Walau melalui beberapa proses bersalin, anak kedua, ketiga dan seterusnya namun perjalanan kelahiran seseorang anak tidak sama. Begitu juga dengan darah nifas.
Walaupun sudah hampir habis berpantang namun darah nifas semakin banyak. Normalkah keadaan semacam ini?
Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan jawapannya untuk ibu hamil.
“Doktor, darah nifas masih banyak pada 37 hari berpantang. It is normal?”
Setiap mommy mengalami pattern darah nifas yang berbeza-beza. Nifas paling maksimum adalah 60 hari.
Tapi jika mommy rasa flow yang pada awalnya dah berkurangan, tiba-tiba pada hari ke-37 menjadi banyak.
Ads
Perlu tukar pada setiap sejam, saya syorkan puan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Antara punca keadaan ini (dipanggil secondary PPH) jangkitan rahim atau tisu uri yang tertinggal.
Ini pula seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Tempoh darah nifas tidak normal bagi ibu melahirkan anak
Seorang ibu melahirkan anak berisiko mengalami abnormal puerperium. Ia melibatkan keadaan kesihatan seperti:
1. Hemorrhage
Ditakrifkan sebagai kehilangan darah yang berlebihan semasa atau selepas tahap ketiga bersalin.
Ads
2. Jangkitan
* Endometritis -Pembengkakan pada dinding rahim. Punca keadaan ini biasanya disebabkan oleh bakteria normal faraj atau bakteria enterik (enteric bacteria).
* Jangkitan saluran kencing
Urinary tract infection (UTI) ditakrifkan sebagai keradangan bakteria pada pundi kencing atau salurannya.
* Mastitis
Dalam tempoh darah nifas ini, masalah mastitis juga boleh berlaku. Ia didefinisikan sebagai keradangan kelenjar susu.
* Jangkitan luka
Jangkitan luka selepas bersalin merangkumi jangkitan pada perineum yang berkembang di tempat episiotomi serta jangkitan pada luka di perut selepas pembedahan C-Sec.
3. Septic Pelvic Thrombophlebitis
Merujuk kepada keradangan vena dengan pembentukan trombus bersama dengan demam yang tidak responsif terhadap terapi antibiotik.
4. Gangguan endokrin ketika tempoh darah nifas
Disfungsi tiroid selepas melahirkan anak boleh berlaku bila-bila masa pada tahun pertama selepas bersalin.
5. Gangguan psikiatrik
Tiga gangguan psikiatri mungkin timbul dalam tempoh nifas adalah kemurungan selepas bersalin, blues selepas bersalin dan psikosis selepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama yang nak kurus boleh cuba resipi kurus cara Rozita Che Wan atau Che Ta ini. Ia mengunakan bahan semula jadi iaitu buah-buahan. Nak tahu cara penyediaannya?
Siapa tidak kenal selebriti mama ini yang kini meniti usia 40-an tapi masih kekal anggun dan langsing. Che Ta yang sudah mempunyai dua anak remaja dan seorang anak kecil mendedahkan resipi kurus beliau.
Ibu kepada Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19 dan Aaisyah Dhia Rana, 4 ini cukup menjaga penampilannya dan dikenali sebagai selebriti yang sentiasa tampil anggun.
KONGSI RESIPI JUS
Che Ta dalam video yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini telah berkongsi cara penyediaan jus buah-buahan yang dikatakan sebagai rahsia kurus beliau. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Menurut Che Ta dalam video tersebut, kurma memberikan tenaga manakala asam keping membuang lemak. Manakala buah-buahan lain berfungsi menyah toksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Katanya lagi, jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin. Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) menerangkan dengan lebih lanjut kenyataan ini.
Kurma adalah antara makanan jenis buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrien. Ia kaya dengan gula (80%) dan selebihnya adalah protein, serat dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium dan zink. Kurma juga mempunyai vitamin yang pelbagai. Antaranya vitamin A, B kompleks termasuk folate; C, E dan K.
Di dalam 100gm kurma terkandung 282kcal yang terdiri daripada karbohidrat 75gm, lemak baik 0.4gm dan protein 2.45gm. Ia mempunyai indeks glisemik yang sederhana (bergantung kepada jenis kurma). Sebagai contoh, kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan bo ma’an 30.5.
Jadi, dapat dirumuskan bahawa kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah. Walaupun manis, ia mempunyai banyak serat yang melambatkan penyerapan gula dalam darah. Dianggarkan terdapat 8gm serat di dalam 100gm kurma.
Secara amnya pengambilan kurma sememangnya bagus untuk orang yang sihat, apatah lagi wanita hamil. Dr Zubaidi berpendapat, pengambilan kurma yang betul (tidak diambil secara berlebihan) memberikan manfaat kepada wanita hamil sama ada di awal kehamilan malah di minggu-mingu terakhir sebelum melahirkan anak.
Ramai pengkaji mendapati bahawa pengamalan kurma terutamaya pada minggu akhir kehamilan membantu proses kelahiran kerana ia meningkatkan tindak balas rahim terhadap hormon oksitosin. Hormon ini bertindak dengan mengecutkan rahim. Dengan itu, ia dapat mengurangkan pendarahan yang biasa berlaku selepas bayi dikeluarkan daripada rahim.
Selain daripada itu, kurma memiliki banyak nutrisi yang sangat penting untuk digunakan semasa proses melahirkan anak. Kurma mengandungi lemak asid tepu dan tidak tepu seperti asid oleic, asid linoleic dan asid linolenic yang mampu membekalkan banyak tenaga di mana anda amat memerlukannya semasa melahirkan anak.
Asid-asid lemak ini juga sangat penting untuk membina bahan prostaglandin (yang digunakan dalam proses pengecutan rahim). Selain itu, tannin dan kalsium dalam kurma juga penting dalam aktiviti pengecutan otot-otot rahim. Mari kenali nutrisi kurma lainnya, yang memberikan kebaikan kepada wanita hamil.
Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kurma membantu bukaan pangkal rahim (servik) dengan lebih mudah dan besar. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology pada 2011, ia menunjukkan wanita yang mengambil enam biji kurma sehari, sekurang-kurangnya empat minggu sebelum melahirkan anak mengalami proses kelahiran yang lebih mudah.
Mereka yang mengamalkan kurma tidak mengalami pecah selaput ketuban ketika dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, mudah memulakan proses kelahiran tanpa memerlukan ubat pitocin dan memendekkan fasa pertama dalam proses kelahiran.
Hal ini berlaku kerana pengambilan kurma elembutkan pangkal rahim. Jadi, memudahkan pangkal rahim membuka ‘jalan’ kelahiran bagi bayi dalam rahim untuk keluar. Mereka yang lebih sukar untuk memulakan proses kelahiran juga didapati lebih mudah bertindakbalas dengan ubat pitocin berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan kurma sepanjang kehamilan.
Dalam penulisan yang diterbitkan dalam The Journal of Midwifery and Reproductive Health), mereka yang mengamalkan kurma mempunyai bishop scores (satu penilaian terhadap kesediaan wanita yang mahu melahirkan anak dengan mudah), pembukaan ‘jalan’ kelahiran lebih luas kerana pangkal rahim lebih lembut dan mudah bertindak balas terhadap ubat pitocin, jika ia diberikan pada wanita yang mengalami masalah memulakan proses kelahiran.
Pengambilan kurma sememangnya memberikan kesan yang sangat baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecologypada 2017, pengamalan kurma ketika hamil terutamanya di peringkat akhir kehamilan, memberikan kesan positif kepada proses kelahiran tanpa memudaratkan ibu dan bayi yang dilahirkan.
Dalam banyak kajian yang dinyatakan tadi, terbukti pengambilan kurma sangat bermanfaat untuk wanita hamil. Jadi, anda boleh amalkan empat hingga enam biji kurma sehari.
Disarankan ambil dua hingga tiga biji pada waktu pagi dan dua hingga tiga biji pada waktu malam. Kurma boleh dimasukkan ke dalam minuman sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Jika tidak pun, campurkan kurma yang dipotong kecil dengan sayur-sayuran atau buah-buahan segar.
Bagi wanita yang tiada masalah kesihatan, boleh ambil enam hingga lapan biji sehari. Jika berada di minggu akhir kehamilan (36 minggu ke atas), boleh ambil lapan hingga 10 biji sehari, bergantung kepada berat badan, ketinggian dan aktiviti seharian.
Namun begitu, wanita yang ada masalah diabetes semasa hamil, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dicadangkan agar meninggalkan karbohidrat ringkas seperti kuih-muih dan kek tetapi menggantikannya dengan kurma yang lebih semula jadi dan merupakan karbohidrat kompleks.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat usahawan kosmetik, Madammu yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.
Madammu yang menjalani rawatan IVF untuk cahaya mata sulungnya bersama suami memilih tarikh indah 9 Jun 2023, Jumaat penuh barakah untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka.
Menerusi Tik Toknya, usahawan cantik jelita itu berkongsi kegembiraan atas kelahiran itu.
“Alhamdulillah, baby A selamat dilahirkan di hari Jumaat yang penuh berakah. Syukur,” tulisnya.
Madammu bagaimanapun masih belum mendedahkan nama, wajah dan jantina anaknya yang dipangil Baby A.
Menerusi video yang dikongsikan Madammu itu, memperlihatkan Baby A yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawa masuk ke bilik ibunya.
Teruja dengan perkhabaran gembira itu, pengikut setia Madammu turut meninggalkan pelbagai respons diikuti ribuan ucapan tahniah atas kelahiran yang begitu dinantikan itu.
Terdahulu Madammu dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban. Bahkan pada Mei lalu, Madammu juga turut dimasukkan ke hospital selepas tidak cukup rehat.
Semoga kelahiran Baby A menceriakan dan mencambahkan rasa bahagia buat keluarga Madammu dan suami.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.