Tahniah diucapkan buat penceramah Da’i Syed yang telah selamat menimang cahaya mata sulungnya selepas isterinya, Hana Ismail melahirkan anak sulung mereka pada jam 2.06 petang, Rabu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Syed menerusi satu hantaran di Instagram yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu.
“Alhamdulillah isteri saya Hana selamat melahirkan anak kami pada pukul 2.06 petang. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya.
Syed yang kini bergelar bapa turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menemani isteri semasa proses kelahiran.
Ads
“Melihat sendiri dengan mata. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak pengsan.
“Terima kasih buat isteriku. Wanita hebat, melahirkan zuriatku. Kuat semangat, tak banyak kerenah. Sabar dengan segala kesakitan,” luahnya berkongsi.
Ads
Selepas selamat bergelar bapa, Syed juga dilihat turut memotong rambutnya yang panjang.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur. Keduanya mendedahkan kehamilan pada 1 Syawal lalu.
Influencer dan juga usahawan terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi berita gembira selepas isterinya Syafiqa Aina selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang juga anak keduanya. Kini mereka dah lengkap sepasang cahaya mata!
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Hafiz di akaun Instagram, bayi lelaki mereka telah diberi nama Rayqal Arees yang lahir dengan berat 3.59 kg.
Dengan menulis kapsyen ..Assalamualaikum Rayqal Arees, semangat anak lelaki Daddy & Mummy ( 3.59KG ) @raisyaarisa nak tengok adik ?
Ya Allah, ramai sangat yang mendoakan. Rayqal pun anak awak juga, Terima Kasih awak sahabat-sahabat saya 💙
Tahniah Aina & Hafiz
Perkongsian yang dibuat oleh influencer itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pasangan muda terbabit.
Mereka juga turut mendoakan agar anak kedua pasangan tersebut membesar dalam keadaan sihat dan menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.
“Masya Allah tabarakallah sihat sihat selalu mummy Dan anak soleh 😍”
“Handsome boy nya Rayqal ni.. congratulations abg hafiz& kak aina. Im happy for uolss🥰❤️”
“Alhamdulillah ❤️ Congratulations. Selamat Berpantang kak Ainaa.. Semoga baby dan kak Ainaa diberi kesihatan yang baik.. Semoga baby Raiqal menjadi anak yang soleh buat kak Ainaa dan abang hafiz ❤️”
Isteri tiba-tiba pengsan dalam bilik air
Menjengah ke Insta Story Hafiz, dia memaklumkan yang isterinya tiba-tiba pengsan ketika di bilik air untuk buang air kecil dan tukar pad kerana kehilangan banyak darah.
Mujur dia ada bersama dan sempat memaut Aina daripada jatuh ke lantai.
Untuk rekod, pasangan influencer ini telah melangsungkan pernikahan pada tahun 2017 dan menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Raisya Arisa pada 2019.
Pasangan ini merupakan antara influencer yang berjaya apabila mempunyai perniagaan sendiri setelah membuka klinik kecantikan bersama.
Mereka juga antara selebriti media sosial yang kerap menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan memberikan vibes positif kepada warganet.
Ikan memang sumber protein terbaik tapi bagi penderita penyakit ekzema, ibu berpantang lepas bersalin dan penghidap GERD ada beberapa jenis ikan yang perlu mereka elakkan jika tak mahu keadaan menjadi lebih teruk.
Perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman ini penting untuk dijadikan panduan berguna.
PERHATIAN : TOP 5 IKAN PALING GATAL. PALING “ANGIN”.
Gatal ekzema tak henti?
“Angin” dan mental akibat refluks dan kembung?
Sakit kepala migrain tak kurang-kurang?
Loya dan nak muntah, perut tak selesa?
Bengkak sana-sini…
Anda tengah berpantang lepas bersalin?
Info ini SANGAT PENTING.
Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.
Saya ambil contoh :
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
– Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
– Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
– Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
– Badan jadi gatal dan ruam timbul.
– Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma,
Pantang dahulu makanan histamin buat sementara.
Pantang 5 Jenis ikan penyebab kegatalan dan angin ini!
1. Ikan Kembung
2. Ikan Tongkol
3. Ikan Cencaru
4. Ikan Bawal (Hitam/Emas)
5. Ikan Pari
Ikan-ikan ini mungkin menyebabkan simptom penyakit-penyakit di bawah ni menjadi lebih teruk mengikut pemerhatian dan pengalaman saya
1. Ekzema: Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.
2. Alahan atopi seperti asma dan resdung.
3. Mingrain atau sakit kepala: Sakit kepala mungkin tercetus.
4. Sakit seperti senggugut jadi lebih teruk.
5. GERD: Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simptom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas. Emosi dan mental juga boleh jadi terganggu menyebabkan
stress, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.
Bagaimana simptom boleh jadi lebih teruk? Ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin yang berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh kuman yang hinggap di makanan ini. Maka makanan yang tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi yang alah.
SHARE pada saudara dan kenalan yang menderita ekzema atau GERD…atau sedang pantang bersalin. Semoga bermanfaat.
Abby Abadi selebriti yang sering kali tampil membantu ibu yang tidak berkemampuan untuk mencari keluarga angkat bagi menjaga anak yang baru dilahirkan. Sebelum ini dia sendiri dan suami turut mengambil dua orang bayi yang diberi nama Dayyan dan Dayana.
Kali ini Abby membantu melangsaikan bil hospital yang berjumlah RM5,300 dengan bantuan yang disalurkan oleh orang ramai menerusi dirinya. Menurut perkongsian Abby di Instagram miliknya, ibu bayi tersebut serba salah untuk beri bayinya pada orang lain namun tiada pilihan kerana tiada wang untuk bayar bil hospital.
Oleh itu, Abby memohon warga net yang menjadi pengikutnya untuk hulurkan sumbangan meskipun hanya RM10.
Saya usahakan utk Baby ni 😷
Walaupun masa dah suntuk, esok memang kena settlekan, Sy cuba juga nk mengajak Sahabat2 Sy disini kita kumpul duit sorang sikit.. utk Mak Baby ni settlekan bilnya buleh? Maknya serba salah nk bg baby ni pada org.. tapi sebab tiada pilihan (tiada duit nk settle bil) dia terpaksa buat keputusan ni. Sy pulak yg sedih & rasa bersalah 😭
Mohon bantuan semua… walaupun sekadar RM10, amat bermakna utk Mak Baby ni.. Jomlah sorang sikit. Kita bantu org dalam kesusahan, InshaALLAH ALLAH bantu kita nanti 😇
DM Sy ye kalau sudi. Doakan Sy berjaya bantu Mak baby ni.. Amin
Dalam satu posting yang lain, Abby memanjatkan rasa syukur dan gembira dengan sumbangan orang ramai. Dalam perkongsian itu, menurut Abby tak sampai sejam duit yang diterima lebih kurang RM10 ribu. Memang pemurah rakyat Malaysia, Singapore dan Brunei ni.
Assalamualaikum Sahabat Malaysia, Singapore, Brunei (Indonesia ada ke?) & semualah…I loveee you all Lillahi Taala. Muah ciked 🥰
sangat gembira & terharu pagi ni. Berkait dgn sumbangan yg Sy umumkan utk bantu bayarkan bil hospital Mak Baby di Klang malam tadi, . Alhamdullillah, Kita BERJAYA yeyyyyy!!!😍 Dalam masa lebih kurang sejam, dah terkumpul hampir RM10k 😭
Hebat semua.. memang kejutan buat Saya juga sebenarnya sbb Sy jarang kumpul sumbangan mcm ni. Bila nk buat apa2 sblm ni, Sy diam2 je layan diri 🙊 Seriusss! Tak terbayang.. dalam masa kurang sejam, terkumpul lebih kurang RM10K.. Gilerr gempakk weeiii!😭
Berderu2 DM masuk minta no acc utk sama2 menyumbang kul 1-2am semalam. Ada yg bagi sampai rm1k, rm100,200, rm300, 10,30.. ada pelajar tu dia bagi rm12 comel je hehe.. Rasa nak nangisss melayan sampai Sy tertidur. Nasib buleh copy paste aje no acc Sy hihi 🤭
Pagi ni bangun, cek DM.. ramai lagi yg nk bersama Sy utk bantu Mak Baby tu…. tapi Sy rasa cukup setakat apa yg ada tu dulu. Doakan Sy lepas ke sana pagi ni bersama suami @jaiezzany ye, kul 11am nanti inshaALLAH ☺️Syukur sangat2! Musim2 PKP ni.. mmg tiada pilihan selain dari membantu berjemaah hehe.. Sy dah pernah buat perkara yg sama beberapa kali sebelum ni. Bantu Mak Baby, dulukan duit Sy yg tak seberapa nak ada tu. Janji nk byr semula, hilang terus 🙊. Terpaksa telan sorang2 sbb buatpun sorang2 masa tu, suami je tahu 😅
Jadi kali ni, bila melibatkan dana awam, Sy kena kongsi semua cerita supaya tidak timbul fitnah ye. Doakan dapat penyelesaian yg terbaik utk kes Mak Baby di Klang ni harini. Aminnn
Menerusi posting yang lain, Abby dilihat memuat turun gambar baby yang dipanggil Noah. Abby mengucapkan rasa syukur pada Allah dan berterima kasih pada semua yang menyumbang dan mempermudahkan segara urusan baby tersebut.
Baby dah keluar hospital yey 😍
Alhamdullillah Terima Kasih ALLAH
Terima Kasih Semua yg berkongsi
Permudahkan segala urusan Baby ni
Comel sangattt baby ni
Rasaaaa nk bawak balik tadi
Tapi nangis pulak Maknya nnti hihi 🙊
ps: Nanti Sy share details semua ye. Sy bayarkan bil tadi dalam rm5.3k & serahkan RM2k dulu sbb baki dah limit hihi 🤭 esok sy uruskan bakinya ye. Jangan risau. Sy hamba ALLAH yg beriman 😇
Sumbangan yang dibuat oleh orang ramai itu membantu Abby untuk selesaikan bil hospital ibu dan bayi tersebut. Dengan langsainya bil, maka dua beranak ini pun tidaklah terpisah. Abby juga sempat bawa bayi yang dipanggil Noah ni bertemu dengan suaminya, Jaiezzany. Sempat suaminya bertanya untuk bawa pulang si kecil yang comel itu, tapi jelas Abby mereka bantu untuk tidak memisahkan antara ibu kandung dan bayi comel tersebut.
Baby Noah 😘
Waaaaa sukahati je letak nama anak orang.. mood BCL sangat kan hihi Rinduuuu… nk baby lagii… 🙊
Alhamdullillah atas keprihatinan bersama , Mak & Baby tak berpisah. Terima Kasih pada semua yg membantu. Hanya ALLAH dpt membalas budi baik kalian… Semoga redha ALLAH milik kita bersama… Amin 🥰😇
ps: Yg tak membantu, asyiik cari salah je tu jangan masuk sinilah.. Ni IG utk berkasih dan sayang. Yg busuk anda tidak perlukan disini ye. Tunggu Mama Yebby blocked 😝😹🤣
Baby Noah sempat Mama bawak jumpa Abahh tadi hehe 😍
Abah tanya buleh bawak balik ke?Sy kata mana buleh, kan Maknya sayang Baby ni.. tak mampu nak lepaskan. Sebab itu kita tolong ajak reramai bantu settlekan bilnya sbb dia tak mampu
Terusss suami taknak pegang, tengok jauh jerr.. takut tersayang & terbawak balik hihi.. (Terlebih sangat kasih sayang kami ni hihi 😆 )
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.