Apa sahaja yang dilakukan pasangan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya pastinya mencuri perhatian seluruh peminatnya.

Baru sahaja melahirkan bayi keduanya pada 12 Februari lalu dan sebaik habis berpantang selama 44 hari, ibu kepada Lara Alana dan Lyla Amina ini sudah pun kembali bekerja seperti biasa.

“Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi” Scha Kembali Bekerja, Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak & Masak!

Namun ketiadaan Scha di rumah pastinya turut membuatkan seluruh isi rumah terkesan dengan ketiadaannya. Bukan sahaja dua anaknya, tetapi Awal sendiri menerusi Instagramnya semalam meluahkan rasa hatinya sebaik Scha mula bekerja.

“Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi” Scha Kembali Bekerja, Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak & Masak!

“Dah 44 hari dia ada kat rumah ni, tetiba takde satu hari rasa sunyi pulak.

“How are you doing mommy @schaalyahya,” begitu luah Awal di Instagramnya.

Pastinya tempoh berpantang yang panjang dan melakukan rutin bersama terutama mengendalikan bayi keduanya itu turut memberi kesan pada Awal.

 

IKLAN

 

Namun menariknya, entri yang dimuat Awal itu kemudiannya di balas oleh Scha sambil berseloroh.

” Excuse me, saya ada 9 bulan dan 40 hari kat rumah ye,” seloroh Scha.

Aksi balas Scha dan Awal di Instagram membuktikan betapa sweet dan bahagianya mereka dengan cara mereka sendiri.

“Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi” Scha Kembali Bekerja, Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak & Masak!

Tak kekok jaga anak dan masak

Tidak hanya sibuk menguruskan bayi yang baru dilahirkan, sikap penyayang Awal melayan permintaan isterinya, lebih-lebih lagi ketika berpantang cukup membuktikan betapa bertanggungjawab dan romantiknya Awal di rumah.

IKLAN

Menerusi program Schawal Baby Boom 2021 yang kini sedang bersiaran setiap Rabu, Awal dilihat sering berkongsi beberapa hidangan buat Scha sepanjang tempoh berpantang dan menariknya bapa kepada dua cahaya mata perempuan ini langsung tidak kekok ketika di dapur.

“Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi” Scha Kembali Bekerja, Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak & Masak!

Terbaru, walaupun sudah habis berpantang, Awal tetap menyediakan juadah kesukaan isterinya sebaik habis berpantang.

“Dia nak test konon kita tak sayang kat dia semalam. Bukan je kita jaga anak anak dia time dia first day kerja hari ni.

“Kita siap masak kan dia apa yang korang semua dok vote untuk dia semalam.

“Dia Tak Ada Satu Hari Rasa Sunyi” Scha Kembali Bekerja, Wargamaya Kagum Awal Jaga Anak & Masak!

IKLAN

“Masak sebelah tangan, buat reel sebelah tangan.. takkan tak nampak sayang lagi kot?

“Meh la balik makan. Hantar susu sekali. Anak dah riau dah ni.. 😬 @schaalyahya,” tulis Awal di Instagramnya.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dan teruja dengan Awal yang bijak menguruskan dua anaknya juga kagum dengan kepakaran Awal ketika memasak.

Artikel berkaitan: Tak Tidur Malam Fikir Nama, Lyla Amina Pilihan Scha & Awal Untuk Adik Lara

A Night To Remember, Menangis Tanpa Henti, Video Throwback Lara Berpisah Dengan Mummy Daddy Buat Wargamaya Hiba

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI