Demam Campak (Measles) Bukan Demam Biasa, Boleh Bawa Maut. Mak Ayah Kena Berjaga-Jaga!

Share

Kebiasaannya kita menganggap ruam sekadar tanda ringan yang berlalu begitu saja. Namun, demam campak atau measles bukanlah penyakit ringan, ia adalah jangkitan serius yang menjangkiti jauh lebih kronik dan berbahaya daripada sekadar ruam pada kulit.

Measles sebenarnya bukanlah chicken pox, malah gejalanya jauh berbeza. Antara tanda-tanda utama ialah:

* Demam tinggi secara tiba-tiba
* Batuk, selsema dan mata merah
* Tompok putih kecil di dalam mulut (Koplik spots)
* Ruam merah bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan

Yang menakutkan, satu kes measles boleh menjangkiti sehingga 90% orang di sekelilingnya yang belum divaksin. Bila wabak tercetus, kanak-kanak paling terdedah kepada komplikasi serius seperti:

* Radang paru-paru (pneumonia)
* Radang otak (encephalitis)
* Kematian

Inilah sebab measles digeruni dalam dunia kesihatan awam.

Bukan semua demam ruam itu measles. Ia perlu disahkan dengan ujian makmal (IgM & RT-qPCR) sebelum boleh diklasifikasikan. Selepas pengesahan, barulah pasukan kesihatan awam akan bertindak:

* Menyiasat punca jangkitan
* Mengenal pasti serta memantau semua kontak rapat
* Menjalankan Active Case Detection – turun ke kawasan perumahan untuk mencari individu bergejala yang mungkin tidak dibawa ke klinik

Measles adalah penyakit yang boleh dicegah sepenuhnya dengan imunisasi. Vaksin MMR (Measles‑Mumps‑Rubella) adalah sangat penting, bukan sahaja untuk melindungi individu, tetapi juga untuk membina imuniti kelompok (herd immunity) dalam komuniti.

Published by
SRM