Demam bukan biasa-biasa, keprihatinan ibu akhirnya merungkai punca bayi kerap demam. Persekitaran tak bersih dikatakan doktor yang merawat sebagai punca paru-paru anaknya berkuman.

Demam bersuhu tinggi datang dan pergi adalah petanda badan sedang melawan serangan kuman. Apatah lagi bagi bayi yang masih kecil, antibodi yang lemah membuatkan mereka mudah terkena jangkitan.

Perkongsian daripada Puan Ku Nur Diyana ini boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu lain. Keadaan anaknya yang demam berpanjangan selang seminggu tidak disangka berpunca daripada kuman yang bersarang pada paru-paru si kecil.

Pengorbanan ibu tiada tandingan. Keadaan kesihatan anak Muhammad Faidh Rizqi, 1 tahun 5 yang tidak menentu membuatkan ibu ini terpaksa melepaskan jawatannya hanya selepas beberapa bulan bekerja.

Semasa bawah setahun susah nak sakit

“Dulu waktu umur dari 0-12 bulan payah sangat anak saya nak sakit (demam,batuk,selesama). Tapi selepas masuk usia setahun tahun dan saya start bekerja, anak yang duduk dengan pengasuh kerap sakit-sakit demam berpanjangan. On off lepas seminggu ok selang seminggu lagi demam balik.

“Sampaikan saya baru kerja 3 minggu terus berhenti sebab kesiankan anak. Bila anak duduk dengan saya ok je takde demam,” kata Diyana kepada Pa&Ma

Bila tinggal dengan pengasuh anak demam kembali

Diyana juga turut menceritakan di mana dia mula menghantar anaknya kepada pengasuh semula selepas mengambil keputusan kembali bekerja. Namun situasi lama kembali berulang. Muhammad Faidh Rizqi kembali menderita demam.

“Then saya cari kerja sebab tengok keadaan dia dah pulih. Then bila duduk pengasuh benda yang sama terjadi lagi.

Tak aktif, tidak berselera, muntah & buang air besar

Malah demam kali ini penangannya lebih teruk di mana anaknya tidak aktif & hilang selera makan. Muntah dan buang air besar kerap. Tindakannya membawa ke hospital dengan segera menyelamatkan nyawa si anak.

“Sampaikan satu tahap anak saya demam dia jadi terlalu lemah tak aktif tak boleh makan minum. Muntah susu berbuak2 macam air terjun.

Doktor kata persekitaran tak bersih jadi punca

Keputusan imbasan x-ray menunjukkan paru-paru Muhammad Faidh Rizq berkuman. Demam yang kerap dialami bukan demam biasa-biasa, ia adalah influenza A yang boleh meragut nyawa!

“Saya terus bawak pergi hospital amik darah buat x-ray keputusan tak cantik. Anak paru2 berkuman + influenza A. Kena tahan wad hampir seminggu on antibiotik, masuk air dengan ubat air.

Doktor kata mungkin persekitaran tak bersih.

INFO: Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).

“Demam on off mesti bawa ke hospital”

Diyana turut nasihatkan ibu bapa lain agar tidak membiarkan anak demam berulang berlarutan. Bawa ke hospital segera boleh menyelamatkan keadaan.

Saya berharap ibu-ibu dapat amik pengajaran dengan kisah saya ni kalau rasa anak demam on off better bawak terus ke hospital besar yang boleh buat x-ray kita tak tahu apa dlm badan dia.

“Anak sakit 1 tahun 3 bulan Alhamdulillah sekarang dah hampir 2 bulan dia susah nak demam. Kalau ada orang batuk selesama demam pun dia tak berjangkit sebab antibodi dia dah kuat nk lawan. Saya kini menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak sendiri,” kata Diyana.

Jangan biar anak lemah tak bermaya baru bertindak

Diyana ketika mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma melahirkan rasa kesyukuran dan berharap tahap kesihatan si kecil bertambah baik. Jangan tunggu lama sehingga anak lemah tidak bermaya.

“Saya berharap ibu bapa di luar sana pantau anak-anak bila demam on off batuk selesema berpanjangan kena ambik serius.

“Jangan tengok anak dah lemah tak bermaya baru nak bertindak. Peka dengan kesihatan anak-anak. Sayangi anak anda,” kata Diyana.

Sumber: Ku Nur Diyana

Artikel berkaitan:[Demam Suhu Tinggi, Menggigil & Sawan Tanda Anak Influenza. Tak Kuarantin Punca Ia Merebak] [Kenali 6 Vaksin Yang Patut Diterima Anak, Lindungi Si Kecil Lebih Dari 11 Penyakit]