Siapapun tidak menduga, namun inilah yang terpaksa dilalui bila mana berdepan dengan jangkitan wabak yang satu ini. Teramat bimbangkan keadaan Maryam yang kini berada di hospital, pelakon Fizo Omar memohon doa daripada semua agar Maryam dalam keadaan baik dan lekas segera pulih dari jangkitan Covid-19 itu.

Tanggal 5 Januari lalu, Fizo turut memaklumkan bekas isterinya, Mawar Karim dan anak tunggalnya, Wan Maryam terkena serangan wabak berbahaya itu menerusi instagram.

Bapa mana yang sanggup melihat anaknya yang sakit. Kata Fizo menerusi instagramnya, keadaan Maryam dalam keadaan baik dan masih lagi aktif. Pun begitu katanya, anak kesayangannya itu menangis, meronta-ronta mahu keluar hospital untuk berjumpa daddynya. Hati ayah mana yang tidak kuat bila anak menangis sebegitu.

“Daddy tau anak daddy kuat!

“Hari ni, 8 jan 2021 hari yang ke-5 Maryam admitted disebabkan jangkitan virus covid-19. Alhamdulilah sekarang ni keadaan Maryam ok dan aktif seperti biasa. Hopefully antibody dia kuat dan tak mengalami symptoms covid yang saya tahu melalui research dan pengalaman mereka yang dah lalui memang sakit dan sangat perit sehingga boleh meragut nyawa.

“As a father, inilah satu-satunya anak yang saya ada dan macam-macam usaha dilakukan selama 4 tahun sabar menanti kelahiran anak yang hebat ni.

“Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan covid.

IKLAN

“Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak, tapi disebabkan covid, apa pun tak boleh buat, nak pergi tengok, nak jumpa, nak bagi semangat…semuanya tak boleh dan hanya mampu berdoa dan berharap semoga Maryam kuat dan Allah sembuhkannya dan kembali ke pangkuan daddy,” tulis Fizo lagi menerusi instagramnya.

Malah kata Fizo, dia dan Maryam hanya berhubung melalui video call bagi mengetahui perkembangan terkini Maryam. Bukan satu perkara yang mudah namun inilah yang terpaksa dilakukan.

“Hanya video call sahaja dapat melepaskan rindu dan kerisauan, tapi disebaliknya timbul satu perasaan sedih bila Maryam yang masih kecil belum tahu erti bahayanya covid, menangis, meronta ronta untuk nak keluar dari hospital, nak balik rumah, nak jumpa daddy, nak g holiday, nak g playground, nak main dengan daddy dan macam-macam lagi,” tulisnya lagi.

Mohon jaga SOP

Dalam pada itu, Fizo juga turut berpesan kepada semua di luar sana agar sentiasa menjaga SOP agar tidak mengalami nasib yang sama sepertinya kini yang terpaksa berpisah dengan anaknya.

“Mungkin korang tak rasa apa yang saya rasa. So kita dah dewasa ni dan boleh berfikir, sampai bila kita nak hidup dengan keadaan macam ni, kes makin hari makin meningkat, SOP entah ke mana, keluar sana sini macam dah tak ada apa dah. Tak perlu lah sampai kena pada diri sendiri atau keluarga barulah semua nak berjaga-jaga dan ambil berat pasal covid ni.

“Dont be selfish! Frontliners kerja siang malam tanpa rehat dah hampir setahun, ambil risiko yang sangat tinggi, kes makin naik, hospital penuh, ambulan sampai tak cukup, wang ringgit tak payah cakap lah berapa dah habis, tapi masih ada lagi yang jenis dont care, dont bother, sebab apa, sebab tak kena kat batang hidung sendiri,” kongsinya lagi.

Fizo juga turut memohon doa dari semua agar anaknya lekas segera sembuh daripada wabak itu. Semoga Maryam terus kuat melawan virus berbahaya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“Semoga doa yang ikhlas dari semua ni Allah makbulkan dan hapuskanlah musibah yang melanda kita semua dan selamatkanlah Wan maryam dan semua pesakit yang sedang bertarung dengan Covid19 ni ya Allah,” tulisnya lagi.

Artikel berkaitan: Doakan Kami Kuat, Mawar & Anak Dijemput Pihak Hospital, Guna #covidfighters

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @fizoomar