Bapa saudara kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan ‘tomboi’ di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang berharap hak penjagaan kanak-kanak itu diselesaikan segera.

Katanya, pihaknya bimbang jika hak penjagaan kanak-kanak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini kerana kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga di sini.

“Dia Budak Baik, Kena Pukul Pun Masih Ingat Sebab Buat Salah” Bapa Saudara Mangsa Dera Harap Dapat Hak Penjagaan
Bapa saudara kanak-kanak tersebut (kiri) dan kesan deraan yang dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboi’nya.

 

“Selama ini kita tidak tahu keadaannya di sini bagaimana, kesian apabila tahu. Jadi saya sangat harap pihak JKM boleh berikan hak penjagaan kepada waris, kita takut kalau JKM jaga dia di sini, dia seorang diri, keluarganya tiada.

“Dia (kanak-kanak itu) juga sudah tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman,”

Bapa saudara yang merupakan abang kepada ibu kandung kanak-kanak itu turut memberitahu, keluarganya telah menjaga kanak-kanak itu serta kakaknya yang berusia sembilan tahun sejak ibu bapa mereka bercerai pada 2018.

IKLAN

“Lepas pasangan itu berpisah pada 2018, kami sekeluarga menjaga mereka sejak kecil lagi, kakaknya juga bersekolah seperti rakan sebaya lain. Kami juga sudah berbincang dengan bapa kandungnya, dia setuju untuk serah penjagaan kepada kami sekeluarga.

Sebelum Ini Si Ibu Pulangkan Anak Pada Keluarga Dengan Baik

“Sebelum ini tidak timbul sebarang isu semasa ibu kandung kanak-kanak itu ambil anak-anaknya dan bawa mereka berjalan-jalan, kerana dia pulangkan kembali dalam keadaan baik sahaja.

IKLAN

“Tetapi pada September tahun lalu, ibunya pinjam kerana hendak bawa berjalan ke Singapura. Namun pada Mac lalu, ibunya hanya menghantar anak perempuannya.

“Dia mendakwa adiknya iaitu mangsa dera gembira menetap di Johor dan dia sedia ambil tanggungjawab menjaganya dan menyekolahkan kanak-kanak itu di sini,” ujarnya.

Pernah Nak Buat Laporan Polis, Tapi Disebabkan Kanak-Kanak Itu Bersama Ibu Kandungnya Sendiri

IKLAN

“Kerana bimbang kami mahu buat laporan polis, namun tidak boleh kerana kanak-kanak itu sedang berasa dalam jagaan ibu kandungnya sendiri, jadi itu bukan satu kesalahan.

“Kami tahu dia sudah berpindah ke Johor Bahru, namun kami tidak mempunyai alamat kediamannya, tidak sangka pula mereka tinggal di Pasir Gudang,” .

Kanak-Kanak Yang Sangat Ceria & Positif

“Dia (kanak-kanak itu) sangat baik, dia ingat dia kena pukul sebab ada buat kesalahan. Kami sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku, tetapi memang sedih kerana kami jaga dia sejak kecil lagi,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang bersikap cakna dengan keadaan kanak-kanak tersebut.

Kredit: Kosmo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI