Kasihnya ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak. Diuji cahaya mata yang mengalami Autisme Spectrum Disorder manakala diri sendiri tertekan emosi dengan depression dan anxiety, perjalanannya tidak mudah.

Namun semangat Syahirah Omar ini boleh dijadikan inspirasi. Saat diri sedang melawan emosi sendiri, dia tidak menyerah kalah masih boleh menguruskan anak-anak dengan baik. Malah dia sanggup berpindah randah demi keperluan perkembangan cahaya matanya. Luahan ibu ini amat menyentuh hati, seolah dapat menyelami kasihnya seorang ibu kepada anak.

” I’m sorry sir, she’s autistic,” sambil aku hulur kepada dia kad bersaiz kecil. Di dalam kad tu aku ada sertakan sekali sedikit info tentang Autisme.

Demi Anak Autisme Berpindah Randah, 7 Tahun Derita Depresi. Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

Lana tetap meraung sekuat hati. Merangkak dari depan ke belakang pesawat. Kalau aku larang, dia akan menangis. Jadi, terpaksa aku biarkan dia merangkak di dalam pesawat walaupun sudah 3 jam dia kehulu kehilir.

Terlalu banyak mata memandang. Ada pandangan simpati, ada pandangan yang kurang selesa Ya, aku tahu, Anoyying sangat kan?

Demi Anak Autisme Berpindah Randah, 7 Tahun Derita Depresi. Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

3 JAM BERLEPAS ANAK MENANGIS

3 jam tu juga Luqman turut menangis. Kalau aku yang memandu pesawat pasti aku dah parking tepi tenangkan mereka. Tapi, nak parking mana? Perjalanan dari Kuwait ke Malaysia bukan sekejap. Bukan ada hentian R&R diatas awan.

Cabin crew cuba membantu kami. Sebelum pesawat berlepas lagi aku sudah beritahu mereka kondisi Lana. Mereka beri toys, mereka beri makanan. Diam sekejap, kemudian sambung nangis semula.

SEBENARNYA SUDAH BUAT PERSEDIAAN RAPI

IKLAN

Sebenarnya, sebelum naik pesawat aku dah buat persediaan yang sangat rapi. Aku bawa toys baru, bekalan ubat, gadget. Tapi, inilah dunia aku. Kenapa aku susah bercampur dengan orang lain. Hidup aku memang tak keruan menjaga anak-anak.

MASALAH SENSORI BUNYI BUAT DIA MENANGIS

“Mungkin dia sakit perut?” Seorang warganegara Indonesia cuba membantu aku.

Aku check perut tak pula kembung atau cirit birit. Demam pun tak ada. Tetapi inilah Autisme. Anak begini bukan boleh duduk statik. Masalah sensory bunyi yang teruk juga membuatkan dia tak boleh dengar bunyi pengumuman di dalam pesawat. Itulah punca dia menangis tak berhenti. Mungkin juga tekanan pada gegendang telinga apabila berada tinggi di udara membuatkan dia sangat tidak selesa.

Demi Anak Autisme Berpindah Randah, 7 Tahun Derita Depresi. Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

PERJALANAN 7-8 JAM SANGAT MENCABAR

IKLAN

Setelah 7-8 jam, akhirnya kami sampai ke tanah air. Perjalanan yang sangat mencabar. Sebenarnya bukan kali pertama mereka menaiki pesawat, tetapi setiap kali menaiki pesawat itulah yang aku dan anak anak akan lalui. Boleh kau bayangkan? Cuma yang bezakan setiap kali perjalanan tu berapa jam mereka akan menangis.

ORANG TAK FAHAM SITUASI

Kadang-kadang orang tak bersetuju dengan keputusan aku untuk duduk sendiri bertiga dengan anak-anak pada waktu tu. Bagi mereka, kenapa perlu begitu? Tetapi aku dan anak anak perlu keluar ke negara lain setiap 3 bulan kerana aku masih masuk ke Kuwait menggunakan Visa on Arrival. Proses untuk mendapatkan civil id bukan satu perkara yang mudah. Tetapi orang lain tidak akan faham situasi aku.

Demi Anak Autisme Berpindah Randah, 7 Tahun Derita Depresi. Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

RUGINYA, BEST KOT DUDUK OVERSEA!

” Ruginya! Best kot duduk oversea! Boleh jalan tempat orang. Ada musim panas, musim sejuk, buah kurma,”

IKLAN

Haha! Tak ada best mana pun kalau dah anak aku begini. Setiap kali nak bawa keluar rumah adalah mimpi ngeri bagi aku. Setiap kali nak ke rumah kawan pun adalah mimpi ngeri bagi aku. Pergi keluar cantik, balik rumah brooch dah terpusing ke telinga.

MENETAP DI ALOR SETAR DEMI LANA

Akhirnya aku buat keputusan menetap di Malaysia bertiga dengan anak-anak. Aku pilih untuk tinggal di Alor Setar memandangkan disitu ada kekosongan untuk Lana sertai Nasom. Sejak dari tu la hidup aku berpindah randah tak berhenti. Di negeri mana yang sesuai, aku akan pindah asalkan aku usahakan yang terbaik buat dia.

DEPRESI & ANXIETY

Depressi aku bukan setahun dua. Ini cerita 7 tahun lepas. Tekanan yang lama tu buatkan aku makin tidak waras dan tak mampu berfikir lagi dah bila ada perkara yang sama berulang kali trigger aku. Aku penat mental, fizikal dan emosi aku sangat remuk sepanjang membesarkan mereka. Susah aku nak gambarkan perasaan tu, tetapi memang bukan satu benda yang mudah untuk aku. Alhamdulillah, sekarang aku pun dah sihat dari Depressi dan Anxiety.

Demi Anak Autisme Berpindah Randah, 7 Tahun Derita Depresi. Luahan Ibu Ini Menyentuh Hati

ALLAH MAHA BAIK

Allah Maha baik kan? Aku dah lepas satu ujian kecil melalui anak, dan beberapa ujian lain dalam hidup.Tetapi masih banyak ujian lain menanti, kan? Dan ujian hidup ni takkan pernah habis pun kan? Kau sabarlah jika diuji. Kemanisan tu kita akan rasa satu hari nanti bila kita sabar mengharungi. Berapa kali kau jatuh tersungkur pun kau jangan berputus asa. Allah sentiasa ada bersama kau bila saat kau rasa kau tak punya siapa siapa.

Sumber: Syahirah Omar

Artikel berkaitan: “Anak Itu Amanah, Bukan Bebanan.” Diuji 3 Anak Istimewa, Salwa Kuat & Sentiasa Positif 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI