Pemakaian car seat atau kerusi keselamatan bukan hanya untuk bayi semata-mata, ia disarankan untuk kanak-kanak diperingkat sekolah rendah. Mengapa? Semuanya kerana kita begitu menghargai nyawa anak-anak yang kita sayang.

Ini yang dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari Beyond Home Therapy yang turut memakaikan anak-anaknya dengan kerusi keselamatan ini biarpun sudah besar.

Jadi pakaikanlah anak-anak kita biar pun mereka sudah besar. Ajar dan didik mereka untuk cintai car seat ini dan buat mereka selesa.


“Dah besar pun pakai car seat?” Kami beli 2 car seat ini masa awal tahun 2020, dari sebelum adik Yuu (3y7m) lahir lagi.

Kiranya hampir 4 tahun dah berjasa, car seat adik berjasa dari lepas lahir insyaAllah boleh guna sampai umur 6 tahun. Car seat kakak Eva pula dari umur 4 tahun dan insyaAllah boleh guna sampai umur 12 tahun.

Beli dengan harga RM1,500 tapi dapat guna selama 8 tahun. Setahun RM187, sebulan RM15 dan sehari RM0.50 sahaja.

IKLAN

“Dah Besar Pun Pakai Car Seat? Biar Anak Selesa & Jatuh Cinta Pakai Car Seat, Mak Ayah Pun Tenang!

Sebagai mak & terapis yang anak-anaknya pengguna car seat tegar, kebaikan guna car seat bukan sahaja untuk keselamatan tapi :

1. KESELESAAN
Anak selesa yang amat bila duduk dalam kereta, kalau jalan bukit-bukit naik ke Genting Highlands pun steady aje dalam car seat.

2. ERGONOMIK
Anak tak sakit badan bila berjalan jauh, siap ada tempat letak tangan dan tempat rehat kepala kalau tertidur.

3. TAK MERAGAM
Tak perlu gadget pun untuk anak behave dalam kereta, sebab dah cukup dengan “hiburan” di luar tingkap. Sambil-sambil kita boleh berborak tentang keindahan alam di luar tingkap.

IKLAN

Berbanding tak duduk car seat, anak tak nampak luar dan hanya nampak pintu. Rasa macam duduk dalam kotak.

4. CUKUP TIDUR
Kadang-kadang duduk 5 minit dah tertidur, anak kurang meragam tak cukup tidur semasa berjalan-jalan. Kita pun set masa perjalanan ikut waktu tidur anak.

Bagi saya car seat anak memang “good investment” sangat. Biarlah orang pelik anak dah besar-besar pun pakai car seat macam bayi tapi kita sahaja tahu betapa bergunanya car seat anak.

Menarik: “Leaking Dari Petang Sampai Malam” Bersyukur Jadi Ibu, Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif!

IKLAN

“Dah Besar Pun Pakai Car Seat? Biar Anak Selesa & Jatuh Cinta Pakai Car Seat, Mak Ayah Pun Tenang!

Berita baik buat pasangan yang ikhtiar hamil. Sertai Zumba Sarung & Sembang Sihat bersama pakar berpengalaman. Ada peluang untuk menang hadiah hebat!

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/sembang-sihat/

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI