelakon, Fazura yang ke 41 tahun hari ini, sejambak bunga pemberian suami menyorot perhatian ramai.
Hal itu dikongsikan Fazura menerusi Insta Storynya pagi ini.
Ibu kepada Nur Fatima Aisya ini menerima sejambak bunga berwarna merah jambu pemberian suami, aktor Fattah Amin berserta ucapan manis.
Menerusi kad itu, Fattah menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.
Ads
“Selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” tulisnya.
Sementara itu, Fazura secara ringkas menulis ‘terima kasih daddy’ sebagai tanda penghargaan buat suami.
Ads
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua insan tetapi termasuklah menyatukan dua keluarga besar. Hubungan silaturahim yang baik antara mentua dan menantu merupakan satu rezeki sebenarnya. Ramai juga selebriti lain yang mempunyai hubungan baik bersama menantu antaranya adalah seperti Sheila Rusly dan menantunya iaitu Elisya Sandha.
Perkahwinan antara anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy bersama Elisya Sandha dikurniakan cahaya mata yang bernama Bunga Elhaq
Bahagia tengok keluarga Sheila Rusly kan , melalui perkongsiannya di tiktok baru-baru ini, berbuka puasa bersama-sama anak menantu. Sebelum ini juga, Sheila Rusly pernah masakan menantunya Mi Kari atas permintaan habis pantang 44 hari. Selain itu, dia juga pernah mendedikasi ucapan selamat hari lahir berserta video menantunya dengan kapsyen “Happy Birthday!! Much love to you my daughter in-law. Mama wish you nothing but the best. Beruntung sangat dapat mentua macam Shiela Rusly. Rasa disayangi dan dihargai.
Sheila Rusly di ruangan kapsyennya:
“Cerita semalam. Berbuka rumah anak menantu. Menu ayam geprek airtangan @Elisyasandhaofficial“
Di ruangan komen tiktok sheila rusly dibanjiri dengan komen-komen positif dan pujian dari warganet:
Semoga hubungan yang terjalin antara Sheila Rusly dan menantunya sentiasa penuh dengan kasih sayang dan diharapkan keluarga ini diberikan kebahagiaan yang banyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Bye abang’ itu kata-kata terakhir adik kepada Ku Adib, pelajar UiTM Dungun maut dirempuh SUV. Perkhabaran tentang pemergian abangnya dalam kemalangan berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu diterima oleh Ku Adni Ku Azmi ketika baru sahaja pulang dari sekolah.
Abang sulungnya yang menuntut di kampus itu dan juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, Ku Adib Aizad, 20, terkorban bersama dua lagi rakannya, manakala seorang lagi parah.
Ku Adni, 14, berkata, keluarga mereka mengetahui kejadian itu selepas rakan arwah Ku Adib hadir ke rumah dan memaklumkan berita mengejutkan terbabit.
“Mereka beritahu abang terbabit kemalangan dan saya sangat terkejut.
“Mereka beritahu lagi abang meninggal dunia. Saya tanya lagi ‘sumpah lah? (Betul-betul ke) dan mereka jawab benar.
“Saya beritahu opah (nenek Puziah Osman) dan dia menangis,” katanya.
Ibu bapa Ku Adib Aizad iaitu Hafizah Iszahanid yang juga Penolong Pengarang Berita Harian (BH) dan Ku Azmi Saad, kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB) iaitu syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd dalam perjalanan ke Jeddah menunaikan umrah apabila kejadian berlaku.
Pasangan itu kemudiannya mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sejurus tiba di Jeddah pada awal pagi hari ini.
Sementara itu, adik bongsu arwah Ku Awfa, 12, berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya pada Sabtu lalu ketika menghantar abangnya pulang ke kampus selepas tamat cuti semester.
“Kata-kata terakhir saya kepadanya, ‘Bye Abang’,” katanya.
Puziah, 67, yang berada di rumah mereka untuk menjaga cucunya sepanjang ibu bapa mereka menunaikan umrah berkata, seorang bapa saudara Ku Adib yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas program di Terengganu, berpatah balik untuk ke Dungun bagi menguruskan jenazah.
Jenazah Ku Adib akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul A’liyah Saujana Utama, di sini, selepas ketibaan ibu bapanya.
Bila dua hati bersatu dalam ikatan yang halal, impian untuk menimang cahaya mata menjadi antara doa paling kuat dipanjatkan setiap pasangan. Namun, tak semua perjalanan menuju rezeki zuriat itu mudah. Ada yang baru berkahwin terus dikurniakan anak, ada juga yang perlu menunggu bertahun-tahun sambil mengharungi ujian dan soalan yang kadang terasa menyakitkan.
Itulah realiti yang sedang dilalui oleh pasangan selebriti popular, Adam Lee dan Sweet Qismina. Tiga tahun sudah mereka melayari alam rumah tangga, namun rezeki anak masih belum menjadi milik mereka. Walaupun begitu, kedua-duanya tetap percaya bahawa setiap takdir yang tertulis pasti ada waktunya yang indah.
Dalam satu temubual baru-baru ini, Adam Lee mengakui bahawa dia dan isteri masih berusaha mendapatkan zuriat secara semula jadi. Rawatan In-Vitro Fertilization (IVF) belum lagi menjadi pilihan mereka buat masa ini.
“Kalau bab anak ini, kami masih mencuba secara organik. Kami belum berbincang untuk buat IVF. Mungkin itu jalan terakhir,” ujar Adam
Pelakon berusia 31 tahun itu menjelaskan, mereka tidak pernah berhenti berusaha. Sejak tahun pertama perkahwinan, mereka sudah pun melakukan pemeriksaan kesuburan dan hasilnya cukup melegakan.
“Doktor beritahu kami berdua subur dan tiada masalah untuk dapat anak,” katanya.
Apabila berbicara tentang IVF, Adam tidak menafikan timbul sedikit perasaan takut. Bukan kerana kos semata-mata, tetapi kerana membayangkan kesakitan yang mungkin perlu ditanggung oleh isteri tersayang, Sweet Qismina.
“Saya jujur takut. Tak sampai hati nak tengok Sweet lalui prosedur yang sakit. Selagi boleh cuba, kita cuba dulu. Lagi pun sudah halal, tiada masalah pun,” luah Adam penuh jujur.
Katanya lagi, kos rawatan IVF yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit turut membuatkan mereka lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan.
“Saya difahamkan kos IVF memang mahal dan boleh mencecah RM20,000 ke atas. Harga macam tu pun dah boleh buat ‘kitchen island’ untuk rumah,” seloroh Adam.
Namun di sebalik jenaka itu, jelas terserlah rasa risau seorang suami yang bukan memikirkan duit semata-mata, tetapi tentang kesakitan dan emosi seorang isteri yang amat dia cintai.
Sweet Qismina, kini berusia 28 tahun, bukan hanya pasangan hidup tetapi juga teman seperjuangan Adam sejak awal karier seni mereka. Setiap langkah, setiap kejayaan, mereka kongsi bersama. Dan kini, dalam fasa mencipta keluarga kecil, mereka sama-sama berjuang dengan penuh kesabaran.
Adam mengakui ada masa dia berasa sedih bila melihat pasangan lain yang baru berkahwin sudah menimang cahaya mata. Tapi dia memilih untuk berpikir positif.
“Saya percaya pada rezeki. Tuhan tahu bila masa yang sesuai. Kalau orang tanya atau komen pasal anak, saya anggap itu doa. Tak perlu cepat marah atau terasa. Kita aminkan saja,” katanya dengan senyuman tenang.
Bagi Adam, setiap komen tentang anak di media sosial bukan beban, tapi satu bentuk perhatian dan doa daripada orang ramai.
“Memang setiap kali buat hantaran, ada sahaja komen mengenai anak. Saya tak kecil hati pun. Selagi orang bercakap, saya anggap itu doa. Cuma kalau ada komen yang melampau, itu lain cerita,” jelasnya.
Baru-baru ini, video kejutan hari lahir yang dimuat naik Adam untuk Sweet menjadi tular di media sosial. Ramai yang tersentuh melihat keakraban pasangan itu, namun ada juga yang meninggalkan komen bertanya soal zuriat. Tapi Adam tetap memilih untuk bertenang.
“Kita tak tahu apa orang lain lalui, jadi saya pun tak marah bila orang tanya. Saya tahu niat mereka baik, cuma cara tu kadang boleh buat orang lain terasa. Tapi saya tak ambil hati, saya pilih untuk tengok dari sudut positif,” ujarnya lagi.
Sweet pula, seperti yang dikongsi di media sosialnya, kelihatan bahagia dengan layanan romantik suami tersayang. Video yang dimuat naik sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga dan hari lahirnya meraih lebih tiga juta tontonan di media sosial — bukti betapa ramai yang sayang dan mendoakan pasangan ini.
Untuk rekod, Adam Lee dan Sweet Qismina mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022. Walaupun baru tiga tahun berkahwin, hubungan mereka sudah diuji dengan pelbagai spekulasi dan tekanan mengenai zuriat. Namun mereka kekal tenang dan terus berpaut pada doa serta kepercayaan kepada takdir Allah.
Dalam dunia moden hari ini, ramai pasangan memilih jalan rawatan kesuburan seperti IVF untuk mendapatkan anak. Tapi bagi Adam dan Sweet, mereka masih mahu mencuba secara semula jadi. Mereka percaya setiap usaha yang diiringi doa dan kesabaran pasti membuahkan hasil pada masa yang tepat.
“Kami pun baru tiga tahun kahwin, boleh kata baru lagi. Jadi tak perlulah tergesa-gesa. Rezeki anak tu, biarlah datang bila tiba waktunya. Sekarang kami fokus untuk bahagiakan satu sama lain dulu,” katanya penuh makna.
Dalam setiap senyum dan kata-kata Adam, jelas terpancar kasih sayang mendalam terhadap isterinya. Bagi Adam, zuriat bukan ukuran kebahagiaan — tetapi keikhlasan dan kesetiaan dalam melayari rumah tangga itulah yang paling utama.
Mungkin dunia belum mengurniakan mereka anak, tapi cinta mereka sudah lama ‘beranak’ — tumbuh setiap hari dengan doa, sabar, dan rasa syukur yang tak pernah putus.
“Kalau orang lain bahagia dengan anak, kami bahagia dengan cara kami. Setiap doa yang baik, kami terima dengan hati terbuka,” kata Adam menutup bicara dengan senyuman penuh makna.
Moga pasangan ini terus kuat, dan semoga doa mereka untuk menimang cahaya mata dimakbulkan pada waktu yang paling indah – bila Allah sudah tetapkan, “inilah masanya”.