
Dato’ Fazley gembira impian memiliki cahaya mata perempuan terlaksana. Ia setelah lahirnya anak keempat beliau 5 Oktober 2017 yang lalu.
Kelahiran ini dinanti-nantikan oleh beliau dan isteri, Datin Azrene Ahmad setelah memiliki tiga anak lelaki.
Bagaimana pun Penyanyi dan Masterchef Selebriti 2012, Dato’ Fazley Yaakob berada di Chennai, India semasa kelahiran bayi perempuannya itu berkongsi kesyukuran dan kegembiraan di dalam laman Instagram beliau.
Alhamdulilah.. anak ke-4 saya, seorang Puteri akhirnya. Syukur syukur syukur! Terima kasih semua yang mendoakan! Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakbar cc Happy Mama @azrene_ahmad
Pasangan ini telah pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8 dan Ahmad Firudz Shah, 6.
Para pengikut Instagram beliau juga tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah dan melahirkan kegembiraan dan mendoakan kesejahteraan anak peremmpuannya itu.
Sumber: Instagram fazleyyaakob
“Comel-Comel Anak Bella Oii…” Kecomelan Anak Mua Bellaz Mendapat Perhatian Warganet

Pempengaruh terkenal tanah air iaitu Muabellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini diminati oleh orang ramai kerana kepetahan bercakap dan membuat lawak dalam loghat utara sambil membuat tutorial makeup yang cantik. Jurusolek ini begitu aktif dalam media sosial dan sering berkongsi foto mahupun video melalui instagram miliknya.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, kelima-lima cahaya matanya sangat comel dan cantik! Dari yang sulung sehinggalah yang keempat, memang comel dan cantik. Perkahwinan Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa.




Baru-baru ni anak keempat muabellaz iaitu Nealofa meraih perhatian warganet dan viral disebabkan oleh kecomelannya. Sebelum ini, kebetulan Muabellaz memaklumkan anaknya yang keempat ini mempunyai tarikh lahir yang sama dengan anak ketiga iaitu Ean Yusuf.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan memuji wajah comel anak-anaknya.
Semoga keluarga Muabellaz diberikan kebahagiaan yang berpanjangan dan dilindungi oleh Allah S.W.T
Kredit: Muabellaz
Ada 6 Masalah Tidur Malam Yang Dialami Kanak-Kanak, Atasi Dengan Cara Ini

Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam, kanak-kanak pun tidak terkecuali juga. Aduh, ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut?
Masalah tidur malam dalam kalangan kanak-kanak
Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami. .
Langkah mengatasi masalah tidur malam anak
Berikut disenaraikan 6 masalah tidur malam yang sering dialami kanak-kanak serta langkah mengatasi untuk dicuba.
Antara masalah tidur anak adalah:
Insomnia
Biasanya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur.
Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku,anak anda mungkin mengalami insomnia.
Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.
Langkah mengatasi gangguan ini adalah dengan mengikuti rutin tidur yang baik selama 2 minggu. Ia merangkumi waktu tidur dan bangun yang teratur. Bagi anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang.
Hindari daripada memberikan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kepada anak.
Adakalanya masalah tidur malam insomnia ini boleh jadi gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.
Tidur berjalan
Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga awal remaja.
Ia dipercayai berlaku jika anak terlalu letih, mempunyai suhu badan tinggi atau berasa tertekan mahupun gelisah.
Individu yang tidur berjalan biasanya:
- Mempunyai pandangan kosong
- Sukar untuk bangun pagi
- Tidak mendengar atau melihat sesiapa
- Tidak ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya
- Mungkin keliru dengan apa yang berlaku apabila terjaga
Tiada sebab jelas mengapa anak anda tidur berjalan.
Namun berkemungkinan besar kerana mereka terlalu letih, mengalami suhu badan yang tinggi mahupun berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.
Mimpi yang menakutkan
Anak yang mengalami mimpi buruk biasanya akan bangun selepas beberapa jam pertama tidur dan menjerit mahupun memanggil ibu bapanya.
Keadaan ini sering berlangsung untuk tempoh beberapa minit dan adakalanya melangkau sehingga 30 minit atau lebih.
Sekiranya anak mengalami mimpi yang menakutkan, ibu bapa sila lakukan perkara ini:
- Jangan kejutkan mereka semasa mimpi itu terjadi
- Kekal bertenang dan bersama anak. Tunggu sehingga anak terjaga
Pastinya ia akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa, kan? Tetapi masalah tidur malam dialami anak ini tidak berbahaya dan merupakan sebahagian daripada fasa tidur yang normal.
Tidur apnea
Kanak-kanak yang mengalami tidur apnea biasanya akan tidur berdengkur dan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika melelapkan mata – sekali gus memberi isyarat kepada otak untuk membangunkan mereka.
Kekerapan tidak bernafas diikuti dengan terjaga daripada tidur pada waktu malam, biasanya cenderung membuat anak akan letih dan tantrum pada siang harinya.
Punca berlakunya tidur apnea pada anak adalah tonsil atau adenoid membesar dan membengkak.
Hipersomnia
Merupakan keadaan di mana anak akan tidur lebih banyak daripada biasa pada usia mereka.
Seorang kanak-kanak dengan hipersomnia akan selalu letih walaupun selepas tidur untuk tempoh yang lama, mudah meragam dan cepat marah.
Mereka juga dikatakan kurang daya tumpuan dan mempunyai ingatan yang lemah.
Jika anak anda mempunyai hipersomnia, langkah mengatasi yang boleh dicuba adalah dengan menetapkan rutin waktu tidur malam dan siang untuk beberapa hari.
Jika tiada perubahan, lakukan pemeriksaan doktor.
Mengetap gigi
Sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi mereka saat tidur. Dalam istilah perubatan, masalah tidur malam ini dipanggil bruxism.
Tingkah laku ini juga turut dilakukan saat mereka sedang marah, kecewa ataupun gelisah.
Umumnya, ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini terjadi sekali-sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku, keadaan tersebut boleh menjadi punca kerosakkan gigi atau rahang anak.
Atasi kondisi ini dengan mencuba untuk mengurangkan tekanan mereka. Tetapkan waktu tenang sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur tanpa mengira usia anak anda.
Jika gangguan tidur malam menyebabkan kerosakan gigi anak, anda mungkin perlu mendapatkan rundingan doktor gigi untuk membantu mengatasinya.
Kesimpulannya
Tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil.
Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran pembelajaran untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah tidur malam yang dialami anak, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Hello Doktor
“Kakak Ikut Muka Ayah, Adik Ikut Muka Ibu..” Kecomelan Lesung Pipit Dua Anak Shukri Yahaya Curi Tumpuan

Kejap sangat masa berlalu, rasa macam baru je lagi anak Tya Adnan dan Shukri Yahaya lahir. Sekarang dah besar panjang! Gambar yang dimuatnaik oleh Tya Adnan baru-baru ini beserta kapsyen “Bila masa dorang membesar ni”. Kecomelan dua beradik yang manis berlesung pipit ini dipuji oleh warganet.
Ada juga dari warganet yang memberi komen wajah Aairaa Ameena ikut muka ayah, si adik Maleeq Miqayl ikut muka ibu. Memang ‘good looking’ adik beradik ni!
Antara yang ditinggalkan oleh warganet:
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sekadar info, Tya Adnan mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu 2 iaitu Shukri Yahaya pada November 2015 di Masjid Tuanku Miza Zinal Abidin, Putrajaya.
Hasil perkongsian hidup, pasagan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata.