Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih. Lebih kurang 1 dalam 25 orang kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.

Sebahagian kanak-kanak (lebih kurang 30%) ini akan mengalami sawan demam yang berulang-ulang, terutamanya mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko.

Berikut perkongsian dari Puan Nurul Eifa yang mempunyai pengalaman berdepan anak kena sawan tarik dan langkah sepatutnya dilakukan bila ibu bapa dalam keadaan ini.

Demam Tak Kebah Sekejap Ok, Sekejap Panas Tak Sangka Anak Kena Sawan Tarik

Perkara yang paling menakutkan sepanjang hidup bila tengok anak mengalami tarik dan ingat dia hampir putus nyawa. Syukur anak masih dipanjangkan umur dan semakin sembuh. Cuma demam tak kebah-kebah lagi, kejap ok nanti malam dia panas balik. Kena bergilir-gilir dengan suami tengok anak takut trauma dulu terjadi lagi.

Saya kongsi di bawah apa perlu buat kalau jadi tarik kat anak waktu di rumah. Tolong baca untuk pengetahuan dan persediaan kalau tiba-tiba terjadi pada anak sendiri pula.

Demam Tak Kebah Sekejap Ok, Sekejap Panas Tak Sangka Anak Kena Sawan TarikApa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, mengiringkan dia untuk keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.
4. Jangan masukkan ubat punggung masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat punggung (kalau ada simpan kat rumah).
5. Kalau tidak ada ubat punggung di rumah, bila anak sudah sedar cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya. Ingat waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran.

IKLAN

Video dalam wad kecemasan beberapa jam lepas kena tarik

Waktu kejang, otak anak berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen.
Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.
Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. Jadi setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

Demam Tak Kebah Sekejap Ok, Sekejap Panas Tak Sangka Anak Kena Sawan Tarik
Masuk air 1 botol sepanjang malam di wad emergncy

PUNCA SAWAN TARIK

Antara punca dan sebab musabab bayi boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak faktor bergantung pada individu. Antaranya:-

– demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)

IKLAN

– ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)

– pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.

– cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)

Video selepas 12 jam dlm kecemasan dah xda sawan tarik lg so da blh balik dh..Alhamdulillah

IKLAN

– cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.

– kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.

– kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.

– menangis tanpa henti hingga kebiruan. 

– tercekik sesuatu dalam mulut

– genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.

Sumber: Puan Nurul Eifa

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI