Walaupun kemelut rumahtangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil sudah pun selesai dengan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya kepada Diana, namun kata Diana, dia dan bekas suami tetap bekerjasama untuk membesarkan dua anak mereka.
Akui Diana menerusi perkongsiannya di Harian Metro, Farid masih ada sebagai bapa kepada kedua cahaya mata mereka dan dia tidak akan membesarkan anak seorang diri.
“Saya masih ada dia (Farid) yang membesarkan bersama saya walaupun kami dah tak tinggal serumah,” tambah Diana.
Malah kongsi Diana lagi, Farid adalah bapa yang baik dan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk terus membesarkan dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.
Ads
“Farid bapa yang baik.
“Saya yakin dia adalah bapa yang baik. Itu anak-anak kami, jadi kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia tidak mahu sebarang permasalahan terutama isu berebut anak-anak yang boleh memberi kesan kepada dua anaknya kelak.
Malah katanya lagi, dia akan memastikan komunikasi antara dia dan Farid menjadi sesuatu yang peribadi buat mereka.
Ads
“Apa-apa saja komunikasi yang kami buat mengenai anak-anak, semuanya kami simpan untuk kami sendiri selesaikan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Farid dan Diana telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad dan Aurora.
Siapa tak kenal pemilik nama Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon Rozita Che Wan yang kini semakin membesar. Jika dahulu kecomelan Aaisyah di waktu kecilnya buat ramai yang geram, kini bila sudah menginjak usianya, gaya remaja Aaisyah pula menjadi perhatian.
Mana tidaknya walau baru berusia sembilan tahun, gaya Aaisyah persis anak remaja berusia belasan tahun. Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian.
Menerusi akaun Tik Toknya, Che Ta memuat naik gelagat Aaisyah yang bergaya dengan beg tangan dan telefon bimbit di tangan.
“Dia punya feeling, kalah mak dia,” tulisnya di kapsyen.
Melihatkan gaya posing diva Aaisyah membuatkan Che Ta sedikit ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anak kecil kesayangannya itu.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut menyifatkan gaya Aaisyah hampir sama dengan gaya ibunya yang cantik dan elegan sentiasa.
Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang diberikan wargamaya buat Aaisyah. Sama seperti gaya diva dan kecantikan ibunya. Memang comel.
Terdahulu, Aaisyah Dhia Rana anak pasangan selebriti Che Ta dan Zain Saidin kini berusia sembilan tahun dilahirkan pada 1 November 2014.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Risau susu badan tak cukup untuk si manja? Kami pasti ramai ibu terutama yang baru sahaja pertama kali menimang cahaya mata serta menyusu badan, mencari cara banyakkan susu badan yang kering.
Sebenarnya, ia tidak sukar asalkan ibu tahu teknik atau kaedah yang betul. Tak percaya? Ibu muda ini ada tip untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana.
Susu ibu pilihan yang terbaik
The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.
Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.
Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.
Ada banyak lagi manfaat susu ibu yang lain, jadi tidak dapat disangkal ia sudah pasti merupakan pilihan sumber nutrisi terbaik untuk perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran anak anda.
Seiring dengan penjelasan pakar, ramai ibu yang mahu menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, akan timbul masalah besar apabila susu di dalam payudara itu mulai kering!
Ibu muda ini kongsi cara banyakkan susu badan yang kering!
Puan Nurul Amira Badrul Hisham bersama pasangannya, Encik Mohd Safwan Salim menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Arish dengan berat 3.3 kg di Hospital Kulai, Johor pada tanggal 3 Mac 2021.
Menurut Puan Amira, sebagai first time mom, dia juga tidak lari daripada berasa runsing jika ada masalah pada susu badan. Ternyata sama seperti kebanyakan ibu lain, dia turut berdepan cabaran masalah susu badan kering di peringkat awal selepas bersalin.
Tidak mahu emosi terus menguasai diri, dia berpandangan positif menganggap masalah ini biasa berlaku pada ibu yang pertama kali bersalin, di mana tubuh badan mereka memerlukan sedikit masa untuk lebih bersedia memasuki alam keibubapaan.
“Buat para ibu baru, kita perlu tahu dan belajar banyak tips keibubapaan seperti cara banyakkan susu badan yang kering supaya pengalaman ini dapat kita guna pakai untuk kelahiran yang akan datang pula,” kata Puan Amira.
Berikut beberapa tips banyakkan susu badan yang ibu muda ini amalkan:
1. Urut payudara
Pertama, cara banyakkan susu badan yang kering adalah dengan melakukan urutan khas pada payudara bagi melancarkan lagi proses penghasilan dan pengeluaran susu badan secara semula jadi. Puan Amira sendiri telah menjalani beberapa kali sesi urutan. Menurutnya, susu badan mulai ada lalu bertambah lebih banyak selepas melalui sesi urutan kali keempat dan seterusnya.
2. Pam susu
Berkongsi lagi cara banyakkan susu badan yang kering, ibu muda ini turut mengamalkan tabiat mengepam susu semasa bayi tidak menyusu. Selain bertujuan merangsang pengeluaran susu badan, ini juga persediaan untuknya membuat simpanan susu buat kegunaan bayi kelak.
“Ini penting agar susu yang masih ada di dalam payudara tidak menjadi kering apabila dibiarkan terlalu lama. Saya percaya, jika susu tidak dipam, ia bakal beri kesan pada penghasilan susu ibu,” ujarnya.
3. Kawal waktu anak menyusu
Perkara paling penting, para ibu perlu kawal waktu anak menyusu dengan membuat jadual khas. “Setiap 2 ke 3 jam sekali dalam sehari, susu dalam badan kena keluar untuk diberikan atau disimpan dalam botol kalau Arish tengah tiada ‘mood‘ untuk menyusu, bolehlah untuk elak susu mengeras dan kering,” jelas Puan Amira.
4. Amalkan diet ideal dan sihat
Dalam usaha merangsang susu ibu yang terbaik buat si kecil, ibu muda ini juga mula mengamalkan diet ideal dan sihat – lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu serta bayi.
Tambahnya, sayuran seperti lobak putih dan sawi hijau sering menjadi pilihan ekoran ia berkesan membantunya untuk membuat susu dalam badan itu tidak kering, malah lebih banyak lagi.
5. Ambil milk booster
Menurutnya, cara banyakkan susu badan yang kering itu juga perlu meliputi pengambilan milk booster sama ada secara moden atau tradisional. Beberapa makanan sunnah seperti kurma dan madu juga membantunya memperbanyakkan susu.
6. Elak stres
Turut mendengar nasihat dan saranan daripada doktor dan bidan, Puan Amira juga sentiasa memastikan emosinya stabil dan tidak terganggu, lagi-lagi di fasa awal penyusuan.
“Walaupun ada masalah susu kering masa awal menyusu, doktor dan bidan yang menjaga saya sentiasa ingatkan supaya kawal stres, tak kiralah stres dari segi fizikal atau mental. Dengan ini, tubuh badan ibu akan lebih relaks sekali gus dapat menghasilkan susu badan yang terbaik,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Puan Amira tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi cara banyakkan susu badan yang kering sama ada secara moden atau tradisional. Namun, saranannya agar setiap ibu mendapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu sebelum mencuba sebarang cara.
“Lagi cantik dari hot air balloon Cappadocia” itulah antara reaksi warga maya setelah melihat beberapa keping gambar perkongsian sekitar majlis aqiqah anak kepada selebriti terkenal Mira Filzah iaitu Wan Khair Amir.
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah, 29, memilih sendiri tema ‘Hot Air Balloon’ bersempena dengan majlis aqiqah anak sulungnya itu.
“Saya minta dengan Kak Noor @kayangangallery nak tema “hot air balloon”. Small and intimate Majlis Aqiqah for Amir”
Impian Mira Filzah direalisasikan dengan pelamin “hot air baloon” untuk Amir dan gumpalan kapas diatas yang melambangkan awan. Air tangan yang sangat teliti membuatkan ianya sangat cantik dan ‘real’ seperti “hot air balloon” di Cappadocia.
Memilih warna tema putih hijau, mereka sekeluarga mengenakan busana melayu tradisional yang berwarna hijau lembut. Majlis lebih berseri dengan pelamin ringkas bewarna putih.
Buat pertama kalinya Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya menerusi majlis aqiqah ini dan rata-rata teruja melihat kecomelan baby Amir.
Warga maya turut teruja melihat pelamin “hot air balloon” pertama kali yang hasilkan di majlis aqiqah.
melurizabyel Hahaahh cutenyaaaa! @kayangan.gallery love thiss!
akudanistanbul Lagi cantik dari hot air balloon Cappadocia 😁
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.