“Dalam Raga Ada Botol Susu Kosong”. Demi Cari Rezeki, Ayah Terpaksa Bawa Anak Sekali

Share

Kasih ayah selamanya. Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada seorang ayah yang juga penghantar makanan kerana sanggup membawa anaknya menghantar pesanan makanan. Demi meneruskan kelangsungan hidup, inilah pengorbanan yang harus dilakukan.

Melalui apa yang dikongsikan oleh Rohayu Mohd Rodzi, kesungguhan seorang bapa yang terpaksa membawa anak kecil bersama mencari rezeki benar-benar menyentuh hati. Kelihatan anak kecil dalam lingkungan usia 2 tahun ini seolah faham bapanya bekerja.

Walaupun diletakkan dalam carrier, tapi dengan keadaan cuaca yang panas serta keselamatan di jalan raya, agak merisikokan anak kecil ini. Namun apakan daya, si ayah tiada pilihan dan terpaksa lakukan ini demi memastikan urusan kelancarannya mencari rezeki dipermudahkan.

Allahuakbar sedihnya..

Saya turun dari kereta terus pergi dekat si bapa dan anak. Waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan. Anak tak ada siapa jaga, nak hantar pengasuh nak kena bayar. Anak diam je. Seolah-olah dia dah faham bapa dia tengah kerja cari duit.

Dalam raga ada botol susu kosong. Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu lah apa yang patut. Kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan.

Semoga murah Rezeki Abg Foodpanda

Kredit: Rohayu Mohd Rodzi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN