Siapa yang tak kenal dengan pemain bola sepak terkenal negara, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek. Penjaga gol ini berkawin pada tahun 2012 dengan pasangannya si cantik manis Leuniey Natasha.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 cahayamata yang comel.Usia perkahwinan pasangan ini sudah mencecah 13 tahun, jelas terpancar kebahagian buat mereka.
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instgaram milik isteri Apek, Leuniey Natasha berkongsi sambutan hari jadi buat anak sulungnya, Kayla Elayna yang ke 11 tahun. Turut memuat naik kapsyen ucapan dan doa buat anaknya.
Ads
“Happy 11th Birthday satu satunya babygirl. Mamy daddy kakak elaaaa @kaylaelaynakf Membesar dengan baik dan sihat sihat selalu , anak baik mamy daddy , we love you so much . Now u dah masuk teen phase kakak , may and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life .Inshallah.Ameen”
Ads
“Macam Zahirah Macwilson laaa cantik”- Netizen
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata memberi ucapan hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buat anaknya. Ada juga memuji kecantikan yang dimilik oleh anak perempuannya itu. Ada juga beranggap anaknya persis pelakon terkenal Zahirah Macwilson. Antara komennya
Ads
“Cantik betul lah Kayla. Happiest birthday to you Kayla, dah besar dahh dia “ “Pehh mcm zahirah macwilson laaa cantik” “Tau-tau da 11 years old awal you’re so pretty .happy birthday Kayla semoga diberkati Allah SWT” “Besar dahhh. Comey ikut mommy.”
Musim hujan ni memang banyak haiwan berbisa berpindah dari habitat asal mereka dan mencari tempat perlindungan yang lebih panas. Antaranya di dalam rumah, dalam enjin kereta dan juga kasut atau tempat penyimpanan kain.
Sebab itulah, kita perlu memastikan Kawasan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan tidak mengundang haiwan-haiwan seperti ular, kala jengking dan sebagainya masuk ke Kawasan kediaman kita.
Tapi ya lah malang memang tak berbau, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Zack Zai, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Iman Sufi dipatuk seekor ular berbisa yang bersembunyi di dalam kasutnya.
Iman sufi dipatuk di tangan dan kini dia sedang dirawat dihospital kerana insiden tersebut. Perkongsian tersebut juga memohon orang ramai untuk mendoakan Iman Sufi agar cepat sembuh.
“Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya. Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan. Diharap semua berhati2 ketika meletakkan kasut di luar rumah. sebelum pakai cek dulu ya”
Melalui posting tersebut juga Zack Zai sempat menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan kasut di luar rumah. Dia juga menyarankan orang ramai untuk periksa kasut terlebih dahulu sebelum memakainya.
Perkongsian itu juga turut mendapat respon ramai warga net dan kebanyakkannya mendoakan kesembuhan buat adik Iman Sufi.
Bila tinggal di kota besar, bunyi bising memang dah jadi perkara biasa. Tapi macam mana kalau bunyi tu sampai buat anak kecil terkejut dan gelisah?
Itulah yang dilalui pempengaruh dan usahawan terkenal, Fila Amir, apabila anaknya, Assara Adama Camara, terganggu dengan bunyi ekzos motosikal yang diubah suai semasa mereka berada di kawasan terbuka. Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Assara dilihat terkejut dengan bunyi yang dikatakan terlalu bingit.
Fila kemudian tampil memberikan penjelasan, bukan sebab tak biasa dengan bising, tetapi bunyi bingit melampau itu benar-benar mengganggu, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak kecil.
“Bukan masalah bising, masalahnya bingit! Kalau bukan sebab baby pun, motor tu memang bising sangat. Orang dekat restoran pun terkejut. Kita yang dewasa pun sakit telinga,” katanya.
Menurut Fila, selama ini Assara memang dah biasa dengan bunyi bising. Malah rumah mereka bersebelahan dengan tapak pembinaan yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 7.30 petang setiap hari.
“Macam-macam bunyi ada. Tapi Assara dah boleh sesuaikan diri. Sekarang ni, nak tidur siang pun dia perlu ada bunyi sikit baru boleh lena,” jelas Fila.
Namun, reaksi yang ditunjukkan oleh Assara terhadap bunyi ekzos tempoh hari benar-benar mengejutkan Fila sebagai seorang ibu. Katanya, itu kali pertama beliau melihat anaknya berkelakuan begitu.
“Saya bukan jenis kisah sangat bunyi bising, tapi kali ni memang lain. Bunyi ekzos tu terlalu kuat sampai buat baby terkejut macam tu sekali,” ujar Fila.
Perkongsian Fila itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen. Ramai yang menyuarakan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap motosikal yang diubah suai hingga menghasilkan bunyi bingit.
Antara komen paling lantang termasuk,
“Kalau jumpa tepi jalan mmg aku terajang je motor memekak mcm ni. Baran aku.”
“Aku tak faham dgn manusia yg suka buat bunyi moto mcm tu. Bukan dtg faedah pun. Buat sakit jantung org ja”
“Aku benci betul motor bunyi kuat-kuat camni, kita yg besar ni pon terkejut, apatah lagi baby.”
“Kesian Assara terkejut”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam sakit perut ibu hamil bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Kisah yang berlaku pada Ramadan ini benar-benar meruntun hati apabila seorang ibu yang menunggu zuriat selama bertahun-tahun akhirnya pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Ramadan selalunya datang dengan cahaya dan ketenangan. Tapi kali ini, dalam suasana orang sibuk menghitung hari menuju Syawal, terselit satu berita yang begitu meruntun hati. Sebuah kisah yang bukan sekadar kehilangan, tetapi kehilangan dua nyawa serentak — ibu dan anak yang sepatutnya menyambut dunia bersama.
Seorang wanita berkongsi detik paling pilu dalam hidupnya apabila kakaknya meninggal dunia hanya beberapa jam selepas melahirkan bayi sulung. Difahamkan, arwah mengalami demam sakit perut ibu hamil ketika hamil sebelum keadaan menjadi semakin serius.
Bayi tersebut terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari kelahiran. Tidak lama kemudian, ibunya pula dilaporkan berada dalam keadaan nazak sebelum pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
Ketika kejadian, arwah sedang hamil 36 minggu. Adiknya pula hamil 38 minggu jarak kandungan mereka hanya berbeza dua minggu. Mereka melalui fasa akhir kehamilan hampir serentak, berkongsi cerita, debaran dan perancangan menyambut kelahiran. Namun takdir Allah SWT menentukan jalan yang berbeza.
Arwah dijadualkan untuk melahirkan bayi secara pembedahan pada bulan Oktober. Pada hari kejadian, dia sepatutnya menghadiri temu janji dengan doktor pakar dan menguruskan pembelian rumah baharu fasa bahagia yang sedang dibina sedikit demi sedikit.
Beberapa hari sebelum itu, arwah dilaporkan mengalami demam sakit perut ibu hamil. Pada waktu malam, dia sempat ke klinik dan dinasihatkan supaya dirujuk ke hospital. Namun arwah memilih untuk menunggu temu janji di klinik kesihatan pada keesokan harinya.
Keadaan yang pada awalnya kelihatan biasa rupa-rupanya menjadi petanda kepada komplikasi yang lebih serius.
Sekitar jam 3 pagi, kesakitan menjadi semakin tidak tertanggung dan disertai pendarahan ringan. Arwah segera dibawa ke hospital.
Pada jam 7 pagi, bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia. Beberapa jam kemudian, arwah pula berada dalam keadaan kritikal sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Peristiwa ini mengejutkan ramai pihak termasuk doktor pakar yang sebelum ini menjadualkan kelahiran secara pembedahan.
Sejak Oktober 2025 hingga kini, ibu bapa mereka tidak pernah gagal menziarahi pusara arwah. Bukan kerana tidak reda, tetapi itulah satu-satunya cara untuk merasa dekat dengan anak yang dirindui setiap hari.
Lebih menyayat hati, arwah sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerjanya.
Dia bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan supaya tidak menyusahkan sesiapa sepanjang cuti bersalin. Tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa, “cuti lama” itu rupa-rupanya perpisahan yang abadi.
Pada 12 Oktober 2025, arwah sempat menjalani sesi fotografi kehamilan. Jarang sekali dia mengenakan pakaian putih, namun hari itu dia memilih warna tersebut.
Tiga hari kemudian, pada 15 Oktober 2025, dia pergi buat selama-lamanya.
Kisah ini mengingatkan ramai tentang bahaya demam sakit perut ibu hamil yang kadangkala disangka hanya simptom biasa.
Perkongsian ini hadir bersama pesanan penting buat semua wanita hamil — jangan sesekali pandang ringan tanda seperti demam sakit perut ibu hamil atau pendarahan walaupun nampak kecil.
Pemeriksaan segera di hospital boleh menjadi penentu antara selamat atau sebaliknya. Dalam situasi tertentu, tindakan cepat mampu menyelamatkan nyawa ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Bagi keluarga, kehilangan ini terlalu berat untuk diluahkan dengan kata-kata. Namun mereka percaya Allah SWT lebih menyayangi kedua-duanya. Bayi kecil itu sempat menatap dunia walau hanya seketika, dan kini dibesarkan di syurga bersama ibunya.
Ramadan ini benar-benar mengajar erti sabar, reda dan hakikat bahawa hidup ini tidak pernah berada dalam genggaman kita sepenuhnya.
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.