Ramai sudah mengetahui tentang kehamilan usahawan jelita, Neelofa. Ia bukanlah rahsia lagi sekarang kerana dia sering dilihat di pelbagai acara dengan perubahan pada perutnya yang semakin ketara.

Artikel Menarik: [Layur Daun Sireh Letak Atas Dada. Petua Mudah Hilangkan Kahak & Hingus Bayi]

Dengar Suara Haris Baca Doa, Baby Tendang Perut. Comel Reaksi Neelofa!
Sumber foto: Instagram Neelofa

Usia kandungan Neelofa kini sudah pun memasuki trimester ketiga dan dijangka akan bersalin dalam masa terdekat. Selebriti ini juga kerap membuat sesi LIVE bersama suaminya, Haris Ismail.

Dengar Suara Haris Baca Doa, Baby Tendang Perut. Comel Reaksi Neelofa!
Sumber foto: Instagram Neelofa

Selain membuat promosi perniagaan, pasangan ini juga suka berkongsi ilmu bersama pengikut mereka. Terbaharu, menerusi sedutan video Instagram lofa.world menunjukkan Haris sedang membaca doa untuk ibu ayah dan berkongsi maksudnya sekali.

IKLAN

Artikel Menarik: [Silapnya, Usia Anak 6-11 Tahun Cepat Sangat Kita Menilai Mereka ‘Tak Pandai’!]

Sedang tekun Haris membacakan doa, tiba-tiba riak wajah Neelofa berubah apabila dia merasakan gerakan bayi. Mungkin si comel tu tendang kuat agaknya sampai terpejam mata Neelofa! Sempat juga Haris bertanya “Bakpo tu?” lantas dijawab oleh Neelofa, “Baby tendang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

Sehingga kini video tersebut telah mendapat tontonan melebihi 50,000! Comel je tengok Neelofa menahan tendangan bayi sambil mengusap perutnya. Mungkin bayi mereka pun teruja mendengar suara si ayah membaca doa.

IKLAN

Jom tengok apa kata follower bila tengok video ni;

Dengar Suara Haris Baca Doa, Baby Tendang Perut. Comel Reaksi Neelofa!

IKLAN

Dengar Suara Haris Baca Doa, Baby Tendang Perut. Comel Reaksi Neelofa!

Sama-sama kita doakan urusan bersalin Neelofa dipermudahkan dan semuanya selamat. Tak sabar nak tengok wajah anak sulung Neelofa dan Haris ni, mesti comel!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI