Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Ogos lalu, pendakwah selebriti Dai Syed mengakui tidur jam 7 pagi demi memastikan perhatian pada anak sulungnya.
Menerusi Insta Storynya, Syed turut berkongsi kisah dirinya yang tidak cukup tidur sejak bayi pertama mereka dilahirkan.
Dalam perkongsian tersebut kelihatan Syed sedang tidur di sebelah puteri mereka, Sharifah Fatma Nour.
“Jam 7 baru baba tidur.
Ads
“Jaga Nour punya pasal,” tulisnya di kapsyen.
Dapat dilihat keduanya tidur lena secara bersebelahan memandangkan pendakwah itu berjaga malam untuk menjaga anak pertama mereka yang masih belum genap usia seminggu.
Kongsi momen tanam uri
Selain daripada itu, Dai Syed juga sempat memuat naik momen sewaktu menanam uri bayi dan menyatakan hukum menanamnya adalah sunat.
Ads
Malah dia juga turut berkongsi cara menanam uri dengan betul serta larangan sewaktu melakukan hal tersebut yang telah menjadi amalan khurafat yang pernah menjadi kelaziman sesetengah masyarakat dahulu.
“Dan mempercayai amalan menanam uri bayi dengan paku, pensel, buku, pembaris, rice cooker atau apa-apa je lah dengan mempercayai untuk anak bijak/rajin ini adalah amalan khurafat,” tulisnya.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka pada 14 Ogos 2024 lalu.
Bayi baru lahir akan melalui fasa jaundis, penyusuan susu ibu cara terbaik untuk menurunkan paras kuning pada bayi seperti yang dilakukan oleh Tasha Manshahar ini.
Penyanyi Tasha Manshahar yang melahirkan anak sulungnya pada 21 Mei lalu berkongsi tentang keadaan si kecil yang disahkan mengalami jaundis. Walau pun awalnya sedih, Tasha mendapatkan nasihat doktor untuk membantu menurunkan paras jaundis dengan penyusuan susu ibu.
Manakala suami Tasha, Raqib Majid memuatnaik gambar Tasha bersama bayi mereka. Kata Raqib, Tasha menangis bimbang bayi mereka perlu ditahan wad disebabkan jaundis.
Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolysis atau pemecahan sel-sel darah merah yang telah matang.
Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari ke-2 selepas kelahiran. Ini berlaku kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisyen.
Selain itu, bayi yang baru dilahirkan mempunyai jumlah sel-sel darah merah yang lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel tersebut juga lebih pendek. Secara tidak langsung, bilirubin yang dihasilkan oleh bayi pada ketika ini adalah lebih banyak daripada biasa.
Jaundis fisiologi selalunya mula dikesan ketika bayi berusia dua hari dan bacaan bilirubin memuncak pada hari ketiga atau keempat dan seterusnya akan berkurangan dan menjadi normal.
Para peminat berkongsi pelbagai tips dan doa agar jaundis bayi Tasha turun segera. Kebanyakannya menggalakkan penyusuan susu ibu dan mengharapkan agar Tasha bersabar melalui tempoh ini. Bayi baru lahir mempunyai perut yang kecil, oleh sebab itu bayi perlu menyusu kerap.
“Sama dgn saya. Minggu lepas bersalin, susu tak banyak. Sempat berurut sekali sebelum anak warded because jaundise. After berurut, susu ada la byk sikit dr lps bsalin. But then time warded tpksa bg susu formula. Nk bg turun kuning. Even every hour kejut bby bgn. Sy amal minun air 2 liter, lps tu urut sendiri area breast spjg dkt ward. It help a little bit. Bby discharge, sy trus pegi berurut.. Skng susu melimpah2. Heheh. Alhamdulilah. Rrzeki anak.” @_cik.iby_
“Sabar ya kak tasha, anak saya dulu pernah kena jaundice masuk 2 bln sampai kena warded 2 kali … alhamdulillah lps buat blood and urine test takda keradangan hati… alhamdulillah yg penting bnykkn breastfeed dan baby bnyk buang air”. @__wardina__
“Baby bwh sebulan xbyk minum susu lg..jgn fikir too much about susu sikit atau lmbat..just bg je, make as much as bonding time dgn baby..insyaAllah susu bole kuar byk nnt..tu tips sy..always be positive,jgn stress..btw, congrats ye @tashamanshahar n @raqibmajid ..moga dipermudahkan..amin.” ctfatima
“@tashamanshahar u kne byk baca psl bf follow mna2 lactation consultant..utk permulaan perut baby only sebesar biji guli..so bby akn sntiasa kerap myusu sbb perut kecil n mudah hadam..so itu keadaan yg normal klu bby slalu nk myusu..psl kuantiti susu..permulaan mmg susu badan sdkt kerana demand baby masih dlm kuantiti yg sedikit..so jgn rsau bby xckp ssu..insyaAllah sntiasa ckp..yg pntg check diapers ok or tak..”nurul_iman_erina_hannah
“Selain df, Urut susu pon bole bnykkan susu dimana lubang-lubang susu yg sumbat dh dikeluarkan. Alhamdulillah sye lpas kena urut memang susu melimpah. Tasha bole try Minum horlick, mkn roti, bnykkan minum air kosong dan mkn sawi pon bole jadi milk booster. @tashamanshahar.” @farahhauliya
Sebaik anak lahir bukan bermakna ibu telah pun kembali sihat dan pulih dengan baik dan pantas. Proses penyembuhan ini mengambil tempoh tertentu terutamanya kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.
Sebaiknya selepas berpantang, ibu berikan perhatian sewajarnya untuk kembali sembuh dengan cepat. Ketika berada di dalam pantang, jika ibu berasa tidak sihat sebaiknya bertemu segera dengan doktor.
Ini panduan dan tanda aras bahaya yang bakal ibu perlu tahu selepas bersalin, khususnya tanda bahaya lepas bersalin yang tidak boleh dipandang ringan.
Jika anda mengalami mana-mana kondisi selepas bersalin, segeralah berjumpa doktor:
Keadaan ini boleh berlaku kepada wanita yang bersalin secara normal. Biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada jahitan selepas beranak.
Elakkan memicit bisul pada faraj kerana ia akan memburukkan lagi jangkitan. Kurangkan bergerak dan gunakan seluar dalam longgar supaya bengkak tidak bertambah sakit. Dapatkan rawatan segera jika mengalami tanda bahaya lepas bersalin ini.
Ada banyak kesan sampingan selepas bersalin czer, anda perlu berwaspada tentang parut perut kerana ia boleh menjadi petanda keradangan.
Nanah yang keluar dari faraj mungkin menunjukkan jangkitan serius seperti peritonitis. Ia boleh berlaku selepas bersalin normal atau pembedahan.
Peritonitis adalah keadaan yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan segera kerana jangkitan boleh merebak ke organ penting.
Dalam tempoh nifas, pendarahan adalah normal. Namun jika terlalu banyak, ini adalah tanda bahaya lepas bersalin yang kritikal.
Ia mungkin menandakan rahim bengkak atau sisa plasenta tertinggal.
Jika sering dahaga tetapi kurang membuang air kecil serta mengalami kesakitan, ia mungkin tanda jangkitan saluran kencing.
Jika simptom ini berlaku selepas bersalin, ia bukan perkara biasa dan boleh menunjukkan jangkitan pada rahim.
Keadaan ini boleh berlaku selepas bersalin dan sangat berbahaya. Ia termasuk dalam tanda bahaya lepas bersalin yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Preeklampsia selepas bersalin berlaku apabila tekanan darah meningkat secara mendadak dan memberi kesan kepada organ penting seperti otak, hati dan buah pinggang. Walaupun keadaan ini jarang berlaku, ia tetap berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan rapi.
Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk sakit kepala yang berpanjangan, penglihatan kabur, bengkak pada muka dan tangan serta rasa tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Dalam sesetengah kes, ibu juga mungkin mengalami loya, muntah atau sesak nafas.
Jika tidak dirawat dengan segera, preeklampsia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti strok, sawan (eklampsia) dan kerosakan organ dalaman. Oleh itu, pemeriksaan tekanan darah secara berkala selepas bersalin amat penting bagi mengesan sebarang perubahan awal.
Segera dapatkan rawatan jika anda mengesyaki mengalami keadaan ini kerana rawatan awal mampu mengurangkan risiko komplikasi dan memastikan keselamatan ibu selepas bersalin.
Sakit kepala biasa mungkin disebabkan perubahan hormon, tetapi jika terlalu teruk, ia mungkin berkait dengan preeklampsia.
Sesak nafas boleh berlaku akibat embolisme pulmonari, iaitu penyumbatan saluran darah di paru-paru. Ini adalah kecemasan perubatan.
Jika tidak menyusukan bayi dengan kerap, payudara boleh membengkak dan menyebabkan jangkitan (mastitis).
Antara tanda termasuk kemerahan, panas dan sakit pada payudara.
Perubahan emosi selepas bersalin adalah normal, tetapi jika berlarutan, ia boleh menjadi serius.
Keadaan ini juga dikategorikan sebagai tanda bahaya lepas bersalin yang memerlukan perhatian segera.
Kesihatan ibu selepas bersalin tidak boleh dipandang ringan. Mengenal pasti tanda bahaya lepas bersalin lebih awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, jangan tunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Kesedaran dan tindakan awal adalah kunci utama untuk pemulihan yang selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayunya melihat seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya demi sebuah perjuangan yang lebih besar. Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, memaklumkan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos bakal melahirkan anak kembar mereka pada pukul 9 pagi ini melalui kaedah pembedahan.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video yang cukup menyentuh hati semua namun turut berkongsi kegembiraan.
Video berdurasi tidak sampai satu minit itu memperlihatkan Dr Halina yang terpaksa meninggalkan empat anak-anak di rumah untuk dimasukkan ke wad pagi ini demi melahirkan sepasang lagi bayi kembar mereka.
Sayunya melihat kasih seorang ibu dan anak-anak yang tidak mahu berpisah dengan ibu mereka. Namun inilah pengorbanan. Tidak ketinggalan juga perkongsian dari keempat-empatnya anaknya yang teruja menanti kehadiran adik baru.
Walaupun sedih meninggalkan anak-anak dan berdebar untuk menjalani pembedahan, namun Dr Halina masih lagi melemparkan senyuman cukup manis. Semoga proses kelahiran pasangan kembar kedua pasangan ini dipermudahkan.
“Sedihnya saya lihat saat Dr Halina nak meninggalkan 4 anak-anak untuk dimasukkan ke hospital pagi ini.
“Anak-anak cukup manja, tak nak berpisah Mommy mereka. Hanya untuk beberapa hari Bella, Tasha, Adam dan Noah.
“InsyaAllah mommy dan daddy akan bawa balik dua adik-beradik kecil untuk kamu hargai dan sayangi,” kongsinya di instagram.
Dalam pada itu Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan empat orang anak yang selama ini menjadi pendamping bahagianya bersama isterinya Dr Halina.
Bapa penyayang itu turut menitipkan pesanan ringkas buat keempat-empat anaknya.
“Kami sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang cantik dengan jiwa yang indah serta penyayang” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi sebuah lagi video berasingan, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan beliau dan isterinya memilih untuk menyambut kelahiran bayi kembar kedua mereka pada hari ini, 20 November 2020.
Dr Halina juga dijadualkan menjalani pembedahan pukul 9 pagi ini selepas mengalami masalah pre-eclampsia dan dinasihatkan untuk bersalin lebih awal. Walaupun dinasihatkan untuk bersalin pada minggu ke 34 kandungan, namun segalanya dipermudahkan dan mampu bertahan hingga ke 35 minggu.
“Dr Halina akan dimasukkan ke hospital untuk C-Section pada pukul 9 pagi. Ini yang terbaik untuk ibu dam bayi. Kami dinasihatkan untuk melahirkan bayi tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.
“Dalam kes pre-eclampsia, satu-satunya rawatan yang ada adalah melahirkan bayi itu. Ia berisiko untuk menunggu lebih lama.
“Kami memilih hari Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulisnya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar turut memohon orang ramai untuk mendoakan keadaan isteri dan anak kembarnya sentiasa terpelihara. Semoga pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan kelahiran bayi kembar.
Dalam pada itu, pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat turut memberikan sokongan dan semangat untuk kedua-duanya.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.