
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membahagiakan pasangan. Ada suami yang bawa isteri pergi melancong, belikan barang kemas, belanja isteri perkakasan dapur atau banyak lagi. Kadang-kadang, bukan wang ringgit yang buat isteri bahagia tetapi layanan baik dan penghargaan dari suaminya.
Lihat sahaja kecomelan pasangan ini. Si isteri buat kejutan dengan membeli baju tidur bercorak dinosaur, suami pula tak kisah untuk ‘ikut tema’. Selamba dia pun pakai sekali!
Artikel Lain: [Jangan Solat Sendiri, Ajaklah Pasangan Bersama. Ini Saat Romantik Untuk Suami Isteri]
Tak memikirkan tentang ego, suami ikut melayan kerenah isteri untuk membahagiakannya. Jom tengok perkongsian suami ini.
CINTA ITU PENGORBANAN
“Bang!! Baju kita dah sampai”
Aikkkk..
Bila aku beli baju?
“Cuba laaa pakai… Mesti comey”
Yer laaaa.. Yer laaa…
Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju dinosor. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik…
Taaadaaaaaaaaaaaaaa….
Saat tuu aku tgk bini aku dah tertiarap berbuih mulut sbb gelak kat aku.. Cuuihhhhh…
Paling Penting, Rendahkan Ego Kita!
Kita sebagai lelaki..
Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dgn anak2 dan isteri kita.
Artikel Lain: [Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al-Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat]
Isteri Hanya Perlukan Suami
Mewahkan dan lambakkan mereka dgn harta bukanlah satu2nya jalan untuk bahagia.
Hazwan Hj Yusof (Papa Dinosor)
29 Jun 2020