Adat dalam rumah tangga, sesekali bermasam muka dan berselisihan faham itu normal. Kadang benda kecil je pun, boleh buat suami atau isteri diam seketika. Masa ni lah boleh nampak skil memujuk antara satu sama lain.

Bagi anda yang ingin terus menyemarakkan rasa cinta dalam hubungan rumah tangga, Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan tipnya.

10 petua semarakkan rasa cinta

Buat pasangan yang sudah lama berkahwin. Ini adalah 10 petua untuk semarakkan lagi rasa cinta antara kalian:

1. Sentiasa utamakan tanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan pasangan. Kadangkala pasangan cuma nak kita layan dia macam mula-mula dulu kalian berkenalan saja.

2. Cinta sebenar sentiasa bertunjangkan hikmah dan diplomasi. Berikan tujuh kali penghargaan atau pujian sebelum berniat untuk menegur. Inilah istilah tarik rambut dalam tepung seperti pepatah orang Melayu kita.

3. Sentiasa target untuk bahagia. Programkan hati dan minda untuk sentiasa ceria dan gembira walaupun masih banyak masalah yang belum diatasi bersama.

IKLAN

4. Berdoa dan yakin bahawa cinta kalian kekal sehingga ke akhir hayat dan bersambung di alam akhirat kelak.

5. Sentiasa menjadi ‘cermin’ kepada pasangan. Maksudnya bukan tiru bulat-bulat apa yang pasangan buat tetapi ambil inspirasi dan rujukan hal kebaikan dari pasangan. Pasangan akan perasan dan tahu kita menghargai ‘small gesture’ dari kita yang dapat mengubah hidup kita.

6. Cinta sejati membantu pasangan membangunkan diri dan jadi lebih dewasa serta matang dalam setiap pengalaman hidup. Bajalah cinta kalian dengan sama-sama belajar dan memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.

7. Cinta sejati sentiasa memandang ke depan secara positif. Harapan memberi kekuatan dan rangsangan untuk bertindak secara cemerlang setiap waktu.

IKLAN

8. Cemburu tanda kasih. Namun jika keterlaluan, ia akan membuatkan pasangan rasa kalian tidak mempercayainya. Berterus teranglah dengan pasangan. Jangan dipendam atau cuba untuk membalas dendam.

Katakan bahawa kalian tidak selesa dengan apa yang kalian lihat dan jika penjelasannya munasabah dan tidak bertentang dengan apa-apa kesalahan, maka terimalah dengan lapang dada.

Kadangkala kita terlalu ikut emosi dan hilang pertimbangan. Namun jika pasangan celik dan sedar akan hal ini, dia akan “tarik handbreak” dan tak mahu buat kalian cemburu lagi.

9. Cinta sejati berpegang kepada prinsip, semakin kita menyayangi diri, semakin mudah orang menyayangi kita. Bagaimana nak orang sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri. Self love itu sangat penting dalam peribadi diri.

IKLAN

10. Cinta sejati peka kepada hakikat. Semakin sedikit kita berharap, semakin banyak yang kita dapat. Apabila banyak yang kita minta, pasangan menjadi tertekan dan mula merasa rimas.

Keep it simple and live life to the fullest, guys. Semoga bertambah erat dan semakin bertaut hubungan kasih dalam rumahtangga kalian ya.

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Rahsia keharmonian bermula dari memberi kasih sayang tak berbelah bagi.

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Dato’ Fadzilah Kongsi 10 Tip Semarak Rasa Cinta Buat Pasangan Dah Lama Kahwin

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI