Orang kata anak yang tak duduk diam, selalu buat ibu bapa pening kepala adalah anak yang bijak. Sementara nak menunggu anak betul-betul faham dan tahu apa yang salah atau pun betul, tahap kesabaran ibu bapa kena berada di tahap optimum.
Kadang bila kerap sangat marah-marah anak, lama-lama mereka pun dah tak peduli. Jadi penyelesaiannya ibu bapa kena menggunakan pendekatan psikologi kerana terbukti berkesan dan lekat dalam hati anak kita.
Tegas tetap perlu tapi marah tu kena kawal. Barulah anak sentiasa hormat ibu bapanya dan anggap kita istimewa dihati mereka. Seperti perkongsian ibu ini Fitriyanti di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini, tindakan dua anaknya menconteng muka dengan ink stamp dan marker benar-benar buatnya mengucap panjang selepas tersedar dari tidur.
Buat eksperimen conteng muka dan badan
Menurut Fitriyanti, anaknya berusia 3 tahun dan 1 tahun 7 bulan itu memang suka ‘berkarya’ dengan menconteng tangan dan kakinya. Namun tak adalah seteruk kali ini. Kadang bila diberikan kertas mereka selalu melukis dan menconteng ikut apa terlintas.
Ads
Tapi untuk kejadian kali ini saya pun terkejut macam mana si kakak dapat idea untuk menconteng mukanya dan adik. Sebab tu jika mereka berdua ini hilang dari pandangan dan senyap sekejap, saya terus risau. Sebab macam-macam mereka boleh buat dalam tempoh itu.
“Masa kejadian ini mereka sebenarnya berada dalam bilik bersama saya. Cumanya waktu itu saya tidur sekejap selepas pulang dari kerja. Tak sangka niat saya untuk lelapkan mata dan kunci jam dalam tempoh 30 minit adalah waktu ‘merdeka’ buat anak-anak,” katanya.
Selongkar beg kerja ibu
Ads
Kongsi Fitriyanti lagi, jika sebelum ini mereka ok je dan main mainan dalam bilik kerana pintu bilik memang di kunci dan plug wayar di cabut. Ini kerana saya tahu anak-anak kecil idea dia tu lebih dari yang kita jangkakan.
“Masa saya lelap tu, tak tahu macam mana saya tiba-tiba terjaga kerana suasana dalam bilik sunyi sangat tanpa suara dua beradik. Biasanya mereka main akan bising. Tengok jam yang saya kunci tak sampai 30 minit pun. Bila bangun nampak mereka di sebalik almari.
“Bila datang dekat mereka, terus urut dada kerana habis muka dan badan berconteg dengan ink stamp dan marker. Sedangkan ink stamp dan marker tu tersimpan dalam beg kerja saya.
“Tak tahulah macam mana mereka boleh selongkar dan buat kerja itu dalam tempoh masa yang sangat singkat. Bila saya marah, mereka hanya tersenyum je. Terus ajak mereka basuh muka. Namun si adik saja yang ikut arahan. Kakak tetap berkeras tak mahu basuh.
Ads
“Disebabkan kakak tak mahu basuh, saya bawa dia keluar rumah. Masa tu mak, jiran-jiran semua tegurnya. Masing-masing psiko dan cakap tak mahu kawan sebab mukanya tak cantik. Masa tu barulah si kakak nak basuhnya.
“Agak susah juga nak hilangkan kesan tersebut. Terpaksa di gosok kuat dengan sabun hingga ada kesan macam lebam. Dalam dua hari juga baru hilang sepenuhnya, ujarnya.
Anak oh anak
Bila diingat semula memang rasa nak tergelak tapi kita sebagai ibu bapa yang ada anak kecil tak boleh leka. Patutlah orang kata, anak kecil fasa mereka meneroka tu kadang luar dari kemampuan orang dewasa. Tak cukup dinding, muka dan badan jadi bahan uji kaji.
Kadang bila suara halilintar ibu ni sampai jiran-jiran semua dengar. Tapi itulah semua ni pasti akan jadi kenangan bila mereka besar nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun yang merupakan anak saudara suspek.
Reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, reman pasangan suami isteri itu bermula Sabtu.
“Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam (Jumaat).
“Suspek wanita yang menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kepada kanak-kanak itu meninggal dunia merupakan adik kepada ibu mangsa.
“Ibu kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu menjaga anaknya sebelum diserahkan kepada suspek untuk penjagaan,” katanya pada Sabtu.
Pada Jumaat, seorang kanak-kanak lelaki bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini selepas dipercayai didera dan dikurung.
Mangsa yang disyaki didera berdasarkan kesan pada tubuh badannya berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Adik berusia 6 tahun turut didera
Turut ditemui adik perempuan mangsa berusia enam tahun yang mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan dipercayai akibat penderaan.
Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan. Kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Gelagat anak selebriti vaksin membuatkan kita orang dewasa tengok pun terhibur. Dalam pada cuak dan bimbang hendak menerima vaksin tetapi masing-masing bersemangat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Nampaknya setelah kerajaan mengumumkan pemberian vaksin Covid-19 atau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kepada golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun bermula Februari 2022, ramai selebriti turut mengambil peluang untuk berusaha melindungi anak masing-masing daripada jangkitan virus Covid-19.
Walaupun ada yang mengalirkan air mata kerana takut melihat jarum tetapi mereka tetap bersemangat nak selesaikan suntikan tersebut.
Biarpun kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mengambil vaksin PICKids tetapi ibu bapa tetap berusaha untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan virus Covid-19 selain berdoa dan berserah segalanya kepada Allah SWT.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan.
Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan kehandalan memasak dengan pelbagai resepi sentiasa mencuri tumpuan apabila menggunakan air tangannya sendiri dalam menyajikan makanan buat petugas perubatan.
Dalam entri di instagram airtangan_tunkuazizah, Tunku Azizah dilihat berkongsi pelbagai jenis lauk masakan untuk diagihkan kepada petugas hospital sebagai tanda terima kasih kerana menjadi orang terpenting dalam negara buat masa ini.
Kerja keras mereka sejak beberapa minggu lalu dihargai dengan pemberian air tangan Tunku Azizah sendiri kerana memahami komitmen kerja mereka yang terpaksa bergilir untuk berehat.
Bukan itu saja, yang membuatkan netizen kagum dengan kerabat diraja ini, selain Tunku Azizah, anakandanya Tengku Puteri Afzan juga turun padang membantu untuk membungkus makanan buat barisan hadapan di hospital sambil di bantu petugas lain.
Semua warganet kagum dan rasa bertuah dikurniakan Raja Permaisuri yang prihatin dalam situasi negara sedang berdepan wabak Covid-19.
“Semoga Allah terus merahmati Permaisuri dan seluruh kerabat Tunku” kongsi beberapa pengikutnya yang kini telah mempunyai 252,000 pengikut.
Sejak beberapa hari lalu, laman itu berkongsi aktiviti terkini Tunku Azizah setiap hari memasak menu berlainan sebelum diedarkan kepada petugas perubatan untuk beberapa lokasi berlainan bagi memberi semangat bahawa ramai yang harapkan barisan hadapan ini terus bertahan demi memulihkan semula keadaan negara dari wabak bahaya.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.