“Dia Ibu & Isteri Terbaik” Suami Reda, Ibu Muda Hembuskan Nafas Terakhir Selepas Bersalin Anak Kedua!

Share

Tak sempat menatap wajah dan menyusukan bayinya, seorang ibu muda, allahyarham, Ain Farhana Mohd Fadzli, menghembuskan nafas terakhir sejurus bersalin anak kedua.

Difahamkan ibu yang baru berusia 27 tahun ini meninggal dunia akibat komplikasi di bahagian kepala sebaik lepas bersalin.

Menerusi media sosial yang dikongsikan oleh @mr_wan_cai_official, video tular suaminya yang mendoakan arwah isterinya menyentuh hati ramai.

Momen menyayat hati itu turut memaparkan detik-detik akhir pengurusan jenazah arwah Ain yang diiringi linangan air mata si suami dan ahli keluarga.

Dapat dilihat suaminya memberikan kucupan terakhir kepada jenazah isterinya dengan penuh rasa kehilangan dan redha.

“Ya Allah, dia adalah ibu & isteri terbaik. Dia lebih memilih anaknya diselamatkan daripada dirinya sendiri,” luah suami sebak dalam doanya.

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah ibu muda yang tidak sempat menatap wajah apatah lagi menyusukan bayinya.

 

@mrwancaiofficial77 DOA Ikhlas Buatmu, Wahai Isteriku yang Tercinta” Ikhlas aku titipkanmu pada Allah saat kau pergi di pelukan keabadian dengan darah perjuangan, kau hadiahkan kehidupan anak kedua kita lahir, sementara engkau kembali pada Pencipta-Mu. Air mataku tak sanggup menggantikan senyummu yang dahulu menguatkanku dalam gelap dan sendu. Kini jasadmu terbaring dalam damai suci,namun namamu tetap hidup di setiap denyut hati. Engkau syahid, wahai isteriku yang tabah pergimu bukan kalah, tapi puncak amanah melahirkan bukan sekadar tugas dunia tapi jalan menuju syurga bagi wanita mulia. Doaku mengiringi tiap langkahmu di alam sana semoga Allah muliakanmu di sisi-Nya dalam sabar ku peluk anak yang kau tinggalkan dalam cinta, akan ku didik dengan penuh harapan. Tenanglah, wahai cinta, dalam damai abadi kau tinggalkan kami dengan warisan kasih yang suci. Semoga di akhirat nanti kita bersatu kembali di Syurga, di mana tiada lagi air mata, hanya bahagia yang abadi. #AlmarhumahAinFarhana
#KematianDiUsia27Tahun #AsbabPendarahanOtak #SyahidMelahirkanAnakKeDua #IbuMudaAnakDua #HargaiSelagiMasihAda ♬ original sound – mrwancaiofficial77

Ucapan takziah turut dizahirkan buat suami dan seluruh keluarga Allahyarhamah. Ramai mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Kredit : @mr_wan_cai_official

Published by
SRM