Betullah orang kata, demi anak, ibu sanggup berkorban apa sahaja. Susah senang hidup kita ni tak sama. Begitu juga masalah orang lain, kita tak tahu sejauh mana kesusahan mereka.
Seperti kisah ibu ini di Petaling Jaya yang didapati mengambil barang makanan dan kool fever untuk anaknya dan keluar tanpa membuat bayaran. Tindakan ibu itu telah dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan menahannya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, kes ini telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal dan segalanya telah selesai dengan cara baik.
Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja…
Menerusi perkongsian di FB Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.
Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 ini.
Ads
Tambah Nik Ezanee lagi dalam rakaman video berdurasi enam minit, MCO ni atau PKP ni, banyak mencabar kita.
“Ramai antara kita yang selalu complain kenapa polis buat roadbloack atau tutup jalan, kenapa jam. Sebenarnya, bukan tuan-tuan dan puan-puan je yang susah.
“Ada lagi yang lagi susah. Dalam PKP ni, ramai yang terkesan. Tak kira frontliners, orang awam dari semua peringkat semua lapisan.
“Ada lagi yang lagi susah, jadi kita sama-samalah bantu mana yang kita boleh,” katanya.
Ads
Bukan datang tangkap, tapi bawa macam-macam makanan
Sementara itu, dalam satu perkongsian Twitter Hafidzul_Hilmi dia turut berkongsi kisah disebalik kesusahan ibu ini.
Untuk yang bertanya, suami wanita ini tak bekerja kesan pndemik Covid-19. Terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Hypermart buat report mengenai kejadian itu namun kes di NFA. pic.twitter.com/KJpVALrN31
Hebat !! Polis datang ke rumah seorang wanita di Petaling Jaya kerana mencuri kool fever, sosej dan kek. Bukan untuk ditangkap tetapi datang bersama mcm2 makanan untuk diberi kpd keluarga wanita berkenaan.. Tahniah Polis Pj terutama OCPD ACP Nik Ezanee diatas sifat ihsan.
Untuk yang bertanya, suami wanita ini tak bekerja kesan pndemik Covid-19. Terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Hypermart buat report mengenai kejadian itu namun kes di NFA.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kita nak menidakkan takdir Allah tapi itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila kehilangan anak syurga ketika berusia 18 hari selepas dilahirkan.
Pemergian ini sesuatu yang sangat mengejutkan buat pasangan suami isteri ini kerana ketika dilahirkan semuanya normal dan proses berpantang pun berjalan lancar.
Berikut luahan hati daddy Noah Rafif mengenai pemergian anak syurganya.
NOAH RAFIF B MOHD FAHMI – ANAK SYURGAKU
“NOAH RAFIF, cam nama artis kan” gelak kecilku sambil menjawab pertanyaan kawanku..
Usia perkahwinan kami sudah masuk 2 tahun tapi masih menunggu kedatangan cahaya mata yang pertama.. Janji Allah itu pasti bila isteri disahkan mengandung pada bulan 10..Allahu gembiranya dalam hati..
Dah stat beli-beli peralatan baby tapi yang basic je la macam pakaian dan benda-benda simple..aku plak terlebih eksited nk beli babycot, stroller,car seat & all baby accessory tp wife cakap bia dlu tggu baby kelua..ak ketegag jugak nk beli babycot sebab ade ofer time tu. Setiap kali jumpa doc mesti ak nk ikut sebab ak slalu duk tny perkembangan baby kat doc sebb wife jenis x tau nk tnya apa..
12-06-19
Wife cakap ade darah + lendir keluar.. aku dah la g kje kat kl..rushing balik naik moto..30min je ak pecut..hhahaha..12pm doc cakap dah 3cm bukaan. Kul 1pm wife kne tolak masuk labour room.. panik wei tgk org contraction..serupa putus nyawa sakitnya..allahu..3pm selepas penat bertarung akhirnya putera yg kami tunggu2 akhirnya keluar ke bumi yg fana ini..ALLAHUAKBAR..sebak betul hati ni bila menyambut n azankan..xde gambaran yg mampu diungkap dgn kata2..
Kedatangan Noah Rafif mmg ditunggu..dari family sendiri @ mertua..semua nk tgk Noah.. Wife sediakn CL untuk beri perhatian kat noah dgn diri die.. wife cakap, xpe berhabis duit sikit, janji anak ada org urut,tungku hari2 selain berurut untuk diri die.. bagi ak la..bagus ambik cl ni..x nyusah mak bapak tuk jaga org pantang n baby..
Gembira Anugerah Kurniaan Allah
Perkembangan noah bagus sgt..minum susu bnyk, berak banyak, bercakap banyak..hahah..die bunyi2 la.. 1 benda aku perasan Noah ni selalu senyum..panggil2 die mesti senyum..allahu..sumpah comel..aku x penah perasan baby ni comel..hahaah..puji anak sendiri plak..waktu siang mostly cl akan jaga stat dr bgn subuh smp la ptg..wife akan jenguk2 bg susu sebab Noah x nk direct..kene pakai botol.. setiap pagi jugak sebelum aku g kje aku akan usap2 kepala die,kacau2 pipi die & cium die.. aku nk bau baby tu melekat kat hidung baru tenang g kje.. time kat ofis vc wife suh tunjuk noah watpe walaupun tau die akan tidur je..hahah..xpe janji nampak baby kacang sy ni..
Tak Mahu Menyusu, Asyik Merengek
Jumaat 28-6-19
Pagi tu dalam kul 3 die bangun merengek, nangis tpi kurang menyusu, sgt kurang,.lepas ak tuka pampers, ak suh wife dodoi + susu..alhamdulillah mau tido sat smp kul 6.. dalam 6.30 noah bgn & kami pujuk2 & bg susu tp noah x mahu..kami bagi noah ke cl tuk die jaga n mandikan.. cl pun perasan hari jumaat tu noah kurang menyusu n tidur pun x lena..pagi tu wife ade msg..die cakap rase bersalah sgt ngan noah sebab x jaga die betul2..semua bagi cl buat.. ak cube tenangkan cakap bukan kite x jenguk2 lgsg noah, ade je kita panggil2,bagi susu. Ptg jumaat tu,wife naik nk belajar dgn cl cara mandikan,urut n tungku noah.sbab kami dah plan weekend ni nk jaga die full.ak pun jumaat tu duk tny2 kawan nk beli stroller & car seat jenis yang mana elok.mmg dah janji dgn noah nk hadiahkan barang tu semua kat die.
Noah Kritikal, Tak Mampu Bernafas Sendiri
Aku smpai rumah cam biasa maghrib tu.. nampak noah merengek2 mcm x selesa dan start menangis teruk.. kami panik sebab noah x pernah meragam macam ni.. biras aku cuba tenangkan noah dgn mengurut belakang dan kaki sebab takut kembung perut..alhamdulillah tangisan reda dan noah mahu menyusu dan tidur..
Aku sempat menegur noah.”putihnya kulit noah..jauh beza dgn dady”.. noah terjaga selepas dengar bunyi mercun kuat dibelakang rumah..noah kembali menangis..menangis seperti tiada hari esok..nafasnya seperti tercungap2..muka noah pucat lesi..tiada tangisan kuat tapi dengar nafasnya tercungap2..g klinik terus doc suh g kecemasan sebab keadaan noah sgt kritikal.
Noah dimasukkan dalan red zone..kalau x salah aku, lebih 10 doctor termasuk 2 pakar kanak2 cuba untuk stabilkan noah.. noah dipasang mesin sokongan pernafasan sebab noah x mampu tuk bernafas sendiri..keadaan noah x berubah dr pukul 10.30pm – 12am masih dalam keadaan kritikal.. doctor suggest masukkan ke NICU untuk monitor dan guna proper mesin.. masa di NICU doktor pakar kanak2 dah beruaha sehabis baik untuk selamatkan anak syurga kami ini.
Kata doktor,
NOAH dtg dalam keadaan tenat & kritikal, kedua tangan dan kaki Noah sudah tidak berfungsi sebab darah dah x mengalir ke anggota badan noah..
18 Hari
Dilahirkan Dengan Jantung Tak Sempurna, Hanya Separuh Berfungsi
Noah dilahirkan dengan jantung yg tidak sempurna hanya separuh berfungsi untuk pam darah melalui saluran darah ke anggota badan tapi masa lahir doktor tak dapat detect sebab degupan jantung normal seperti bayi biasa..tiada sebarang komplikasi dan petunjuk menyatakan yang noah sakit.. hanya tunggu masa untuk saluran darah tu mengecil dan jantung tak kuat untuk pam darah ke anggota..allah beratnya ujian mu ya allah untuk noah.. harap noah tak tersiksa dengan penyakit yg die hadapi.. oksigen & ph makin menurun. Noah semakin tenat dan kami diberi peluang untuk memangku noah buat kali terakhir.. gelap fikiran ak bila jantung noah berhenti buat selama-lamanya..
