Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.
Apa yang menariknya, penyanyi kesayangan ramai ini memilih percutian mewah dengan menaiki cruise ke Dubai dan Khasab.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi momen indah ketika pelayaran hebat itu.
Ads
“Alhamdulillah, dapat bawa keluarga menaiki Genting Cruise daripada Dubai~ Khasab ~ Muscat.
“Di Khasab kami dibawa menaiki bot untuk melihat dolphin, berenang & melihat perkampungan kecil di sekitar laut Musandam Peninsular,” kongsi Tok Ti menerusi perkongsian video di Instagramnya.
Ads
Apa yang menarik kata Tok Ti lagi, anak keduanya Afwa paling tidak takut untuk mandi laut.
Tak sangka, 10 hadiah hari jadi anak pasangan pelakon aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dibeli di Up Town sahaja!
Muat naik video durasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Kelihatan Zain membawa Aaisyah berjalan berdua membeli 10 barang pilihan sempena hari jadi anak kesayangannya.
Antara barang pilihan Aaisyah adalah barang solek, casing telefon, topi dan baju jersey.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
Sumber: Tiktok Zain Saidin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti, Sasha Mohd Saidin, 41, sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anaknya itu di masa depan.
Sasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, dia yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.
“Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
“Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.
“Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.
Sasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.
Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.
Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.
Dalam pada itu juga, perkongsian daripada Sasha Saidin mendapat pujian daripada Imam Muda Asyraff yang juga merupakan salah seorang daripada ahli panel semasa forum tersebut.
“Respect Sasha. Perkongsian yang baik dan berani. Tak semua orang mampu buat.”
Sumber: mediaserious.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencampakkan anaknya berusia setahun ke dalam longkang tahun lalu.
Tertuduh, Sharifah Norain Mohd Zali, 33 tahun membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, dihadapan hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan telah menyebabkan mangsa didedahkan dengan cara yang mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh turut didakwa telah mendedahkan mangsa sama kepada kecederaan dengan cara dia membawa mangsa bersama-sama melompat dari motosikal ke atas jalan raya.
Kesalahan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai tahun lalu.
Justeru, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Goh Chin Han merayu hukuman rendah memandangkan tertuduh mengalami kemurungan ketika kejadian kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun dalam hujahannya berkata, tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan.
Tertuduh juga sudah mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain apatah lagi mangsa baru berusia kurang dua tahun ketika kejadian.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mohd Sabri pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.