Anak pengikat kasih sayang. Dapat anak perempuan atau lelaki, itu semua rezeki kurniaan Allah. Sebagai ibu bapa, kita mesti mengharapkan anak yang lahir itu dapat terus membesar dengan sihat dan sempurna.
Bila dapat anak lelaki, apa yang terlintas difikiran adalah warna biru manakala untuk perempuan pula mesti ada warna pink, reben yang cantik dan sebagainya.
Namun, bagi anak perempuan yang jenis rambut halus dan lambat tumbuh, kadang buat ramai keliru dan akan bertanya banyak kali untuk dapat kepastian.
Situasi ini turut dialami oleh pelakon Sheera Iskandar apabila ramai yang beranggapan anak perempuannya, Harissa adalah bayi lelaki.
“Bila baby dah pakai dress colour pink, siap pakai reben, tapi orang masih tanya baby boy ke?,” tulis Sheera.
Ads
Perkongsiannya itu telah menarik perhatian peminat dan masing-masing berkongsi pengalaman yang sama ketika anak masih kecil. Kadang anak lelaki pun ada yang salah anggap anak perempuan.
“Anak saya pulak orang ingat girl. Elok pakai baju boy, rambut pendek tapi rambut jatuh tutup dahi, air muka lak lembut, orang ingat girl 😂 adesssssss”
“Sama laaaa dulu anak boy orang cakap girl, anak girl orang cakap boy walaupun letak bunga atas kepala 😂”
Ads
“Ya Allah….Sama Sheera. Saya pernah dah terang-terang reben. Pak cik tu duk tanya anak apa ni laki ke..”
“Itu perkara biasa. Saya pula baby boy..pakai baju boy dah. Tak ada pink-pink. Dia orang tanya lagi..’eh gegirl’ ke..haha..hadap jela jawab soalan yang sama.😂😂😂”
Kalau tengok Harissa ni, macam muka daddynya. Besar nanti mesti anak manja daddy. Rasanya mommy pun terpaksa mengalah ni.
Suntikan MMR mengandungi kolostrom seperti mana yang terdapat dalam telur kuning. Sebelum bayi diberikan suntikan MMR, dia mestilah terlebih dahulu diperkenalkan pada telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum tersebut.
Sekiranya bayi tiada sebarang masalah alahan jadi tiada masalah untuk terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tanda-tanda alahan seperti ruam atau bintik-bintik merah pada kulit maka ibu perlu maklumkan kepada jururawat atau doktor.
Telur adalah antara lapan makanan popular yang boleh menyebabkan alahan tetapi ramai Pakar Pediatrik berkata memperkenalkan telur kuning adalah okay untuk bayi usia lapan bulan yang tiada sebarang masalah alergi.
Ramai pakar pemakanan menyarankan lebih selamat untuk perkenalkan telur kuning kepada bayi apabila berumur lapan, elakkan beri putih telur sehingga bayi genap usia setahun.
Telur mestilah direbus untuk memudahkan ibu memisahkan bahagian kuning dan putih. Pastikan anda hanya bagi anak makan telur yang betul-betul bersih dan direbus sehingga masak. Ini bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria oleh patogen berbahaya seperti salmonella
Seorang ibu, Rai Lee berkongsi dengan ibu-ibu lain di facebook Geng Memasak Untuk Anak (GMUA) bagaimana langkah untuk perkenalkan telur kepada bayi
FEVERET ANAK SAYA–> TELUR
Kuning telur sebenarnya makanan mudah dan simple yg boleh naikkan HB anak.
start kenalkan telur selewat lewatnya mulai umur 8 bulan.
9 LANGKAH PERKENALKAN TELUR KEPADA BAYI ramai juga yang masih belum tahu tentang cara nak kenalkan telur kepada bayi ya. saya share langkah2 penting untuk intro telur kepada bayi. saya copy dari group wasap je ni.
9 Langkah yang wajib dibuat untuk kenalkan telur kepada baby
Minggu 1: 1 sudu besar kuning telur 1 kali seminggu
Minggu 2: 1 sudu besar kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 3: 1 biji telur kuning sahaja
Minggu 4: 1 biji kuning telur 2 kali seminggu
Minggu 5: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 1 kali seminggu
Minggu 6: 1 biji kuning + 1 sudu besar putih telur 2 kali seminggu
Minggu 7: 1 biji penuh telur
Minggu 8: 1 biji penuh telur 2 kali seminggu
Minggu Ke-9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tapi tak lebih daripada 3 kali seminggu
Kenapa perlu dimulakan dengan kuning telur? Ini kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan baby allergic kepada telur.
Putih telur mengandungi 4 protein yang boleh menyebabkan allergic.
Selamat mencuba
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dahagakan rangsangan, mama papa perlu tahu 6 perkara ini. Memang wajib buat selalu. Tentu dia akan happy!
Adakalanya bayi akan mudah tersenyum sendiri. Melihat kipas siling berputar pun sudah cukup menyebabkan mereka tersenyum.
Sejak lahir, bayi memang dahagakan aktiviti sensori atau rangsangan sama ada yang melibatkan sentuhan, rasa atau bunyi. Stimulasi deria dari awal oleh mama dan papa amat membantu memenuhi keperluan bayi belajar menerusi rangsangan dari segi fizikal, emosi dan perkembangan sosial.
Cara terbaik untuk melaksanakannya ialah dengan melihat cue daripada bayi. Bayi anda mungkin mempunyai keperluan sensori yang berlainan dari bayi lain. Apa yang berkesan pada bayi lain tidak semestinya akan berkesan untuk bayi ada. Misalnya menuangkan air ke dalam atau memicit botol plastik, ringkas sahaja cukup menstimulasi bayi, dia suka! Asalkan ia sesuatu yang baru, ia tentunya akan menarik perhatian mereka.
Jumlah rangsangan yang patut diterima bayi juga bergantung kepada sistem neurologikal masing-masing dan juga keadaan atau mood bayi ketika itu sama ada letih, lapar, mengantuk dan sebagainya.
Mama dan papa perlu tahu apa yang bayi anda suka dan bila untuk berhenti. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk memberi rangsangan sensori tanpa keterlaluan. Perhatikan tanda atau cue yang bayi berikan, misalnya memalingkan wajah atau mula menangis sebagai tanda ‘cukup’ atau dalam bahasa mudahnya ‘Mama/ Papa tolong berhenti sekarang, saya dah bosan. ’
6 AKTIVTI YANG BAYI SUKA
Berikut ialah antara aktivti yang bayi suka. Maka bolehlan mama dan papa selalu buatkan untuknya;
#1 Pergerakan
Sebarang pergerakan akan disukai si kecil. Matanya akan terpaku kepada apa yang bergerak dihadapannya. Apatah lagi jika pergerakan tersebut diikuti bunyi-bunyian seperti bunyi seberkas kunci yang digerakkan, kakak dan abangnya yang sedang bercakap atau permainan kerincing yang digerakkan di hadapannya, ini tentu menarik perhatiannya. Bayi suka memberikan reaksi dan respons.
Melihat objek yang bergerak juga berkesan kepada perkembangan otak bayi. Pemerhatian bagaimana objek bergerak ini yang menyebabkan bayi amat tertarik kepada orang sekeliling, binatang pelihataan, permainan yang bergerak dan sebagainya.
#2 Sesuatu yang baru
Kajian menunjukkan bayi yang berusia empat bulan ke atas akan tertarik melihat objek yang baru lebih lama berbanding yang telah lama atau biasa padanya. Ini sebabnya kenapa bayi akan memilih untuk melihat sesuatu yang di luar kebiasaannya seperti orang asing terutama sekali sekiranya ia mempunyai ciri yang tidak biasa dilihat bayi seperti misai, janggut, kaca mata, rambut perang dan sebagainya. Ini sebabnya kenapa bayi hilang minat kepada mainan kegemarannya selepas tempoh tertentu. Kadang-kadang ia juga sebab kenapa bayi lebih tertarik dan teruja kepada orang yang dia jarang jumpa seperti makciknya yang datang melawat atau pakcik kedai runcit yang menegurnya.
#3 Kontras
Kita selalu mendengar yang bayi sukakan objek hitam dan putih, tetapi sebenarnya mereka lebih sukakan warna yang kontras. Ini sebabynya kenapa bayi sukakan melihat ke dalam mata anda atau melihat bayang yang terbentuk pada dinding. Apatah lagi ia bergerak-gerak, bayi lagi seronok!
#4 Respons
Bayi suka sangat menerima feedback bila mereka buat sesuatu. Contohnya apabila digerakkan kerincing dan kerincing tersebut berbunyi atau mama papa buat bunyi-bunyian apabila mereka ketawa. Apa juga objek yang memberikan reaksi akan mendapat perhatian bayi. Bayi seawal usia 1 bulan sudah tahu mengenai hal ini, maka mama dan papa berilah perhatian kepada bayi dan cuba engage dengan bayi.
#5 Ritma dan muzik
Kebanyakan bayi sukakan irama dan muzik, sama ada ia nyanyian dodoi,bunyi mainan atau sekadar pintu yang berkeriuk apabila dibuka! Jadi mama dan papa jangan rasa bayi bosan bila anda dengarkan surah atau lagu-lagu kerana mereka sebenarnya sukakan irama dan bunyian. Ini kerana bayi sudah dirangsang dengan bunyi sejak dari dalam kandungan iaitu dengan bunyi degupan jantung ibunya, suara ibunya dan dari sekeliling.
#6 Meniru
Kalau anda buat sesuatu, bayi memang mudah untuk meniru. Perbuatan seperti menekan alat kawalan jauh TV, menyuapkan makanan dengan sudu, menekan butang, mengenakan mekap dan sebagainya cukup menarik kepada bayi. Tak lama lagi dia akan tiru dan cuba buat apa yang anda buat.
Bayi kecil 4 hingga 6 bulan misalnya suka buat mimik muka, kadang-kadang muka hodoh sebab dia pernah melihat anda melakukannya. Ini jugalah sebabnya bayi suka sangat kepada telefon pintar, kaca mata, suis lampu, kunci dan sebagainya. Ia kerana anda ‘suka bermain’ dengan barang-barang ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi tak mahu stok susu ibu beku yang dicairkan? Ini memang memeningkan mama sebab perlu sediakan susu bekalan segar untuk bekalan di taska atau rumah pengasuh. Apa nak buat?
Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Jom siasat puncanya.
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, konsultan laktasi IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
1)BEKAS PENYIMPANAN
2)CARA KENDALIAN
3)PERIKSA PETI SEJUK
4)KEBERSIHAN
5)PEMAKANAN IBU
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!