
Semakin bayi meningkat usia semakin bijak menerima dan menolak satu-satu makanan. Ada waktunya bayi kecil kita mula bosan untuk menjamah bubur nasi yang digabungkan dengan pelbagai jenis sayur dan sumber protein. Sesekali ubahlah selera si kecil kita dengan aneka pasta buat mereka.
Pasta dihujung minggu mungkin dirasakan sesuai. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ain Farhana Ashraff ini. Pasta Baby ringkas dan enak ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas. Jom cuba. Nampak sedap!

Bahan-bahan:
Pasta Baby
Ayam
Pasta prego
Brokoli
Bawang putih
Bawang merah
Kentang
Mixed herbs
Cream cheese
Unsalted butter
Rebus pasta dalam periuk selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan unsalted butter. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan kentang, ayam dan sedikit air.
Tunggu sehingga ayam dan kentang masak kemudian masukkan brokoli.
Masukkan satu sudu cream cheese dan tambahkan sedikit air.
Akhir sekali masukkan pasta yang siap direbus tadi. Kacau sebati.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


