Dah berus gigi anak siang malam, tapi tetap juga busuk, buruk dan hitam. Sebagai ibu bapa sudah tentu buntu dengan keadaan ini kan? Teknik mengosok gigi yang salah merupakan punca kenapa gigi masih tak bersih dan berbau.
Doktor, anak-anak akak, pagi malam akak beruskan gigi. Tapi gigi semua busuk, kalau cabut je semua boleh ke doktor?
Errmm, memang la semua mak bapak bagitau kat doktor dorang beruskan gigi anak anak pagi malam.
Tapi, cara berus gigi tu betul ke tak?
Ni Dr Iza nak bagi, ada mak bapak yang tukar berus gigi anak sebulan sekali. Tapi gigi anak pun masih rosak!
Ads
Bila check cara mak bapak berus gigi tak berapa betul! Ikut cakap upin ipin, dorang berus gigi dok bulat bulat bulat, bulat bulat bulat!
Tang atas bawah atas bawah tak ada. Sudahnya area gigi yang dok dekat dengan gusi semua rosak dan hitam.
Ads
Untuk pengetahuan semua selalunya, makanan dan minuman akan dok nyorot kat bawah gusi, celah antara gigi dan gusi.
Kat area ni doktor gigi panggil cervical area dan interdental area, kat sini area ni memang kena berus gigi bersih bersih. Sebab tu la kalau boleh, berus gigi kena berus gusi sekali. Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
Kalau gosok gusi, nanti gusi berdarah. Tak pe, biar gusi tu keluar darah, sebab gusi berdarah tandanya gusi tu tak bersih, kena bersihkan sisa makanan!
Kalau dah gosok banyak kali dan tiap hari keluar darah, memang kena buat SCALING, sebab ada karang gigi dalam gusi. Soo, okey ye berus gigi bulat bulat bulat, atas bawah atas bawah. Haaa, baru ler gigi dan gusi sihat walafiatt!
Email daripada seorang ibu yang bertanya, adakah anaknya seorang autisme boleh dihantar ke tadika biasa memberikan makna tersirat bahawa ibu ini inginkan anaknya membesar sebagaimana anak normal lain.
Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan apabila mengambil keputusan untuk menghantar anak ke tadika biasa untuk bercampur dengan kanak-kanak normal.
Kanak-kanak autisme juga mempunyai hak yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Mereka berhak menerima pendidikan dan layanan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. . Ikuti pendapat pakar ini mengenai dilema seorang ibu yang mempunyai anak autisme.
Kanak-Kanak Keperluan Khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu samada atas satu sebab atau memerlukan bantuan khas, sokongan dan rangsangan yang berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka juga boleh dirujuk sebagai kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat antaranya kerencatan akal, kecacatan fizikal, kekurangan penglihatan, kekurangan pendengaran, gangguan pertuturan dan kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Pro & Kontra
Bagaimana terdapat juga persoalan adakah anak ini sesuai dimasukkan dalam kelas atau bilik darjah biasa dan belajar bersama kanak-kanak normal yang lain? Sebenarnya Terdapat beberapa kelebihan dan juga kekurangan yang boleh dibincangkan sekiranya perkara ini berlaku.
Antara manfaat yang boleh diperolehi oleh kdua dua pihak iaitu kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan apabila ditempatkan dalam bilik darjah yang sama akan lebih mudah belajar bagaimana untuk bersosial dengan rakan rakan yang lain.
Biasa akan mula meniru tingkahlaku sosial ini secara tidak langsung terutama melalui akiviti bermain. Bagi kanak-kanak normal pula mereka akan belajar mempunyai perasaan empati terhadap masalah atau cabaran bersosial yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran membaca kanak-kanak yang berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan apabila mereka ditempatkan bersama anak-anak yang normal dalam kelas yang sama. Keadaan ini berlaku apabila mereka mendengar sebutan atau bacaan dari kanak-kanak normal yang lain. Biasanya akan terdapat peningkatan dalam perbendaharaan kata dan kelancaran bacaan dan sebutan perkataan juga kedengaran lebih jelas.
Selain itu, memasukkan anak-anak berkeperluankhas dalam kelas biasa juga dapat meningkatkan yakin diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Mereka akan rasa lebih dihargai dan rasa diri mereka di terima dalam kalangan kanak-kanak yang normal.
Peningkatan yakin diri ini penting dalam membantu kanak-kanak berkeprluan khas ini mengembangkan potensi diri mereka tanpa ragu-ragu. Adalah amat penting bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk berada dalam suasana kelas biasa supaya mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak normal lain.
Bagaimanapun adalah dicadangkan supaya guru-guru prasekolah juga mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas supaya dapat memberi bantuan tepat kepada kanak-kanak.
Bagi ibu pula,seeloknya carilah prasekolah biasa yang juga mempunyai program khas untuk anak-anak berkeperluan khas ini dan mempunyai guru yang terlatih dalam bidang ini supaya potensi kanak-kanak ini dapat dikembangkan secara menyeluruh dan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak, terutamanya bagi anak-anak yang pasif, ataupun ada agenda tersendiri. Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi.
Komunikasi 2 hala mesti bersebab dan jika anak sukar untuk buat, kita perlulah beri sebab untuk mereka berkomunikasi. Apa lagi untuk anak-anak yang ada speech delay lagilah mereka susah untuk memulakan interaksi.
Jadi anda boleh cuba -teknik berikut untuk memberi peluang anak-anak mulakan perbualan dengan anda. Tapi ingat beberapa perkara berikut:
✅ Sentiasa tunggu untuk respon anak especially anak delay. Sebab adakalanya respon mereka agak lambat dan mereka perlukan masa. ✅ Apabila menunggu, maintain eye contact dengan mereka yang menunjukkn kita memang tunggu respon dan harapkan respon dari mereka. ✅ Bantu anak jika mereka tak tau nak bagi respon macam mana.. Tunjukkan caranya dan nanti ulang lagi. ✅ Ulang..ulang..ulang… sebanyak yang boleh. ✅ Be interactive and fun dan bukan respon yang tak ikhlas dan yang dibuat-buat. Kanak-kanak pun boleh kesan tau kalau kita tak ikhlas berinteraksi dengan mereka.
Tentu ibu bapa mahu memberikan didikan cara Islam kepada anak-anak. Didikan secara istiqamah anak menjadi seorang yang sopan santun, menghormati orang tua dan mendengar cakap. Dengan cara sebegini, anak–anak dapat belajar daripada kesilapan.
Namun, sekiranya ibu bapa mendidik anak–anak cara kekerasan dan membuta tuli, maka ia akan memberi kesan buruk kepada akhlak anak, jika tidak kena caranya.
“Shaqir,jangan buat adik!” Jerit mama. Kuatnya jeritan mama sehingga ke dapur boleh dengar!” Shaqir, jangan suka jelir lidah kat adik. Shaqir, janganlah rebut mainan tu. Shaqir kenapa mama cakap sekali tak dengar?”
Ini adalah skrip yang sering kita dengar apabila kita memarahi anak-anak. Penatnya hati dan sudah acap kali menasihati anak, ni tapi Subhanallah nakalnya boleh membuat kita migrane!
Jadi apakah alternatif selain dari fizikal untuk mendidik anak-anak kita? Di sini beberapa tip alternatif agar dapat menjadi panduan untuk para ibu bapa pembaca budiman.
Kadangkala anak-anak menjadi nakal kerana perlukan perhatian. Ibu bapa sering memberikan perhatian dengan cara teguran jika mereka membuat salah. Mari kita tukar minda dan teknik kita. Kita memberi mereka perhatian jika mereka membuat perkara yang kita suka.”Wah, mama sukalah Sofia dan Shaqir rajin tolong mama di dapur, Sofia dan Shaqir rajinlah!” Berilah ganjaran yang positif seperti kata-kata motivasi yang positif, senyuman, pelukan dan ciuman jika mereka membuat perkara yang baik. Insya Allah, jika kita istiqamah mencari dan memberi pujian semasa mereka membuat sesuatu yang baik, anak-anak akan faham dan membuat perkara yang ibu bapa mereka suka.
2.BINCANG DENGAN ANAK
Jika anak kita menumpahkan susu tiada gunanya jika menjerit dan memukul anak-anak. Ini disebabkan mereka takkan faham perkara itu adalah salah. Oleh yang demikian apa yang kita harus lakukan ialah menerangkan apa yang harus dilakukan. “Sofia, okay tak pe. Ambil kain dan lap tumpahan tu.” Dan jika mereka tidak mahu lakukannya, lakukan bersama-sama. “Sofia, kemas balik mainan tu ke dalam kotak selepas bermain ya”. Lakukan dan didik mereka dengan sabar dan tunjuk ajar agar mereka faham erti tanggungjawab atas aktiviti atau perilaku yang mereka lakukan.
3.JADILAH CONTOH TELADAN YANG BAIK
Anak-anak akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Ibu bapa adalah guru pertama mereka. Jangan membuat perkara yang melanggar syariat Islam atau perkara yang boleh membuat mereka rasa bingung. Tunjuklah contoh akhlak yang baik pada anak-anak agar mereka meniru dan akan membesar menjadi insan yang cemerlang.
4.ELAK SALAH BERI KRITIKAN PADA PERILAKUNYA
Apabila kita menegur anak, pastikan yang kita menegur perilaku mereka yang kita tidak suka pada ketika itu. Jauhi dari mengungkit perkara yang lama. Tukar skrip cara kita menegur. “Sofia,tengok TV lama sangat tak bagus, mari ikut mama., tolong mama buat kuih di dapur.” Janganlah kita menegur begini” Sofia,nak jadi budak malas ya? Asyik tengok TV aje. Tutup TV tu!” Kadangkalanya kita akan mengungkit keperibadian adik beradik yang lain. “Sofia ni asyik tengok TV macam along. Nanti tak pandai belajar!” Jauhi skrip sebegini. Ini akan membuat anak kurang hormat kepada ahli keluarganya yang lain.
5.BERSABAR
Selalunya apa yang anak-anak kita lakukan tidaklah kritikal, maka bersabar adalah tahap kita. Tambahan pula, mereka masih kanak-kanak. Mereka perlu banyak mencuba untuk merangsang minda mereka. Mereka harus berani melakukan perkara yang susah untuk merangsang perkembangan sosio emosi mereka. Mereka harus berlari, memanjat dan melompat untuk merangsang perkembangan jasmani mereka. Apa harus kita lakukan ialah memantau aktiviti anak-anak. Jika ia akan mendatangkan mudarat, ketika itu kita menegur dengan baik dan berikan mereka kefahaman kenapa perilaku tersebut tidak boleh dibuat. Berbincang dengan baik kerana anak-anak kita sebenarnya boleh faham bahasa kita yang mudah apabila kita berbincang dengan mereka.
KESIMPULANNYA, sebagi ibu bapa, jangan mudah tertekan. Lakukan terapi untuk menenangkan minda dan jiwa dengan selawat, istighfar dan mendengar Quran agar ketenangan ini dapat membuahkan kebijaksanaan dan hik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.