“Dengan Tulus Hati Reda Pemergian Anak” Rintihan Ibu Ashraf Sinclair Selepas 4 Hari Pemergian Arwah

Share

Selepas empat hari pemergian arwah Ashraf Sinclair, Ibunya Khadijah A Rahman Sinclair akhirnya mendapat kekuatan untuk berbicara.

Menerusi akaun IG atas nama Dida Sinclair, Khadijah mengakui sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pemergian arwah Ashraf.

“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.

Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf dan keluarganya.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki Noah Aidan, 10 tahun.

IKLAN