Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Bagaimanapun tak semua pasangan yang berkahwin akan terus diberi rezeki anak. Ada yang berkahwin bertahun-tahun atau berbelas tahun pun masih belum dikurniakan zuriat.
Ada tu dah cuba pelbagai cara tapi masih belum diberi lagi oleh Allah. Itu belum lagi yang melakukan pelbagai rawatan dengan kos tinggi yang perlu dicucuk atau makan ubat. Jika diingatkan mesti sakit tapi demi anak semua itu bukan halangan.
Pengorbanan ini juga turut dilalui oleh pasangan suami isteri, Muhamad Irwan Wahid dan isterinya Noor Liyana Mustaffa.
Melihatkan kesabaran dan tekad isterinya untuk bergelar ibu selepas beberapa tahun berkahwin benar-benar membuatkannya cukup menghargai seorang wanita bergelar ibu.
Berikut antara perkongsiannya
“Sayang, lapar ke?,”
Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.
Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.
Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.
Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.
Last² terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.
Ads
Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan April lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat.
Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan saudara mara & rakan² pasal zuriat.
Isteri Alami PCOS
Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.
Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM.
1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.
Lepas OOCYTE, Air Berkumpul Dalam Perut Isteri
Ads
Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang.
Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut. Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.
Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.
Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.
Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.Perut Dan Paru-Paru Isteri Kena Tebuk
Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.
Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.
Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.
Ads
Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.
Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.
Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.
Tangguh Dulu Buat IVF
Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalanan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.
Ada 30 Biji Telur Dah Bersedia
Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.
Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.
Nak dekat-dekat raya, memandangkan hujung minggu ni sesuai sangat untuk buat kuih raya. Hari ini pa&ma akan kongsikan resipi cookies dari saudari moeirajohson atau lebih dikenali sebagai MJ yang tak renyah nak buat sebab dahlah guna bahan 4 bahan je lepastu tak perlu bakar!
Masukkan 2 cawan nestum, 1 cawan white chocolate (yang telah di double boilkan) dalam mangkuk dan kacau rata.
Bentukkan doh nestum tadi di atas kertas minyak dan bentukkan doh dengan sudu bulat-bulat. Tekan doh di bahagian tengah doh dengan hujung sudu.
Picitkan nutella ke bahagian tengah cookies.
Hiaskan cookies dengan kacang hazelnut yang telah disangai.
Akhir sekali sejukkan dalam peti ais bahagian bawah selama 10 minit.
Dah siap dah. Mudah kan? cookies ni boleh disimpan pada suhu bilik.
Untuk resepi ini, kita boleh ubat suai resepi tukar kacang hazelnut dengan badam boleh, atau apa apa yang disukai dan ada. Tiada masalah. Selamat mencuba!
Penderaan bayi dan kanak-kanak sering kali merobek hati insan yang bergelar ibu dan ayah. Tidak dapat dibayangkan si kecil diperlakukan seperti patung/ binatang oleh orang yang dipercayai akan menjaga mereka dengan baik tidak kira di taska atau pengasuh.
Luahan ibu ini yang juga bertugas sebagai seorang doktor perubatan, Dr Che Sarida menyentap perasaan. Posting Facebook beliau menerima hampir 3,000 perkongsian. Anaknya, Adam Rayqal didera pengasuh taska bersama beberapa kanak-kanak lain. Paling menyedihkan, Adam ialah yang paling muda dari kesemua yang terlibat.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Terdetik nak ambil anak awal. Masa nak ambil anak, guru taska agak terkejut. Adam kelihatan letih. Balik ke rumah Adam mula muntah & sangat lemah tetapi enggan menyusu.
Gambar hiasan.
Menghubungi guru taska & dia kata Adam OK cuma pelik bila Adam muntah. Periksa badan Adam tiada apa-apa cuma semua kain Adam dalam beg taska basah seolah-olah telah dibasuh.
Sepakat dengan suami untuk periksa rakaman kamera litar tertutup di taska. Apa yang dilihat amat menyedihkan kerana Adam dan seorang lagi bayi diperlakukan seperti patung/ binatang!
Dr Che Sarida dan suami telah membawa Adam ke bahagian kecemasan hospital dan membuat laporan polis bersama ibu bapa seorang lagi bayi lain yang terbabit. Pelbagai ujian dibuat termasuk CT brain. Didapati Adam mengalami lebam pada dada. Hasil siasatan mendapati 4 bayi dalam bilik taska tersebut telah didera dan paling menyedihkan Adam yang paling muda & mungkin paling menderita!
Gambar hiasan.
Beliau juga menyertakan beberapa cadangan dan pandangan mengenai kes penderaan yang banyak terjadi. Dalam kes anaknya, tiga ibu bapa kanak-kanak lain yang terlibat ialah Pegawai Perubatan.
Ibu bapa perlu peka 4 tanda bahaya yang mungkin menunjukkan anak didera. Periksa anak selepas mengambil mereka dari pusat jagaan. Antara tanda-tandanya ialah muntah memantul, bayi sangat lemah ketika bersama ibu bapa sedangkan semasa dihantar ceria dan tidak demam, bayi menangis tanpa henti dan sukar dipujuk serta terdapat kesan lebam atau kecederaan fizikal yang lain.
Gambar hiasan.
Dr Che Sarida juga merayu agar tidak rakaman video anaknya tidak ditularkan kerana ia sangat meruntun jiwa melihat anak tersayang didera.
Kepada pendera, kamu tidak layak menggelarkan dirimu teacher atau guru!
Terduduh mengaku tidak bersalah dan kes akan dibicarakan
Adam masih lagi trauma, tangisan trauma (traumatised cry) setiap kali terjaga tidur
Baru sahaja habis berpantang, ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung.
Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.
“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.