Masuk hari kelapan kehilangan baby Jude Angel, bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beafourt, Sabah. Masih belum ada tanda-tanda penemuan bayi comel ini walaupun gerakan mencari dipergiatkan.
Bapa kepada baby Jude, Jeremy Sundang menahan sebak apabila mengenangkan kali terakhir dia bersama anak perempuannya itu.
Petani berusia 39 tahun itu hendak meninggalkan rumah mereka di daerah Beaufort barat daya pada awal pagi Sabtu (9 Julai) untuk bekerja apabila Jude tiba-tiba menangis.
“Dia memanjat seluruh badan saya jadi saya dapati ia agak pelik kerana dia biasanya tidak melakukannya.
“Jadi, saya membedungnya dalam pelukan sebelum mendodoinya perlahan-lahan untuk tidur,” katanya sambil menarik leher bajunya untuk mengesat air mata yang mengalir di mukanya.
“Jika difikirkan kembali, itu mungkin semacam petanda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saliwangan Baru pada Khamis (14 Julai).
Bagaimanapun, dia enggan berputus asa untuk mencari anak perempuannya walaupun berhadapan dengan tekanan keluarga serta penyelamat pulang dengan tangan kosong walaupun operasi mencari memasuki hari keenam ketika itu.
Ads
“Harapan saya masih tinggi…rasa saya dia masih hidup,” katanya.
Jude, anak bongsu daripada tiga beradik, pertama kali dilaporkan hilang kira-kira jam 11 pagi Sabtu (9/7/22) selepas keluarga gagal mengesannya. Mereka sebelum itu mendapati pintu depan rumah mereka terbuka.
Kanak-kanak itu dikhuatiri sama ada terjatuh ke dalam Sungai Padas berhampiran atau sesat di dalam hutan sekitar rumah mereka, yang agak terpencil.
Jeremy berkata dia telah meninggalkan rumah untuk bekerja pada jam 6 pagi dan beberapa jam selepas itu adalah mimpi ngerinya yang paling teruk buatnya kerana kehilangan anak pada jam lebih kurang 11 pagi.
Dia berkata isterinya, juga seorang petani, telah pergi lebih awal untuk menaiki kereta api ke bandar Beaufort, kira-kira 30km jauhnya, untuk menjual hasil mereka di tamu daerah mingguan (pasar tradisional) dan Jeremy sudah menunggu isterinya di sana ketika itu dengan kereta.
“Saya sedang duduk di dalam kereta menunggunya selepas jam 8 pagi, isteri saya tergesa-gesa menyuruh pulang, dia memberitahu saya ‘balik-balik cepat’ (jom pulang cepat).
Ads
“Ada orang menghubungi kami, mengatakan Jude telah hilang. Kami segera pulang dan meninggalkan jualan kami,” katanya.
Setibanya di rumah, Jeremy berkata naluri pertamanya ialah mencari melalui kolam kecil yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
“Saya menyelam beberapa kali di dalam kolam tetapi saya tidak menemui sebarang kesan.
“Dia tidak pernah merayau jauh sebelum ini. Paling jauh dia pergi adalah ke sebuah pondok di sebelah rumah kami,” katanya.
Beliau melahirkan rasa puas hati terhadap semua pihak yang mencari termasuk anggota polis, Bomba, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam serta sukarelawan dan penduduk kampung lain atas usaha mereka.
Ads
Ada juga yang menawarkan bantuan dengan “cara ghaib”, katanya, tetapi mereka terpaksa menolak dengan sopan kerana mahu berpegang pada kepercayaan mereka sendiri dalam mencari Jude.
“Ada yang datang dari jauh, cuba menggunakan pengetahuan mereka untuk mencari Jude dan mahu kembali semula selepas gagal mengesannya.
“Tetapi kami terpaksa berkata tidak. Bukan kami tidak mahu bantuan mereka, kami menghormati niat suci mereka dan berterima kasih kepada mereka untuk itu.
“Tetapi selepas bercakap dengan gereja kami, kami lebih suka berpegang pada iman kami. Kami berasa sedih untuk menolak tawaran mereka tetapi mereka juga memohon maaf, mengatakan mereka tidak mahu memaksa ini kepada kami,” kata Jeremy.
Masih panjang umur! Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan apabila terjatuh ke dalam tali air bersama kereta Toyota Harrier ketika ibunya keluar sekejap untuk menutup pintu pagar.
Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 yang ketika itu sedang menjalankan tugas di Pos Nibong, Tumpat, Kelantan.
Tertarik gear D
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu (17 Mac), mangsa Nur Muhammad Que Afnan Zainul Akhbar berada dalam kenderaan itu sendirian dengan keadaan enjin hidup sementara ibunya menutup pagar rumah.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai secara tidak sengaja tertarik gear D.
Kompeni Komander B PGA Batalion 7 Kuantan, Asisten Superintendan Yunus Muhamad berkata, kejadian itu disedari Koperal Sabri Azaman dan Koperal Raja Mohd Rissah Raja Dris selepas terdengar ibu mangsa menjerit.
Terus terjun selamatkan mangsa
Menurutnya, ketika itu, dua anggota PGA juga ternampak kenderaan berkenaan dalam keadaan bergerak ke arah tali air dan terjunam.
“Tanpa berlengah dua anggota PGA dan bapa mangsa berusia 39 tahun terjun ke dalam tali air.
“Selepas 15 minit, mangsa berjaya diselamatkan dan serahkan kepada ibu bapanya,” ujarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, semua majlis perkahwinan, keraian tak dibenarkan. Namun selepas keputusan rentas negeri dibolehkan, majlis perkahwinan atau majlis keraian lain dah mula dibolehkan tetapi masih tertakluk pada SOP yang ditetapkan.
Disebabkan penangguhan majlis yang sepatutnya berlangsung sebelum ini, ramai pasangan pengantin yang buat majlis akad nikah tertutup mengambil kesempatan mewar-warkan dengan menjemput ahli keluarga, saudara mara dan kenalan.
Tak terkecuali, pasangan suami isteri ini yang sama cantik, sama padan telah meraikan hari bahagianya dengan anak dalam kandungan walaupun tengah sarat hamil.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Ely Faiz di facebooknya, dia berkongsi kegembiraannya apabila majlis persandingan berlangsung dengan sempurna walaupun sebelum ini ditunda sebanyak empat kali gara-gara PKP.
Berkongsi lebih lanjut, wanita ini sempat berseloroh dan bersyukur majlis yang dirancang selama ini lancar walaupun dah tinggal beberapa minggu lagi nak melahirkan bayi.
“Benda boleh bawa baby sekali, buat apa nak tunggu beranak. Jadi tak adalah bingung bila anak tanya dia mana, tinggal jawab ‘adaa tuuuu dalam perut’.”
Dia juga memberitahu, selepas majlis persandingan tersebut, masa untuk fokus pada proses dan persediaan hendak bersalin pula. Maklumlah anak sulung, banyak kena belajar.
“Alhamdulillah, selesai sudah setelah 4x postponed. Lepas ni dah boleh focus cara-cara meneran dengan betul.”
Sementara itu, di TikTok makeup artist kepada pengantin wanita ini, turut berkongsi hari bahagia pasangan suami isteri tersebit. Nampak naik seri walaupun sedang sarat mengandung lapan bulan.
“Ni kalau Taca 8 bulan preggy (pregnant) memang macam bola tau muka. Tengok lah ni helok betul bride ni dah 8 bulan ramping je. Siap post ala-ala model lagi ?? Tak ada masalah dah sekarang dah preggy baru nak buat reception.”
Moga majlis ini menjadi memori yang cukup bermakna dan kenangan buat anak sulung pasangan ini.
Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang berkongsi kisah keluarga, namun menurut penyanyi, Faizal Tahir, keluarga adalah segalanya dalam hidupnya malah menjadi keutamaannya.
Menurut Faizal, kehidupannya kini telah banyak berubah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya yang istimewa di hati semua.
“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih.
“Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini.
“Anak-anak saya dah makin membesar dan ada yang sudah habis sekolah jadi saya rasa buat masa ini dalam kehidupan saya sebagai seorang bapa itu melebihi daripada peranan seorang selebriti.
“Kalau dulu zaman-zaman ‘poyo’ saya letak kerjaya saya dahulu berbanding keluarga dengan memikirkan kalau sudah berjaya saya dapat menanggung keluarga.
“Tapi bila masa sudah berubah dan anak-anak makin membesar dan belajar dari kesilapan, rupanya saya salah. Apa-apa pun keluarga dahulu baru kerjaya akan lebih baik,” kongsi Faizal bila bercerita mengenai anak-anak.
Kena selalu bersedia untuk anak istimewa
Dianugerahkan untuk memiliki seorang anak istimewa adalah satu hadiah istimewa dari Allah. Namun akuinya lagi, dia turut berdepan cabaran membesarkan seorang anak istimewa yang sentiasa membuatkan dia sebak kerana masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya itu.
“Saya kena selalu bersedia andai berlaku sebarang perkara yang tidak elok kepada dia kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya.
“Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih ada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun. Tube itu untuk dia makan dan makan ubat.
“Kalau dulu saya ambil macam-macam tawaran tapi sekarang saya tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.
Terdahulu, hasil perkahwinanya bersama isteri, Faizal dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki dan empat anak perempuan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.