Noah Anak Yang Baik
Noah kesayangan kami dah pergi buat selamanya..tiada lg senyuman,rengek,tangisan, renungan dari noah.. dady rindu nk cium noah pagi2.. dady rindu nk bersihkan najis noah tiap2 malam.. dady rindu nk main2 pipi gebu noah..mamy slalu cakap kat dady, yg noah ni anak yang baik..noah dgn mamy dah janji 3 perkara, noah akan lahir lepas raya sebab mamy n noah boleh makan mkanan raya, noah akan keluar selepas mamy khatam quran masa mengandung noah, noah akan mudah dilahirkan semasa bersalin.. alhamdulillah, semua tu noah dah tolong mamy..noah ikut janji2 mamy..lagi noah lebihkan lg doa mamy bila mamy cakap tolong jagakan mamy n dady sampai tua.. tapi noah akan jaga kami sampai masuk syurga..allah sebaik2 perancang dan maha mengetahui..
Dady tulis ni bukan untuk minta simpati kawan2 dady @ orang awam tp dady nk luahkan rasa sedih dady dan sematkan kenangan kita kat sini..dady janji akan sentiasa kuat untuk mamy dan kuat menghadapi ujian allah..kami redha dgn pemergian noah n harap noah akan tggu kami di syurga ..inshaa allah..dady harap noah sentiasa ingt dan doakan dady n mamy kuat dan bertambah keimanan kepada Allah selepas pemergian noah..tenanglah kau disana Noah..semoga ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
NOAH RAFIF B MOHD FAHMI
12June2019 – 29June2019
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehebat mana seorang wanita, saat berdepan dengan anak kecil yang kehilangan ibu pasti gugur air mata dan itulah yang berlaku pada selebriti, Anzalna Nasir.
Ketika sesi penggambaraan jenama tudung milik Sarah, Loveta, Anzalna gagal menahan air mata dan menangis sebaik melihat satu-satunya anak perempuan allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra, 8.
Momen tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian Anzalna di instagramnya. Video pendek di sebalik tabir penggambaram tersebut juga merakamkan ibu tiri Sarah, Siti Fatimah Suberi dan Talita mengalirkan air mata.
Menurut Anzalna, ketika ditawarkan untuk bekerjasama dengan jenama tudung itu, dia mengakui sukar untuk membuat keputusan dan kerap bertanya pendapat suaminya, Hanif Zaki.
“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
“Selain dari material/ design tudung yang mudah disarung Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah Siti Sarah iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga.
“Masa team @lovetahq text dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami sehinggalah menerimanya.
“Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya sebak melihat Talita dan turut sama menitiskan air mata.
“Talita, air mata yang sarat dengan kerinduan. Anak perempuan tak sekuat anak lelaki. Lagi-lagi bila sentuh soal hati… Dekta kena kuat. Doakan mumy selalu ya…”
“Tiap-tiap kali tengok ni …memang berjuraian airmata..Allahu…”
“Subhanallah, air mata auto ikut turun juga. We love you..”
“Kenapa aku pun ikut menangis.. Ya Allah Arwah kak Siti Sarah mesti tersenyum tengok apa yang dia usahakan ada orang sambung..”
“Tak sedar air mata mengalir laju..nangis tengok video ni..Al fatihah (Dibaca) untuk arwah @sitisarahraissuddin ..Tahniah @anzalnanasir88 ..Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..”
Kredit: IG Anzalna Nasir
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi anak tersayang, selebriti, Fazura dan Fattah Amin membuat keputusan membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisya bercuti ke luar negara. Ini berikutan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak.
Menerusi perkongsian Fazura, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan berita luar negara yang melaporkan tentang penyebaran virus Omicron.
Kata Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, demi keselamatan puteri kesayangannya, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat.
“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.
Perkongsian Fazura yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Beliau meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.
Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya.
“Ya, lebih baik duduk rumah,” kata Nad Zainal.
Hujung November lalu, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia.
Keadaan tersebut membimbangkan masyarakat dunia susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan nama buat cahaya mata sememangnya menjadi momen istimewa bagi setiap ibu bapa. Bagi pasangan selebriti Shuib dan Watie Hanifiah, nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka bukan sahaja indah didengar, malah mempunyai kisah tersendiri yang melibatkan seluruh keluarga.