Daftar Tahun 1 2022/2023 Dibuka Khusus Untuk Anak Lahir Jan 2015 – 1 Jan 2017

Share

Permohonan pendaftaran sekolah bagi anak Tahun 1(2022-2023) sudah mula dibuka bermula hari ini (1 Mac). Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dan 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan tahun satu (1) ambilan 2022 dan 2023.

Prosedur permohonan pendaftaran anak Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 mengikut pilihan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.

Bagi memudahkan anda untuk membuat pendaftaran, berikut disertakan langkah-langkahnya.

CARA DAFTAR ONLINE TAHUN 1 AMBILAN 2022/2023

1. Daftar pengguna rujuk panduan: https://www.mysumber.com/daftar-murid.html

2. Setelah mendaftar, log masuk

3. Di Menu Utama klik ‘Tahun 1 Pendaftaran / Penyemakan Permohonan’

4. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai mengisi maklumat yang diperlukan.

Ibu dan bapa hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan dilampirkan dengan lengkap supaya permohonan diterima.

Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 ambilan 2022/2023 bermula 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021.

Permohonan untuk anak prasekolah dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mei

Sementara itu, bagi ibu bapa yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan prasekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan 2022, boleh membuat permohonan secara atas talian dan manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021.

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan secara manual, perlu melalui sekolah yang dimohon.

Syarat kelayakannya adalah kanak-kanak warganegara Malaysia dan lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak memohon.

Bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia 

Kredit: Mysumber

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN