Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat.

Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatkan oleh pihak lebuh raya dalam keadaan tak bermaya di lokasi tempat kemalangan.

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Lebih menyedihkan, arwah ibu bapa dua beradik ini ditemui telah meninggal dunia di tempat duduk hadapan.

Berikutan kisah tragis ini, seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat di mana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairunisa Azman pernah memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulungnya. Justeru, beliau yang mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah akan mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat arwah.

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

IKLAN

Dana Anak Yatim Khairunisa (DAYak)

Pada 10 Mei yang lalu, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman dan suaminya Herry Mohd Ali. Namun, kedua-dua anak lelaki mereka terselamat. Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari tayar kereta yang pecah lalu kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di bahagian tanah rizab tepi jalan. Kejadian tersebyt hanya disedari orang awam sekitar 10.40 pagi, pada keesokan harinya.

Selama hampir 12 jam kedua-dua anak yatim piatu itu berada dalam kegelapan, kesakitan, ketakutan, kelaparan dan dahaga tanpa bantuan. Kedua-dua anak itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.

IKLAN

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Allahyarhamah Khairrunisa adalah pelajar Master di UTM dalam bidang kaunseling. Beliau juga pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Adalah menjadi hasrat kedua Allahyarham untuk anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah islam Hidayah. Ini kerana Allahyarhamah telah memohon kemasukan ke tahun 1 sesi 2021 untuk anak sulungnya.

Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif untuk meneruskan hasrat murni kedua-dua Allahyarham.Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.

IKLAN

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan Hidayah, mereka memaklumkan bahawa kutipan Dana Anak Yatim Khairunisa dibuat untuk menampung belanja sara hidup dan perbelanjaan pelajaran kedua-dua anak yatim tersebut sehingga umur mereka mencecah 18 tahun.

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan. Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 TahunSetakat dana tersebut dilancarkan, Yayasan Pendidikan Hidayah telah menerima sebanyak lebih daripada RM74 ribu. Kesemua dana yang terkumpul akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan dan akan melalui waris baru mereka iaitu ibu dan ayah kepada Almarhumah Khairunisa Binti Azman.

Derma boleh disalurkan di https://yayasanhidayah.my/anakyatim.

Sumber: Muhamad Firdaus Ali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI