Usikan orang tua-tua, anak hisap ibu jari kaki tandanya nak adik lagi. Penyanyi Lan Solo juga memberikan hint seolah-olah memberi insyarat kepada isteri, Sheila Razlan untuk menambah cahaya mata.
Dalam video yang dimuatnaik di Instagram, anak keempatnya Nur Amna Quxandra yang bakal mencecah usia setahun 24 Februari nanti telah mennghisap ibu jari kaki.
Pasangan ini sudah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9 tahun, Nur Amna Qeesyara, 7 tahun, Muhammad Akid Qassyaff, 6 tahun & Nur Amna Quxandra, 1 tahun.
Ads
ISTERI KATA DADDY KENA RAJIN BANGUN BUAT SUSU
Bagaimana pun ini komen win daripada isterinya Sheila.“Mommy ok je 11 orang pon.. Janji daddy bangun buat susu malam-malam… Deal???”
Ads
Para peminat Lan juga turut mengusik penyanyi ini mengatakan tindakan anak keempatnya, Xandra hisap ibu jari kaki bermakna dia meminta adik.
Kasih ayah selamanya. Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada seorang ayah yang juga penghantar makanan kerana sanggup membawa anaknya menghantar pesanan makanan. Demi meneruskan kelangsungan hidup, inilah pengorbanan yang harus dilakukan.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Rohayu Mohd Rodzi, kesungguhan seorang bapa yang terpaksa membawa anak kecil bersama mencari rezeki benar-benar menyentuh hati. Kelihatan anak kecil dalam lingkungan usia 2 tahun ini seolah faham bapanya bekerja.
Walaupun diletakkan dalam carrier, tapi dengan keadaan cuaca yang panas serta keselamatan di jalan raya, agak merisikokan anak kecil ini. Namun apakan daya, si ayah tiada pilihan dan terpaksa lakukan ini demi memastikan urusan kelancarannya mencari rezeki dipermudahkan.
Allahuakbar sedihnya..
Saya turun dari kereta terus pergi dekat si bapa dan anak. Waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan. Anak tak ada siapa jaga, nak hantar pengasuh nak kena bayar. Anak diam je. Seolah-olah dia dah faham bapa dia tengah kerja cari duit.
Dalam raga ada botol susu kosong. Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu lah apa yang patut. Kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas dua hari usaha mencari, akhirnya penantian seorang isteri yang sedang mengandung terjawab apabila menerima berita suami, Md Rajihan Junaidi, 28, lemas selepas mayatnya ditemui dalam kebun pisang pada Isnin (4 Januari) berdekatan dengan keretanya yang hanyut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, mayat Md Rajihan Junaidi, ditemukan pada jam 5.10 petang.
“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui Jalan Kluang-Kahang yang dinaiki air.
Difahamkan mangsa yang bersama isteri ketika itu sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri dan bayi dalam kandungan, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus deras. Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.
Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri Johor selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.
Manakala seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pula ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 12.20 tengah hari pada Isnin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak siapa pun yang meminta untuk dilahirkan tidak sempurna. Setiap manusia yang diciptakan pasti mengimpikan kesempurnaan dan kecantikan. Begitulah sifat-sifat dalam hati manusia. Namun perancangan Allah itu lebih sempurna.
Sama seperti adik Norhidayah Fatihah, 5 tahun apabila diuji dengan masalah Facial Cleft atau sumbing sejak lahir. Untuk memulihkan wajah, adik ini perlu menjalani beberapa pembedahan yang memerlukan kos yang tinggi. Namun ibu kepada Fatihah tidak pernah meminta dan cuba berusaha memberikan yang terbaik buat anaknya. Ikuti perkongsian penuh ini.
Dia masih belum mengerti, kawan gelar zombie dia masih gelak ketawa, tapi perasaan sebagai ibu hancur luluh😥😥
Masalah Facial Cleft/Sumbing Sejak Lahir
Tiada seorang pun manusia di muka bumi ini meminta dilahirkan cacat dan begitu juga dengan kanak-kanak perempuan, Norhidayah Fatihah. Kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini mengalami Facial Cleft atau sumbing muka sejak lahir. Lebih menye dihkan, ibunya merupakan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan dan kos yang cukup untuk menampung perbelanjaan mereka. Sedihnya!
Nama anak syurga ni Norhidayah Fatihah Binti Mohamad Sejawi. Umur dia 5 tahun dan mengalami Facial Cleft (sumbing muka) sejak lahir. Setakat ni Hidayah telah menjalani pembedahan sebanyak 2 kali untuk memulihkan wajahnya. Beliau tinggal dengan ibunya yang merupakan ibu tunggal bersama-sama kakaknya yang berusia 6 tahun dan neneknya yang sudah tua.
Baru Berpindah Ke Kampung
Sebelum ni mereka menetap di Klang dan baru saja pulang ke kampung pada Februari lalu. Ibunya masih tidak berkerja sejak pulang ke kampung. Kata ibu Hidayah, beliau sangat-sangat berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk membeli susu dan juga ubat-ubatan Hidayah.
Tiada Pekerjaan Sejak PKP
Apabila aku memberitahu yang aku ingin membantu mereka, ibu muda tersebut memesan pada aku, ‘Kak jgn masuk dalam Fesbuk ya, nanti teruk saya dibahan kak. Macam sebelum ni, ada yang cakap saya gunakan anak utk raih simpati orangg dan tak nak usaha sendiri. Saya masih berusaha mencari kerja kak tapi kak fahamlah dengan Perintah Kawalan Pergerakan ni susah lah kak’. Aku senyum memandang ibu Hidayah dan aku katakan pada dia. ‘Nor zaman sekarang, kita susah ke senang ke cantik ke hodoh ke tetap org mengata. Jangan peduli tu semua hanya Allah yang tahu apa ada dalam hati kita.’
Kawan-Kawan Gelar ‘Zombie’
Dalam masa kami berborak, aku sempat usik Hidayah dengan bertanya ‘Hidayah nak sekolah tak? Tiba-tiba air mukanya berubah seperti ada sesuatu yang menyentuh perasaannya. Ibunya memberitahu yangg sebelum ni mereka selalu ke taman permainan untuk bermain. Tetapi setelah ada anak-anak kecil yang menjerit apabila melihat wajahnya dan mengejek Hidayah dengan panggilan ‘Zombie’, dia tidak lagi mahu keluar rumah dan katanya tidak mahu ke sekolah kerana wajahnya seperti hantu.
Perlukan Kos RM3000 Untuk Pembedahan
Air mata aku tiba-tiba mengalir laju. Maafkan auntie sayang, soalan auntie tadi bukan berniat untuk menghina ciptaan Allah. Menurut ibunya lagi pada bulan Julai lalu Hidayah membuat pembedahan dibahagian muka & lelangit. Hal inilah yg membuatkan ibu muda ini sekali lagi sebak memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan kos rawatan yang di anggarkan sebanyak RM3000. Aku sekali lagi berjanji akan membantu keluarga kecil ini selagi terdaya. Semoga insan kecil ini sentiasa sihat dan menjadi manusia yg berguna suatu hari nanti. Amin!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.