Dalam rumah tangga, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dari situlah apa saja perbincangan boleh mendapat kata sepakat. Suami boleh tahu masalah isteri, isteri pun boleh faham keadaan isteri.
Ini kerana setiap masalah yang hadir dalam rumah tangga boleh diselesaikan dengan baik dan menjadikan pasangan lebih ikhlas mencintai antara satu sama lain.
Seperti perkongsian Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tanpa komunikasi, sifat hormat dan kepercayaan boleh menyebabkan rumah tangga dalam bahaya.
Inilah hal yang bahaya dalam rumahtangga:
1. Tanpa berkomunikasi, tiadalah perhubungan.
2. Tanpa sifat hormat, tiadalah percintaan.
3. Tanpa kepercayaan, tiada lagi sebab untuk diteruskan.
Ads
Anak cucu dan sahabat Tok Abah, kita kena selalu semak, hari ini kita dah bercakap tak dengan pasangan. Dah tegur, berborak dan berbincang tak untuk apa sahaja perkara.
Kalau tak, letaklah handphone ke tepi sekarang dan fokus mengadap pasangan. Mungkin ada perbuatan seharian kita yang dah kecilkan hatinya. Kena selalu semak ye.
Kemudian lihat pula nada kita bercakap, adakah bercakap dengan nada yang penuh penghormatan dan penghargaan.
Kadang mereka ini inginkan kita beri perhatian dan tunjukkan rasa penghargaan dengan membantu, membelai dan menyantuni mereka sesungguhnya. Itupun sudah cukup melegakan mereka.
Ads
Kredit Gambar: Shutterstock
Kita ini hidup bukan sehari dua tetapi sampai hujung nyawa. Bahagia kita bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi ia untuk dikongsi.
Moga rumahtangga kalian sentiasa harmoni sampai syurga nanti ya. Semarakkan cinta sepanjang masa.
Isu pemilihan taska & pengasuh tidak boleh dipandang remeh dan diambil mudah. Tanpa kita sedari, kesilapan dan kecuaian ini boleh undang padah kepada anak sendiri.
Pemerhatian Pa&Ma mendapati pasangan muda kini mudah memilih untuk mendapatkan pengasuh melalui grup atau page di laman sosial. Kurang ketelitian dalam pemilihan dan mengenepikan faktor penting mula menunjukkan kesan negatif ekoran kepada terjadinya kes penderaan bayi yang semakin banyak terjadi akhir-akhir ini. Bahana kesilapan dan sikap terlalu percayakan manusia bertopengkan syaitan di laman sosial akhirnya membawa padah kepada anak sendiri.
Menurut Professor Madya Mastura Badzis, Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, hal ini tidak boleh dipandang enteng dan diambil mudah. Perkara berkaitan asuhan anak dan pemilihan pengasuh perlu jadi keutamaan.
TIDAK BOLEH HANYA KENAL DI MEDIA SOSIAL
Perihal memilih pengasuh anak, ibu bapa perlu teliti. Pertama sekali, ibu bapa tidak boleh hanya kenal-kenal melalui sosial media dan terus hantar anak. Ibu bapa perlu kenal dan jumpa beberapa kali sebelum ambil keputusan untuk menghantar anak kepada pengasuh berkenaan. Sebab yang hendak kita serahkan anak kita, untuk dijaga mereka. Jadi ia menjadi tanggungjawab kita memilih pengasuh yang baik untuk anak.
PERLU BERDAFTAR
Kedua, ibu bapa perlu memastikan pengasuh atau taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika ia berdaftar, bermakna para staf terlatih yang telah mengambil Kursus Asas Permata dengan jabatan ini. Ini bermakna mereka pengasuh yang terlatih. Kursus ini juga ada diberikan kepada pengasuh-pengasuh di rumah yang mana memilih untuk berdaftar.
Kursus Asas ini adalah untuk pengasuh yang menjaga kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah.
SELIDIK LATAR BELAKANG PENGASUH
Ketiga, ibu bapa perlu menyelidiki latar belakang pengasuh tersebut. Dibimbangi kalau mungkin terdapat dalam kalangan pengasuh, mereka yang mengalami masalah Psikologi atau kecelaruan emosi.
Sekarang, ramai yang mengalami masalah mental yang tidak diketahui seperti stresyang membawa kepada distress, psychotic dan memungkinkan terjadinya skizofrenia.
Bagi mereka yang mengalami gangguan emosi atau disorder ini biasanya mereka boleh bertindak sesuatu iaitu gangguan-gangguan tingkah laku yang kita tidak terfikir orang normal akan buat. Ia selalunya berlaku kerana stres yang keterlaluan.
PERLU SELEKTIF
Saya boleh katakan taska berdaftar memang wajib. Katakan ibu bapa nak hantar pengasuh di rumah sekali pun kalau saya sebagai tersebut telah mendapat latihan professional untuk pengasuh TASKA di rumah.
Kadang-kadang kita katakan berikan anak diasuh orang tua-tua, makciknya & nenek dalam keluarga kita, tu saya tidak mahu komen, terserah kepada individu. Pengasuh yang mungkin sudah berusia dan berpengalaman. Namun aspek keselamatan, kesihatan dan sebagainya adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian.
.
PERIKSA KEADAAN RUMAH
Perkara mengambil pengasuh kepada anak ini bukan kita boleh ambil remeh. Kita ke arah negara maju, sepatutnya kita berhak untuk untuk meminta untuk melihat keadaan rumah/ taska di mana anak akan diletakkan. Melihat keadaan depan rumah sahaja tidak cukup.
Memang kita perlu minta kebenaran untuk masuk ke dalam rumah orang, tetapi apabila rumah tersebut dijadikan pusat asuhan, ibu bapa berhak untuk melihat keadaan rumah untuk memeriksa pelbagai faktor seperti keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Bimbang keadaan rumah yang tidak sesuai menyebabkan anak mudah terjatuh, licin dan sebagainya.
TANGGUNGJAWAB
Penguatkuasaan taska di rumah mungkin kurang walau pun ada garis panduan dan sebagainya. Tetapi sebagai ibu bapa, itu adalah perkara asas yang perlu kita telitikan. Perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan tidak boleh ditarik balik. Seandainya sudah tersilap, ia tidak boleh nak diperbetulkan lagi.
NASIHAT KEPADA IBU BAPA
Ibu bapa perlu selektif dan buat persediaan awal. Ketika ibu masih hamil, dapatkan beberapa calon pengasuh dan buatlah lawatan ke rumah beberapa kali. Cuba kenali dan selidik calon pengasuh anda!
Jadi saya amat tekankan di sini untuk memilih taska atau pengasuh berdaftar. JKM ada juga yang memberikan latihan kepada pengasuh (taska) yang beroperasi di rumah. Selain kualiti penjagaan yang terjamin, keselamatan anak juga lebih boleh dipertingkatkan. Dan apabila terjadi sesuatu, kita boleh ambil tindakan. Dan kalau pengasuh tidak berdaftar, kita tidak boleh mengambil tindakan undang-undang.
PEKA MASALAH MENTAL DALAM MASYARAKAT
Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam masyarakat. Dan kita tidak tahu hal ini dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kita tidak kenal. Masalah begini yang sangat kita bimbangkan.
FAKTOR PERSONALITI & KEPERIBADIAN Kalau kita ikut prosedur & ambil kursus asas, kita masih perlu mempertimbangkan faktor personaliti, keperibadian dan attitude kerana ia akan membentuk anak kita.
Ibu bapa yang hendak tinggalkan anak kepada pengasuh perlu ambil masa, bukan terus letak dan tinggalkan. Maksudnya dalam pantang, ketika dalam tempoh cuti materniti ibu bapa dan boleh cari calon pengasuh dan dapatkan maklumat yang tepat.
RATIO PENGASUH & BAYI
Ibu bapa juga perlu ambil tahu ratio bayi dan pengasuh. Ratio pengasuh dan bayi (bawah 12 bulan) ialah 1:3. Seorang pengasuh mengasuh empat bayi masih boleh dipertimbangkan. Sebab apa ratio 1:3 ini dijadikan garis panduan? Kerana contohnya apabila berlaku kebakaran, pengasuh boleh menyelamatkan semua bayi dengan bayi pertama di tangan kiri, bayi kedua di tangan kanan & bayi ketiga ditampung tengah-tengah.
Memang ibu bapa akan katakan, faktor ini tidak penting dan menyerahkan bulat-bulat kepada pengasuh dengan alasan “tahulah mereka menjaga”. Stigma ini perlu diperbetulkan.
Menurut Prof Madya Mastura, individu yang ingin membuka taska, mereka perlu tahu hal-hal ini. Ibu bapa juga perlu perhatikan faktor ratio pengasuh dan bayi dan ambil tahu jumlah bayi / kanak-kanak yang dijaga oleh taska/ pengasuh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu tak perasan akan hal ini. Kita ingat kita terlebih prihatin dan berikan makanan pada anak-anak orang lain untuk gembirakan mereka tetapi rupanya tak disenangi oleh kedua ibu bapa.
Jangan salah faham, bukan tidak suka sebaliknya kena bertimbang rasa dan peka dengan mama yang berusaha untuk berikan makanan terbaik buat anak-anaknya. Kalau kita sendiri pun rasa serba salah untuk menolak.
Perkongsian ibu ini, Puan Najwa Marzuki menarik untuk kita jadikan panduan buat semua. Resipi menarik pun turut sama dikongsikan oleh ibu muda ini.
Rasa nak share something untuk kebaikan bersama. Semoga bermanfaat.
Bila jadi seorang ibu ni kita tak boleh MALAS. Dari anak baby lahir lagi kita dah tempuh tak tidur malam, so letih sangat. Bila anak dah 6 bulan kena prepare makanan dia pulak. Kalau yang bekerja dah kena bangun awal 5 pagi or maybe awal lagi. Penatkan. Tapi macam saya cakap, kuncinya jangan MALAS.
Some mommies will go for instant foods. I’m not totally disagree and not encourage. Since ‘Aafiyah Medina umur 6 bulan memang saya prepare foods dia sampai sekarang umur 8 bulan.
Kenapa saya totally prepare all foods for my princess and sangat straight to a BIG NO to SUGAR & SALT. Sebab tu pentingnya ‘4 day rules’ supaya kita dapat detect anak allergic makan apa. Gula garam sangat tak bagus untuk anak yang umurnya 2 tahun ke bawah. Nak tahu sebab apa? Google.
Kita dah prepare yang terbaik untuk anak tapi ada jugak orang luar yang nak suap makanan yang kita tak buat dan tak pernah bagi untuk anak kita. Geram dan sedih jugak. Pernah ja ada orang nak suap ‘Aafiyah makan kuih, ayam goreng? Saya ni pulak sejenis tak sampai hati nak tegur takut ada yang terasa hati.
Nasib baik saya sempat cari alasan. Alhamdulillah Allah bantu. So peoples out there please lah jangan sesuka hati nak suap anak orang. Mintak izin mak nya dulu? Kita penat prepare for the best, orang luar yang break all our preparations ?
Ok itu ja sharing yang beremosi daripada ummi ‘Aafiyah. Maaf kalau ada yg terasa hati. Biasa la dah jadi mak-mak ni jadi terlebih concern pulak.
Kongsi Menu Kreatif
Menariknya ibu yang sorang ini turut kongsikan resipi kreatif buat anak-anak sebaya anaknya. Boleh juga jadikan panduan untuk penyediaan makanan bayi kita.
Kat sini ummi kongsi menu-menu ‘Aafiyah waktu umur 8 bulan. Semua gambar-gambar kat bawah ni sebelum blend.
Blend nasi dan lauk sekali. ‘Aafiyah dah ada 2 batang gigi. Masih makan makanan yang di BLEND, ummi dah try blend kasar yang ada nasi biji-biji dia tak mau?? It’s ok sayang, asalkan awak nak makan ummi dah syukur.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahya iaitu Tya Adnan berkongsi gelagat anak sulungnya, Aaira Ameena yang mengaku salah menconteng dinding rumah mereka.
Video tersebut dimuatnaik di lama Instagram dan mendapat tontonan lebi 10 ribu pengikutnya.
Menurut perkongsian Tya, dia tersentuh melihat sikap tanggungjawab anak sulungnya itu yang mengaku salah dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dilakukan olehnya sendiri.
“Kakak.. tersentuh hati mommy…”
“Ceritanya.. tadi mommy nampak macam ada kesan conteng dekat dinding. Pastu mommy tanya la “siapa yang buat ni?”. Mula dia takut nak jawab dia yang buat. Tapi lepastu dia mengaku dia buat. So dia ambik pemadam, and then padam kesan conteng tu.”
“Apa yang buat mommy tersentuh, masa dia padam tu, dia tadah tangan dia sebab nak tahan habuk pemadam tu. Masa tu mommy dah impress dah. Dahtu, ehh lepas dah padam tu siap bawak penyapu, sapukan lagi lantai tu. Terus mommy sejuk tak jadi nak marah.”
“Mengalir jugak air mata mommy, mixed feeling kejap. Dah besar dia. Tiba tersentuh hati. Terus peluk dia. Sayangnyaa dekat dia!”
Namun rata-rata wargamaya terhibur melihat telatah comel Ameena dan adiknya
Maleeq Miqayl dalam video yang dikongsi.
kesempurnaancahaya Enterprem adik pun..hehehe..comey..semoga jadi anak soleh solehah keduanya
amelyaamy09 Cutee😍😍😍 tp tu la penyapu dgn baju 1 set ye. hehe 😁🤭
redza.shafiee Sy hanya memerhati maleeq yang sedang bertukang jee kak 😂🥰