Diam tak diam, anak pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, Nur Khawla Soleha ini sudah pun sihat membesar. Malah Khawla kini berusia satu tahun setengah.
Berkongsi perkembangan terkini anak kesayangannya itu, kata Ernie, Khawla kini semakin banyak helahnya malah sudah banyak bercakap.
Ada sahaja aksi comel Khawla yang menarik perhatian, dikongsikan Ernie dan Syamel di Instagram mereka. Memang comel.
“Khawla Now. MashaAllah Subhanallah. Alhamdulillah. Khawla dah setahun lima bulan.
Ads
“Sekejap sangat masa berlalu, dah pandai sebut banyak benda,” tulis Ernie berkongsi.
Tambah Ernie lagi, hidupnya tambah ceria bila mana Khawla yang dilahirkan pada 22 Februari 2022 itu juga semakin banyak helahnya dan pandai bergurau dengan ibu dan ayah.
Ads
“Dah pandai bagi helah, dah pandai gurau gurau dengan Ibu.
“Moga jadi anak baik ya Nak. Ibu Daddy sayang Khawla dunia akhirat,” kongsinya.
Melalui entri yang sama, Ernie turut berkongsi beberapa video Khawla bersama Syamel dan telatah Khawla yang kini semakin membesar.
Dalam pada itu, Syamel dan Ernie juga turut dipuji wargamaya kerana pandai membahagikan dan mencuri masa untuk bersama-sama Khawla biarpun sibuk dengan jadual harian mereka.
MetMalaysia baru sahaja mengeluarkan Amaran Ribut Petir, melibatkan beberapa negeri dan kawasan utama. Jadi kalau tengah travel, nak keluar beli barang, atau anak-anak masih bermain di luar rumah tolong berhati-hati ya.
📍 Selangor
Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang
📍 WP Putrajaya
📍 Negeri Sembilan
Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau
📍 Melaka
📍 Johor
Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru
Sudah 28 hari berlalu sejak pemergian tragis si kecil, Zara Qairina Mahathir. Pemergiannya yang penuh tanda tanya mengundang air mata seluruh rakyat Malaysia, malah kisahnya mendapat liputan meluas di media sosial dan media arus perdana.
Sejak hari pertama, tanda pagar #JusticeForZara dan #StopFitnahZara terus trending, menjadi saksi betapa ramai yang bangkit demi membela keadilan untuk ‘adik syurga’ ini.
Hari ini, perkongsian daripada Marhamah Rosli, wanita yang mewakili keluarga arwah, sekali lagi menyentuh hati. Setelah 28 hari kehilangan ini, beliau menitipkan kata-kata penuh makna bukan sekadar sebagai catatan, tetapi sebagai seruan perjuangan.
HARI KE-28 PEMERGIAN ZARA QAIRINA
Terima kasih atas sokongan dan tanpa henti terus trending #JusticeForZara #StopFitnahZara. Sokongan ini amat besar maknanya dalam usaha kita menuntut keadilan. Ada beberapa point yang ingin saya highlight pagi ini. Bismillah..
#1 Saya mengambil keputusan untuk menurunkan posting tentang keadaan jenazah Almarhumah Zara setelah melihat keterujaan sebahagian masyarakat dan bimbang berlakunya unsur khurafat.
#2 Saya sendiri yang mengkafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem (berdua bersama petugas hospital) dan melihat keadaan jenazah beliau. Saya menegaskan, keputusan menurunkan posting sebelum ini dibuat bukan kerana takut, atau tersalah cakap (seperti yang ‘digosipkan’ oleh beberapa pihak), tetapi untuk mengelakkan salah faham dan amalan yang tidak sepatutnya.
Cukuplah saya ‘simpan’ apa yang saya nampak ketika mengkafankan Almarhumah dan cukuplah Allah memuliakan beliau dengan cara yang Allah inginkan.
Jom kita fokus pula berbuat baik, semoga Allah sudi muliakan kita di dunia dan akhirat Berhentilah bergaduh dan berdebat. Setuju untuk tidak bersetuju. Pendapat orang lain tidak akan memberi kesan apa-apa. Raikan saja pendapat yang lain
#3 Mari kita fokus kepada: .. Mendoakan kesejahteraan Almarhumah Zara di alam baqa’ .. Mendoakan kekuatan kepada ibu Almarhumah Zara dan semoga beliau dijauhkan daripada kejahatan fitnah. .. Mendoakan diri dan masyarakat agar menjaga akhlak. Jom kita membanteras buli tanpa membuli. .. Mendoakan agar kebenaran terbukti. .. Mendoakan pihak yang mempunyai maklumat dilembutkan hati untuk bersuara kepada pihak berkuasa. .. Mendoakan agar pihak yang masih mahu memfitnah Almarhumah Zara dan ibunya, agar Allah kurniakan hidayah dan tawfiq
#4 Jom kita recap sedikit perkembangan kes Almarhumah Zara Qairina.. Setakat ini..
Ibu Zara sudah melantik peguam sah untuk mewakili beliau
Mohon mana-mana pihak, untuk berhubung dengan peguam sah dilantik jika ada sebarang cadangan dan hajat. Elakkan serbu ke rumah Ibu Zara bagi menghormati hak dan privasi beliau. Jaga adab ya
#5 Pasukan undang-undang Ibu Zara juga telah berjaya mendapatkan perintah daripada Pejabat Peguam Negara untuk..
Menggali semula kubur. Melakukan post mortem. Siasatan diambil alih oleh Special Task Force dari Bukit Aman.
#6 Antara perkara penting ialah.. .. Sampai sekarang saya masih menerima banyak maklumat penting. Sekiranya ada info tentang kejadian, tolong jangan berdiam diri. Tampil. Jika tidak berani berhadapan dengan pihak berautoriti, boleh hubungi peguam yang dilantik. Boleh juga whatsapp pasukan kami di 👉 www.wasap.my/60164051617.
#7 Sekiranya ada ugutan, hasutan atau ancaman supaya berdiam diri dan tidak menyalurkan maklumat.. Ayuhlah kita bermuhasabah diri.. Kerana menyatakan kebenaran juga adalah ibadah. Kita ada Allah. Cukuplah Allah saja yang kita takutkan. 🤲 Jangan sampai ‘diam’ kita, menjadi penyebab ada Zara ke-2. نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ
#8 Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Kuching atas sokongan #JusticeForZara. Semalam, ketika saya bertugas di sana, ramai yang menyapa dan menyebut #JusticeForZara apabila menyedari keberadaan saya. Terima kasih atas sokongan dan ambil berat terhadap kes ini ❤️
#9 Jom kita menuntut keadilan tanpa mencipta kontroversi dan spekulasi. Bismillah untuk hari ini, Marhamah Rosli 13/08/2025
Moga perjuangan menuntut keadilan untuk arwah Zara Qairina masih teguh berdiri. Sokongan rakyat tidak pernah pudar, malah terus menjadi penguat semangat buat keluarga untuk mencari kebenaran.
Mak ayah mana yang tidak berbangga dengan pencapaian anaknya. Anak sulung pasangan doktor, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina yang berjaya memasuki tiga sekolah asrama terbaik di negara ini menjadi satu kebanggaan buat ayah dan ibunya.
Angkasawan negara yang cukup terkenal dengan ilmu keibubapaan ini turut menzahirkan rasa bila mana anak sulungnya, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 13, menerima tawaran melanjutkan persekolahan ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Tidak hanya ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bahkan tambah membanggakan kedua ibu dan ayahnya, Bella juga turut ditawarkan untuk memasuki Kolej Genius Permata Pintar Negara pula. Memang hebat!
Dalam hantaran yang dibuat menerusi Instagram itu, suami kepada Dr Halina Mohd Yunos itu meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga.
“Tawaran ke Genius Permata Pintar. Keputusan keluar hari ini dan Bella telah ditawarkan tempat.
“Syukur sangat. Alhamdulliah,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Dr Muszaphar lagi, dia menitiskan airmata kerana selama ini menjadi saksi pengorbanan yang dilakukan anak sulungnya itu.
“Kali ini, daddy yang menangis. Selama ini melihat pengorbanan anak. Tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat. Kental jati diri, tak pernah mengeluh, itulah Bella.
“Semua ini adalah sekolah yang sangat hebat. Bagaimana kami nak buat pilhan? Dalam dilema.
“Namun pada akhirnya apa yang terbaik untuk Bella. Impiannya, cita-citanya, kesejahteraannya dan kegembiraannya,” tambahnya lagi.
Tidak hanya Genius Permata Pintar dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bahkan Bella turut diterima masuk ke Kolej Yayasan Saad yang juga cukup terkenal dan sekolah yang cukup hebat.
Tahniah buat Bella dan kedua ibubapanya yang selama ini menjadi pembimbing paling kuat disampingnya.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.