Sejurus selepas melahirkan bayi, ibu akan mengalami Nifas. Apa itu nifas? Nifas ialah darah yang keluar setelah kosong kesemua rahim daripada kandungan sekalipun yang keluar itu dalam bentuk alaqah (segumpal darah) atau mudghah (segumpal daging), dan sebelum berlalu sekurang-sekurang suci (selepas kelahiran) iaitu selama 15 hari.

Darah Nifas Setiap Wanita Samakah Tempohnya? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

Antara perkara penting yang ibu bersalin perlu tahu ialah, hukum, tempoh dan keadaan yang menyebabkan nifas. Melalui portal theasianparent, nifas datang dari perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin.

Tempoh:

Tempoh nifas tidak ada had minimum. Sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaan tempoh nifas ialah 40 hari iaitu hanya didapati melalui istiqra’ (kajian) sebagaiamana yang telah disebutkan. (Rujuk: Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtaj, 1/413).  Seperti yang dinyatakan dalam portal mufti wilayah persekutuan, sekiranya darah tersebut keluar melebihi tempoh 60 hari, maka ia dihukumkan sebagai darah isitihadah (darah penyakit)

IKLAN

Bagaimanalah pula kalau bersalin Czer? Berapa hari tempoh darah nifas? 

Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin caesar sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin. Oleh itu, ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa. Walaupun anda bersalin secara pembedahan anda sama juga seperti wanita bersalin yang ada keluarnya darah nifas. Maka, samalah tempoh dengan wanita bersalin secara normal.

IKLAN

Darah Nifas Untuk Wanita Keguguran:

Bagi wanita keguguran, jika bayi telah cukup siftnya, maka darah yang keluar selepas bersalin ialah darah nifas. Namun, jika janin masih belum cukup sifat dan dalam keadaan segumpah darah atau daging maka darah yang keluar itu adalah darah haid.

IKLAN

Hukum: 

Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas sama seperti keadaan datang haid. Wanita itu tidak boleh solat, sujud tilawah, bertawaf, berpuasa dan ibadah-ibadah yang memerlukan kita dalam keadaan bersih dan suci.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI