Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.
Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?
Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.
Ads
TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?
Ads
NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.
Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.
Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.
Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.
Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.
Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.
Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.
Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.
Sumber: rahsiarumahtangga/Dato Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahasa ‘jerman’ yang dihasilkan oleh kanak-kanak atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON, kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak-kanak melakukannya terlebih dahulu.
Untuk kanak-kanak belajar bercakap, banyak kemahiran yang perlu mereka pelajari. Salah satunya adalah kemahiran kefahaman apa yang disebut oleh orang dewasa dan meniru sebutan orang dewasa.
Kemahiran meniru ada 2 iaitu meniru AKSI dan meniru sebutan VERBAL. Sebagai contoh:
Meniru Aksi
Kemahiran yang perlu kanak-kanak pelajari sebelum usia 1 tahun
Contoh : Kanak-kanak menggoncang rattle selepas orang dewasa melakukannya
Meniru sebutan verbal
Kanak-kanak mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang disebut oleh orang dewasa seperti meniru bunyi haiwan “meow” dan lain-lain
Semasa kecil di bawah umur setahun, kanak-kanak ada kalanya hanya meniru apa yang disebut oleh orang dewasa tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Mereka mendengar dan menyebutnya sahaja. Setelah beberapa kali mereka mendengarnya barulah mereka mula faham maksud perkataan tersebut dan barulah mereka akan menggunakannya pada situasi yang betul. Pada usia ini juga, kanak-kanak mempunyai kebolehan memori yang sedikit dan kebolehan mereka untuk memahami ayat panjang adalah terhad.
Sebab itulah kita biasanya bercakap dalam bahasa yang ringkas dan pendek-pendek sahaja dengan kanak-kanak.
Contohnya:
Ayat 1: Tengok, kucing……. meow….. kucing
Ayat 2: Tengok tu ada kucing, besarnya kucing tu dia tengah makan nasi dengan ikan
Apabila kita menghasilkan ayat 1 pada kanak-kanak, biasanya kanak-kanak akan tiru perkataan meow atau kucing sahaja. Mereka tidak akan meniru keseluruhan ayat. Bayangkan jika kita menggunakan ayat yang panjang seperti ayat 2, agak-agaknya apa yang kanak-kanak cuba untuk tiru. Ia mungkin akan jadi “hdbbf msmkhd shsd kucing mjdg dybd kdhb”. Itulah bahasa jermannya.
Jadi sebenarnya, kanak-kanak menghasilkan cakap “jerman” adalah disebabkan oleh mereka cuba untuk meniru pertuturan orang dewasa tetapi kebolehan kefahaman kosa kata dan memori mereka adalah sangat terhad. Kita bercakap menggunakan ayat panjang, mereka cuba untuk tiru tapi mereka tidak faham ayat tersebut.
Cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ianya akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Apa yang boleh ibu bapa lakukan adalah:
-Tingkatkan kefahaman kanak-kanak bermula dengan kefahaman perkataan, frasa pendek dan barulah kepada kefahaman ayat
-Bercakap atau berbual dengan kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang pendek, ringkas dan berintonasi
-Reka perkataan atau ayat apabila kanak-kanak mengeluarkan bahasa jerman. Contohnya kanak-kanak bercakap jerman sambil menunjuk pada bola. Reka apa jua perkataan atau ayat yang berkaitan dengan bola seperti “waaa besarnya bola” atau sebagainya yang sesuai pada situasi tersebut.
Jika situasi ini berterusan, rujuklah pada terapis pertuturan-bahasa untuk khidmat nasihat.
Selamat mencuba.
Si kecil Aafiyah menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya. Gelagat anak kepada selebriti tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ini ternyata membuatkan hati ibunya dan para netizen cair.
Kelahiran Aafiyah yang kini berusia 8 bulan amat dinanti-nantikan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami setelah 12 tahun. Aafiyah menunjukkan perkembangan yang baik dan kini sudah pandai bermain dengan permainan.
Momen Aafiyah bermain dan terleka dengan mainannya yang mempunyai bahagian seperti cermin telah dirakam. Datuk Sri Siti Nurhaliza telah memuatnaik video yang telah dirakamkan oleh kakak Aafiyah.
Malu-malu pula dia bila menyedari aksinya diperhatikan & ditegur! Ibunya juga turut menyatakan rasa geram melihat telatah Aafiyah itu.
ctdk kakak aafiyah hantar kat ibu video Aafiyah dok asik tengok muka dia di cermin.. Geramnya ibu bila dia senyum lidah terkeluaq comel tuu????
Comelnya Aafiyah memberikan responds apabila dirinya ditegur. Terus tersenyum! Video yang mendapat tontonan sebanyak hampir 160 ribu dalam masa 15 jam meraih lebih daripada 2,000 komen.
Rata-rata netizen geram dengan kecomelan Aafiyah dan terhibur dengan gelagat bayi comel ini. Ada yang memuji Datuk Sri Siti kerana pandai memilih permainan untuK Aafiyah. Bermain dengan cermin menajamkan skil untuk fokus dan eye contact.
Jangan lupa dapatkan edisi Pa&Ma November 2018 yang menampilkan si comel Yusoff Al-Qardawi sebagai penghias kulit! Di dalamnya ada banyak tajuk-tajuk menarik yang dikupas seperti topik utama tentang berpantang, mitos tentang ais, pulmonari embolism, bengkak susu yang tentunya yang sangat bermanfaat kepada mama papa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.