Agak jarang pelakon Datin Elvina Mohamad membuat sesi luahan di platform media sosial. Disebabkan anak lelakinya, Karl Mateen, 3, menjadi mangsa ‘body shaming’, Elvina meluahkan dia agak terasa hati.’
Menerusi Instagram Stories, Elvina, 27, mendedahkan anaknya dituduh sakit gara-gara kurus.
Kata pemilik nama Norzalina Mohamad, dia penat membaca kiriman mesej daripada individu yang tidak senang hati melihat saiz badan anak lelakinya itu.
Pemikiran orang ini pelik. Bila kurus ja sakit bila gemuk ja sihat. Wahai sekalian tak payah la nak bandingkan badan korang dan anak saya.
Dia kurus kecil tak semestinya dia sakit. Anak awak gemuk badan besar tak semestinya sihat.
Tengok genetik la, kalau awak besar, memang besar juga la anak awak. Saya dan suami kecil molek jadi kecil comel juga la anak kami.
Ads
Penat baca DM orang cakap pasal badan anak ni siap cakap tak cukup makan ke badan macam tu? Seriously?
Karl anak yang sihat & aktif
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis menegaskan anak lelakinya itu sihat, aktif malah cerdik biarpun memiliki postur tubuh yang kurus.
Ads
Sekurangnya anak saya walaupun kurus dia sihat, aktif, cerdik, cukup makan, cukup kasih sayang.
Anak yang gemuk tak semestinya sihat tau. Masa kecil mungkin comel, nanti besar risau masalah lain pula.
Terdahulu, Elvina dan Datuk Mohd Haniff Borhan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018.
Kanak-kanak kerap demam dan berbadan kurus, adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah? Ini punca sebenarnya.
Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema. Kadang kala boleh berlaku hampir setiap bulan. Adakah hal ini kerana kekurangan suntikan imuninasi yang boleh menguatkan tubuhnya.
ADAKAH KURANG MAKAN PUNCA ANAK SELALU SELESEMA & DEMAM?
Selera makan juga tidak konsisten dan lebih kerap kepada tidak berselera. Ibu bapa juga kadangkala buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk menambahkan selera makan anak kerana bimbang mellihat keadaan anak yang sangat kurus dan sering kali tidak lalu makan kecuali makanan ringan yang digemarinya. Apakah selera makan dan kurang makan ini menyumbang kepada antibodi yang lemah sehingga kerap demam?
Menurut Dr Mohamed Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Specialist Hospital Shah, demam dan selesema dikalangan kanak kanak memangnya satu fenomena yang biasa. Ia bergantung pada faktor persekitaran yang biasa kanak-kanak itu didedahkan seperti di daycare centre, nursery atau tadika.
DEMAM 6 HINGGA 7 KALI SETAHUN
Adalah menjadi kebiasaan bagi seseorang kanak kanak itu mengalami demam dan selsema sebanyak 6-7 kali setahun namun adalah wajar sekiranta pemeriksaan fizikal oleh pakar kanak-kanak yang menyeluruh dijalankan dan ujian seperti darah dan air kencing dilakukan untuk mendapati tiada punca-punca yang lain.
IMUNISASI TAMBAHAN BAGI KANAK-KANAK BERISIKO
Selain daripada suntikan immunisasi yang wajib diambil anda juga imunisasi tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan pertahanan seperti pnuemoccoccus, rotavirus dan influenza.
Kanak kanak yang dalam situasi berisiko seperti yang tinggal di daycare center, nurseri dan tempat pengasuhan kanak kanak sememangnya digalakkan untuk menerima immunisasi tambahan ini selain daripada imunisasi wajib.
Ibu bapa perlu berbincang dengam pakar kanak-kanak mengenai suntikan immunisasi yang ada dan yang mana perlu di berikan kepada kanak kanak mereka.
TREND PEMAKANAN TIDAK MENENTU & BERAT BADAN TURUN NAIK
Kanak kanak dalam limgkungan umur pra sekolah kebanyakannya mempunyai masalah pemakanan. Mereka selalunya mempunyai trend pemakanan yang tidak menentu dan amat memilih dan cerewet (picky eater) tentang makanan mereka.
Berat badan pun tetap dan sering turun dan naik. Apa yang penting bagi ibu bapa lakukan ialah memastikan tahap kesihatan mereka normal dan perkembangan tidak terjejas serta tahap aktif yang bertepatan dengan peringkat umur kanak kanak tersebut.
MAKANAN BERKUALITI & KALORI
Bagi kanak kanak, kuantiti pemakanan tidak penting tetapi kualiti dari segi kalori dan khasiat menjadi kepentingan. Kanak kanak yang cerewet ini memerlukkan strategi pemakaan seperti memberi makanan sebanyak 5-6 kali sehari daripada 3 kali yang lazim diberi. Beliau mencadangkan ibu bapa mendapatkan penerangan lanjut secara menyeluruh boleh di dapati daripada pakar kanak kanak atau dari pakar pemakanan dan nutrisi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak istimewa mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Masalah tidur adalah masalah yang lazimnya dihadapi mereka. Adakalanya ibu bapa juga turut mengalami masalah ekoran daripada pola tidur ini, ikuti perkongsiannya.
Ibu ini telah berkongsi info mengenai pola tidr anak istimewa. Puan Noriza Hashim, ibu kepada adik Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 11 tahun yang mengalami Down Syndrome. Berikut ialah perkongsiannya;
MASALAH POLA TIDUR ANAK ISTIMEWA: PERLU PENDEKATAN MENYELURUH
Mungkin ada yang menganggap remeh masalah ni. Nak tidurkan anak je pun.. Tapi bagi ibu bapa anak istimewa kadang2 ia akan jadi masalah besar.
Lagi2 bagi yang anaknya speech delay@ tak pandai bercakap. Ia sebenarnya bukan sahaja menjejaskan perkembangan anak tapi memberi kesan kepada emosi ibu bapa terutamanya jika kedua-duanya bekerja. Ditambah pula kalau kita memiliki anak kecil yg terpaksa diuruskan. Penatnya Allah saja Yang tahu.
Apabila tiap2 hari melihat group WhatsApps ibu bapa sekolah anak istimewa ini, ada saja setiap hari anak yang tak pergi sekolah sebab tidur lambat dan susah bangun, ada juga terfikir suatu hari nanti aku terpaksa berhenti kerja bila anak itu dah semakin besar dan susah diangkat. Bukan nak biar anak sendirian di rumah tanpa pengawasan.
Susah juga bila anak kita, siang tidur malam berjaga. Kalau tidur pun tak lama, cepat pula terjaga. Kat sekolah tidur, kat rumah aktif menggila. Apabila seorang anak tak tidur, satu keluarga akan rasa tempiasnya. Mula2 bolehlah bersabar tapi kalau berlarutan ia akan menjadi stress kepada ibu bapa. Kurang rehat, kurang tidur akan menganggu aktiviti seharian ibu bapa.
Mengantuk, not perform well, kadang2 berdengkur di tempat kerja dan pernah juga saya pitam di depan rakan. Jika anak anda hanya tidak tidur mungkin masih ok, tapi bila anda terbangun dari terlelap dan melihat barang bersepah, bilik berterabur, telefon musnah…
Ohh.. ya ampun.. Nak marah dia tak faham apa2. Jadi apa yang kita boleh buat. Ia perlu tindakan bersepadu. Bermula dari ibu bapa, anak, keluarga dan masyarakat.
#1 Kawal emosi anda Anak istimewa ada keistimewaan menyerap emosi. Semakin anda tertekan semakin banyak energi negatif akan keluar. Anda akan melihat anak anda makin tantrum dan susah untuk tidur.
#2 Kenal pasti pola tidur Anda perlu tahu bila anak anda tidur, berapa lama, jadi itulah kesempatan untuk anda sama-sama tidur walaupun selalunya 4-5jam sahaja sebelum anak anda bangun semula malah kadang2 lagi singkat dari itu. Dia bangun dengan keadaan serba aktif sedangkan anda masih mamai. Dapatkan rehat secukupnya ya, sila bergilir-gilir. Jaga diri anda dahulu. Jika anda tidak cukup tidur kemungkinan untuk stress tinggi. Ada juga boleh menyebabkan depression. Mengapa anda diuji sebegitu. Anda lelah. Exhausted. Body weakness. Sila berbincang dengan pasangan. Jika pasangan anda terlalu letih, beri peluang untuk tidur sebentar sebelum anda tidur kemudian. Jika anda perlu tidur siang sebentar sila lakukan sebelum anda berperang pada waktu malam.
Dapatkan rehat secukupnya ya, sila bergilir-gilir. Jaga diri anda dahulu. Jika anda tidak cukup tidur kemungkinan untuk stress tinggi.
#3 Pastikan persekitaran selesa
Kadang2 demand anak2 ni tinggi. Nak sejuk, tak nak panas. Nak bersih walaupun dia suka sepah. Nak perut kenyang, pampers kering macam2. Jadi kenalpasti suasana yang disukainya. Kadang2 nak tidur berteman jadi ibu kena tinggalkan semua kerja rumah yang bertimbun semata2 anak tak boleh tidur kalau tak bermain dengan kaki ibu.
#4 Aktif semasa siang
Tak dinafikan anak istimewa ini ada yang mempunyai tenaga yang cukup banyak. Lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan mengalirkan energi yang berlebihan supaya anak anda penat di siang hari Dan tidur pada malamnya.
#5 Kawal pemakanan pencetus energi
Jangan beri makanan/minuman manis dan bergula pada anak anda. Jangan terlalu kesian anak anda tak makan gula-gula, coklat, biskut, kek, Milo dan sebagainya tapi lebih kesiankan diri anda yang tak boleh tidur malam.
#6 No gajet Hadkan penggunaan gajet walaupun video favourite anak anda adalah zikir dan doa. Walaupun mereka istimewa tp mereka celik IT, pandai buka YouTube, dan baling telefon bila internet slow. Jangan biar ketagihan. Lagi2 main game sampai lupa tidur malam. Rampas handphone dan bertegas supaya tiada bunyi bising yang menganggu anda sekeluarga untuk tidur malam.
#7 Berceritalah dan dapatkan bantuan.
Jika anda tidak mampu berjaga malam beritahu pasangan, keluarga Dan rakan rapat untuk dapatkan bantuan Dan sokongan. Kadang2 pelukan itu lebih bermakna dari kata2. Jika anda perlukan orang lain untuk membersihkan rumah contohnya, silakan. Yang penting jaga diri anda dahulu.
#8 Supplemen
Berjaga malam memang meletihkan. Berbincang dengan doktor tentang kondisi kesihatan anda dan adakah anda perlu makanan tambahan. Makan sebaiknya dan jaga kesihatan.
#9 Ruqyah
Sering bacakan ayat2 suci Al -quran untuk menenangkan jiwa anak2 istimewa ini. Jangan biarkan jiwa anak2 ini kosong takut2 unsur negatif senang menyerap ke jiwa mereka. Amalkan maathurat, ruqyah sharriyah, ruqyah anak istimewa terbitan Akademi Al-faqeh, terapi wuduq, terapi ais dan berjumpa ustaz-ustaz yang dipercayai.
#10 Istigfar dan solat malam
Ingat semua ujian ini datangnya dari Allah. Jika semua iktiar kita tidak berhasil tapi yakinlah Allah tidak pernah meninggalkan kita. Mungkin ini caranya Allah mahu mendekatkan kita kepadanya. Banyakkan istigfar dan ambil kesempatan waktu yang terjaga itu untuk solat malam dan membaca AlQuran. Pasti jiwa kita akan menjadi lebih tenang. Kita tenang, anak pun tenang, Insyaallah.
Jangan lupa ikuti Pa&Ma pada 14 Ogos 2018 yang membincangkan tajuk “OKU Masih Ada Harapan jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila PKPD dilaksanakan memang tak dapat biarkan anak-anak bermain di luar namun ianya bukan alasan untuk menghalang anak-anak bermain di dalam rumah. Bermain sangat penting untuk perkembangan anak-anak terutama anak dibawah umur 5 tahun. Kenapa bermain sangat penting? Ikuti perkongsian ini.
Kita selalu risaukan anak..Risau anak bosan, duduk tak buat-buat apa. End up kita beri anak gadget, dengan alasan anak hilang bosan & dapat belajar macam-macam dari situ..
Kalau mommy daddy nak tahu, kanak-kanak bawah 5 tahun sangat penting untuk bermain. Dengan bermain, mereka dapat explore semua yang ada di persekitaran mereka.. sebab tu penting untuk anak-anak kena ada moment ‘bosan’ dalam hidup mereka.
Bila bosan mereka akan cipta sesuatu, buat sesuatu, dan main apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Dari situ mereka akan belajar macam-macam kemahiran termasuklah mengawal emosi, cara bermain, motor, sensori & berfikir..
PKP? tak dapat nak main dkt luar? Banyak je aktiviti yang mommy daddy boleh buat dalam rumah.. Biarlah rumah bersepah disebabkan anak asyik bermain daripada rumah teratur tapi anak sunyi sepi sebab sibuk & ralit dengan gadget.
Ingat ni je.. rumah bersepah boleh kemas.. tapi anak yang addicted dengan gadget, susah nak berundur kembali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Datin Intan Najuwa hamil hampir 36 minggu dan berkongsi cabaran trimester ketiga termasuk Braxton Hicks yang semakin kuat serta kesukaran tidur menjelang kelahiran anak kedua.