Kadangkala tanpa sedar kita boleh marah anak depan orang ramai terutama bila mereka buat perangai yang sangat memalukan.
Tindakan spontan tersebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya jangan mengulangi lagi kesalahan tersebut. Selalunya lepas marahkan anak barulah kita menyesal dan rasa bersalah.
Kita pun berjanji kepada diri sendiri tak akan buat lagi perkara tersebut. Tetapi selalunya bila situasi di luar kawalan kita ulangi lagi perbuatan marahkan anak depan orang ramai.
Ads
Wahai ibu ayah, janganlah asyik memarahi anak di depan orang ramai. Kita memang rasa anak masih kecil dan tak faham apa-apa tetapi hakikatnya ia boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan anak.
1.Anak yang selalu dimarah dan ditengking oleh ibu bapanya di hadapan orang akan mengalami trauma yang berpanjangan sejak kecil hingga dewasa.
2. Takut bersosial. Oleh kerana sentiasa takut akan melakukan kesalahan dan dimarahi oleh ibu bapa maka anak sukar untuk bersosial atau bercampur gaul dengan orang luar yang baru dikenali.
Ads
3. Kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri kerana perasaan tidak percaya diri telah terbentuk sejak kecil.
4. Bersikap ego. Akibat selalu dimarah di depan orang, anak akan membesar sebagai seorang individu yang ego dan bersikap individualis serta tidak prihatin terhadap orang lain di sekelilingnya.
Ads
5. Keras kepala dan suka memberontak. Oleh kerana tidak dapat melawan apa yang dilakukan oleh kedua ibu bapanya, maka anak ini akan menjadi manusia yang keras kepala dan suka memberontak.
Tanpa disedari, kita sendiri yang mencorakkan peribadi dan karektor anak menjadi seorang yang penuh sikap negatif. Belajarlah kawal kemarahan kita terhadap anak. Mereka memang selalu buat kesalahan tetapi bukankan akal mereka masih belum matang?
Anak adalah amanah yang mesti dididik dengan baik dan bukan tempat melampiaskan kemarahan sesuka hati bila-bila masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa memilih bagi anak tengok gajet waktu makan. Sebabnya ini penyelesaian terbaik nak bagi anak diam. Malah ada ibu bapa menganggap waktu makan bersama anak memang mencabar, lagi-lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang, perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah, nak memanjatlah, nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya. Memang pening kepala.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, alat paling mudah untuk ibu bapa sekarang mendiamkan anak adalah gajet. Ya, gajet memang memudahkan tetapi dalam masa yang sama amat merugikan anak. Nampak macam remeh, “Alaa makan je, sekejap sahaja”.
Tapi, cuba mak ayah muhasabah kembali. Dalam sehari-harian pergi kerja, balik kerja, makan, gosok baju, lipat baju, basuh baju, urus anak dan sebagainya, waktu bila yang sebetul-betulnya mak, ayah dan anak menghadap satu sama lain, bercakap dan berkomunikasi tanpa gangguan lain?
Ya, waktu makan.
Selalunya, waktu makan bersama keluarga (family meal time) adalah waktu paling banyak komunikasi antara satu sama lain disebabkan waktu lain masing-masing sibuk bekerja + gangguan tv dan gajet.
Kenapa saya kata rugi jika anak biasa makan dengan gajet, kerana waktu makan adalah waktu untuk anak belajar:
1. Makan
Normal apabila anak memasuki fasa perkembangan emosi dan sosial “Autonomi vs Malu” (Psychosocial Development) semasa 18 bulan hingga 3 tahun, anak akan berminat nak belajar makan sendiri. Maka, waktu ini adalah fasa emas untuk mak ayah ajar anak skil makan dan minum.
Untuk belajar skil makan, anak perlu observe cara mak ayah pegang sudu dan garfu, cara nak kaut makanan dan seterusnya anak cuba berlatih makan sendiri.
Bersepah dan comot itu normal. Selagi anak tak berlatih skil makan dengan belajar makan sendiri menggunakan sudu atau tangan, selagi itu anak akan makan bersepah. Belajar makan sendiri juga sama penting dengan belajar menulis ya.
Percayalah, anak akan rasa sangat happy bila dapat makan bersama mak ayah. (Walaupun bersepah)
2. Komunikasi
Bila masuk part komunikasi, ada banyak sangat komponen yang anak rugi bila makan dengan gadget. Gajet tak ajar komunikasi dua hala, anak cakap tapi gajet tak reply (melainkan cakap dengan talking tom).
Ada kajian dilakukan tentang kepentingan makan bersama keluarga (Importance of Family Mealtime) terbukti apabila anak makan bersama mak ayah tanpa gangguan (gajet, TV) membantu anak untuk belajar bersosial dan menjadi seorang yang hebat berkata-kata.
Jadi, sebenarnya waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk anak belajar komunikasi dua hala, bahasa badan, ekspresi muka, intonasi suara dan sebagainya. Sayang sangat jika mak ayah tak guna waktu ini dengan sebaiknya.
3. Deria rasa
Deria rasa anak yang baru mula makan (6 bulan keatas) sangat sensitif disebabkan deria ini adalah deria yang paling “kuat” bagi bayi. Jika dari awal anak dah diperkenalkan dengan gajet atau tv terutamanya waktu makan, hal ini akan menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa yang diberikan sewaktu makan.
Kita yang dewasa pun bila tengok wayang sambil makan popcorn, kadang-kadang khusyuk sangat sehingga tak perasan dah makan 1 kotak popcorn. Apatah lagi anak yang masih kecil, bila kita berikan rangsangan visual dan bunyi semasa makan boleh menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa dan bau. Sehingga deria rasa kenyang pun anak tak rasa.
Hal ini yang menyebabkan anak termakan lebih dari keperluannya (overeating) dan menyebabkan risiko obesiti di masa akan datang sekiranya menjadi habit anak
Tentang gadget + obesiti memang dah banyak kajian dilakukan, makan sambil tengok gajet memang terbukti menyebabkan risiko obesiti tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Jadi, bagi mak ayah yang belum terjebak beri anak gajet semasa makan, elakkan dan elakkan sebelum ia jadi habit.
Kalau yang dah terjebak, jadikan gajet sebagai option terakhir untuk menenangkan anak di meja makan. Cakap memang senang, tapi realitinya memang susah, ya saya faham.
Kesimpulannya jangan mulakan dari awal sebab kesannya susah bila nak kembalikan pada keadaan yang biasa.
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru. Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan keutamaan.
Menurut perkongsian di Public Health Malaysia, reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.
Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.
Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka. Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.
Ini antara yang mak ayah boleh lakukan untuk bakal ‘abang’ dan ‘kakak’:
Anak bawah 2 tahun ke bawah * Semasa hamil, tunjukkanlah gambar bayi dan beritahu ‘ini adik’, ‘ini baby” bagi membiasakan mereka dengan ahli baru kelak.
* Pastikan juga masa diluangkan bersama sebaiknya dengan berkualiti sebelum adik baru dilahirkan.
Anak 2-5 tahun Peringkat umur ini paling sensitif kerana sangat rapat dan bergantung kepada mak ayah.
Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah dengan:
* Membawa mereka semasa temujanji kehamilan supaya anak melihat sendiri perkembangan adik mereka.
* Sebolehnya libatkan mereka dalam segala persiapan termasuklah membeli kelengkapan bayi dan sebagainya.
* Ambil masa untuk ubah rutin harian supaya anak lebih berdikari.
* Peruntukkan masa khas untuk melayan mereka seperti ketika adik tidur atau sebagainya.
* Jika anda tidak dapat memberi tumpuan seketika, minta bantuan pasangan atau keluarga untuk menjaga mereka seketika agar mereka tidak terasa terasing.
* Walau dalam apa jua keadaan, sentiasalah puji mereka dengan berkata, “kakak/abang dah besar” dan sentiasalah positif dengan anak.
* Latih dan beri mereka tanggungjawab seperti ambilkan botol susu atau lampin supaya mereka rasa mereka adalah sebahagian daripada adik baru yang sentiasa diberikan perhatian.
Jangan sekali-kali membiarkan anak bermain sendiri dan memberi tumpuan kepada bayi baru anda. Cuba sebaiknya untuk menjaga hati mereka setiap masa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal seminggu lagi cuti sekolah. Masih ada masa jika ada ibu bapa yang belum sempat membawa anak pergi cuti-cuti. Biasanya ramai ibu bapa yang bekerjaya akan menghabiskan cuti tahunan pada minggu terakhir. Inilah masa yang paling sesuai!
Apa kata minggu terakhir ini, bawa anak-anak ke tempat menarik di sekitar Penang. Selain itu boleh, ‘jalan-jalan cari makan’ menikmati makanan yang sedap di sini. Berikut antara destinasi best di Penang untuk bawa anak-anak bercuti.
20 DESTINASI MENARIK DI PENANG WAJIB PERGI!
1.Rumah P Ramlee
2.Pasar Malam Batu Feringgi
3.Escape Theme Park
4.Muzium GohKaki
5.Dark Mansion Penang
6.Pantai Batu Ferringhi
7.Taman Burung Penang
8.Muzium Perang Penang
9.Adventure Zone, Resort Golden Sands di Feringghi
10.Rainbow Skywalk
11.Countryside Stables Penang
12.Bukit Bendera
13.Phantamania
14.Street Art Penang
15.Upside Down Museum
16.Wonderfood Museum
17.Ice cafe Georgtown
18.Design village
19.Pantai Batu Feringghi
20.Tropical Spice Garden
Dalam pada itu, terdapat perkongsian percutian menarik oleh Encik Faidhi Badri dan isteri yang mengunjungi beberapa destinasi di Penang. Boleh bantu kita ‘explore’ apabila cuti-cuti ke sana!
Dalam Malaysia pun banyak lagi tempat yang cantik. Jom bercuti ke Penang! Rasa nya semua dah tahu penang ni syurga makanan dan kat penang ni banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Ini kami share tempat makan dan tempat menarik yang hangpa boleh pergi bawak family hangpa. Sekali skala hangpa jalan penang apa ada hal kan. Haria Penang haria!
Ni kami nak share sikit, budget kami bawah RM500 termasuk hotel, hotel kami tidur di Tune Hotel. Makan dan sebagainya tu pun tak habis. Saya dengan wife berdua aja. Nasib la pergi time cuti sekolah ni tak berapa jem sangat. Fuhhh lega! Kami malas nak cita panjang nanti hangpa tak larat nak baca. Kami share gambaq noh, hampa boleh tengok sendiri noh! Happy holidayyy kat hangpa. Haria penang Haria.
Juga pastikan sebelum pergi holiday tu rajin-rajin listkan mana tempat nak pergi.
Nanti takda la kelam kabut. Kami pun tak biasa jalan Penang. Guna MR.waze ja dan minta tolong kawan-kawan. Semoga info yang kami share ni berguna untuk semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.