Tahukah anda memarahi anak dengan cara terlalu kerap meninggikan suara akan memberi impak negatif kepada permata hati anda. Memang diakui apabila kita marah je automatik suara jadi kuat.
Sebenarnya apabila kita terlalu sangat membentak atau meninggikan suara dengan anak ia boleh mempengaruhi psikologi seseorang anak dan mereka boleh berdendam dengan ibu bapa sendiri. Diam tidak bererti dia takut sebaliknya perasaan itu akan disimpan dan seterusnya anak akan beremosi negatif.
Mana yang kita nak sama ada mahu jadi ibu bapa pendamping anak-anak atau kita berterusan bersikap memarahi dan menghukum tanpa memahami situasi mereka.
Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan:
1) Bertegas tak seharusnya marah
Jika ingin menjadi ibu bapa yang tegas, tidak perlu marah dan membentak anak tetapi boleh mengingatkan mereka dengan cara lebih profesional.
Ads
2) Elak menjerit
Apabila ibu bapa terlalu kerap berteriak dengan anak, boleh menganggu psikologi anak. Perubahan ini biasanya dapat dilihat saat mereka meningkat dewasa. Mereka akan menjadi seorang yang pemarah, tekanan perasaan dan ada risiko untuk membunuh diri.
Ads
3) Anak akan ikut sikap ibu bapa
Anak yang sering melihat ibu bapa tinggi suara tak mustahil mereka juga akan berkelakuan sama dengan adik beradik atau rakan. Jadi jangan salahkan anak jika mereka dianggap kurang ajar kerana itu semua atas kesilapan ibu bapa sendiri memberi didikan.
4) Anak kurang inisiatif
Maksudnya di sini apabila anak dibiasakan dengan marah-marah, mereka jadi kurang inisiatif untuk menonjol. Jadi apa yang mereka lakukan adalah dengan menurut sahaja. Dalam fikiran mereka jika membantah, sudah tahu apa hukumannya.
Ads
5) Boleh ganggu pendengaran
Kesan ini yang paling merisaukan. Seperti yang sedia maklum jika sejak dari kecil anak sudah terdedah dengan persekitaran yang tidak normal untuknya, kesan jangka panjang ia boleh menganggu pendengaran anak. Mungkin kita nampak biasa sahaja sedangkan lama-kelamaan boleh menjejaskan masa depan mereka.
Oleh itu, bagi ibu bapa tak salah untuk mendidik anak dengan tegas tapi biarlah berpada. Anak bukanlah robot yang boleh ikut apa yang kita mahu. Usah salahkan anak-anak jika mereka bersikap negatif.
Untuk pengetahuan ibu bapa, anak cemerlang lahir dari didikan yang sempurna dan suasana persekitaran baik tanpa sebarang tekanan yang boleh meragut jiwa anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti guna tangan-menyepit & menceduk bagus untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Bermain sambil belajar memang bagus untuk merangsang sensori si kecil.
Perkongsian daripada Dr Shazwani Aiza ini boleh anda lakukan kepada anak. Bahan yang digunakan juga boleh disesuaikan dengan bahan yang ada di rumah.
Menurut Dr Aiza, aktiviti ini dilakukannya untuk melatih kekuatan tangan anaknya, Adam Jibreel yang berusia 3 tahun. Berikut ialah perkongsiannya;
BANYAKKAN AKTIVITI MENGGUNAKAN PENYEPIT & PENCEDUK
Aktiviti guna tong (penyepit) ni sebenarnya bagus dari toddler 1 year old plus lagi, Aiza start pun bagi Adam Jibreel main dari Adam Jibreel umur setahun lebih and keep on doing even sampai sekarang sebab Aiza tahu, Adam Jibreel belum betul-betul kuat dia punya strength untuk pegang pen or pensel (except conteng ?), nampak dia pegang pen tu agak loose, so Aiza banyakkan aktiviti tangan dia.
Siapa yang tak mahu anak jadi bijak dan pandai dalam segala hal. Namun mendidik anak yang cerdas minda dan tinggi daya IQnya harus dilatih sejak kecil lagi. Namun cara ransangannya juga harus bijak dan tepat. Ada beberapa perkara ibu ayah boleh praktikkan di rumah untuk melatih kecergasan anak-anak kita.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merangsang minda cerdas anak haruslah dilakukan mengikut semua deria supaya melatih anak dalam pelbagai sudut.
Bagaimana merangsang otak bayi kita supaya minda mereka lebih cerdas dan mempunyai IQ tinggi?
LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI
1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.
2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik spt TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.
3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat.
LAKUKAN RANGSANGAN GERAKAN MOTOR
1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.
2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.
3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul ke makan ada kaitan dengan bercakap ni? Mesti ramai nak tahu kan? Mesti ada juga yang tak percaya dengan hanya makan boleh latih untuk anak bercakap? Sebenarnya memang ada kaitanya dengan pemakanan.
Kita semua makan menggunakan mulut, apabila nak bercakap pun kita gunakan mulut. Cuba buat dua perkara ni:
1. Sebut perkataan ”BOTOL”
2. Bayangkan anda sedang menyedut air boba yang sedap dari straw
Kalau anda dah buat kedua-dua perkara ni, saya nak anda fikir, sedar tak bentuk mulut anda semasa melakukan kedua-dua aktiviti ni adalah sama? Pipi anda melengkung ke dalam manakala bibir pula muncung ke depan. Sebenarnya kita menggunakan bahagian oral motor yang sama untuk melakukan kedua-dua perkara ni iaitu semasa makan, minum dan bercakap.
Apa itu oral motor?
Oral motor adalah bahagian di mulut yang merangkumi bibir, lidah, pipi & rahang. Bahagian-bahagian oral motor ini yang akan terlibat semasa makan, minum & bercakap. Ia menggunakan oral motor yang sama dan boleh dikatakan perkembangan oral motor ini selari dengan perkembangan dalam kemahiran makan. Bahagian-bahagian oral motor ini perlu dilatih supaya dapat digunakan dengan baik. Anda kena ingat, makan bukan hanya bertujuan untuk merasa kenyang, tetapi ianya juga penting dalam melatih bahagian oral motor. Pergerakan seperti mengunyah dan menggigit dikaitkan dengan perkembangan pertuturan. Ini bermakna, sekiranya bahagian oral motor tidak dilatih, ianya sekaligus dapat mempengaruhi skil anak bercakap di kemudian hari.
Bagaimana untuk melatih oral motor dengan makanan?
Untuk pengetahuan anda, tekstur makanan yang berbeza diperlukan untuk perkembangan oral motor. Sebab itu la, anda semua tidak digalakkan untuk beri anak sesuatu tekstur makanan terlalu lama. Ia boleh menyebabkan:
– Gangguan perkembangan oral motor anak kerana kurang dilatih
– Menyebabkan bayi sukar dan tidak mahu menerima rasa dan tekstur baru
– Menyebabkan kelewatan dalam kemahiran mengunyah dan perkembangan otot
Apa peranan lidah?
Adakah anda tahu, lidah memainkan peranan yang penting dalam skil makan dan bercakap kerana ianya termasuk dalam bahagian oral dan perlu dilatih? Bagaimana kita nak latih lidah ni? Makananlah yang akan melatih penggunaan lidah. Sebab itu ada pertukaran tekstur makanan sehingga anak mampu mengigit, mengunyah, menahan makan daripada terkeluar dari mulut dan menelan.
Kedudukan lidah di tempat yang berbeza di dalam mulut akan menghasilkan bunyi yang berbeza. Tak percaya? Cuba sebut huruf T, D, S, K, L, N, R. Dapat tak rasa dengan jelas lidah anda berada di tempat yang berbeza semasa menyebut setiap huruf-huruf tu? Bunyi yang dikeluarkan juga berbeza mengikut kedudukan lidah dan pergerakkan bibir, pipi dan rahang. Sebab itu la, penting agar anak anda diperkenalkan dengan perubahan tekstur dari cecair ke pepejal pada umur yang sesuai.
Apa kebaikan tekstur makanan yang diperkenalkan?
a. Cecair – Puri – Kisar halus
Untuk bayi baru lahir, mereka hanya dapat menghisap dan menelan dan serta mempunyai sistem pencernaan yang belum matang. Pergerakan rahang dan lidah yang digunakan dalam penyusuan membantu melatih bayi untuk mengunyah. Biasanya sekitar empat hingga enam bulan, bayi mempunyai kawalan rahang dan bibir yang lebih baik. Jadi mereka mampu menggerakkan lidah ke atas, bawah dan depan yang mana membolehkan mereka lebih mudah untuk menghisap, mengunyah dan memindahkan makanan ke bahagian belakang mulut untuk ditelan. Semasa perkembangan kanak-kanak terus meningkat, mereka belajar lebih banyak kawalan oral motor. Semuanya adalah proses yang berterusan dan akan mengembangkan skil pertuturan anak.
b. Dilecek – Kisar kasar – Separa pepejal
Menawarkan makanan dalam tekstur ini kepada anak anda dapat melatih anak mengunyah dan perkembangan otot di mulut seperti pergerakan pada rahang. Ianya boleh juga digabungkan bersama-sama dengan puri kegemaran anak anda kerana menghisap, menggigit, mengunyah adalah tingkah laku yang penting dan akan membantu anak anda sedar tentang kemampuan mulutnya untuk bergerak dan berubah.
c. Pepejal / “Finger food”
Makanan dalam bentuk pepejal atau “finger food” membantu dalam perkembangan dan menguatkan otot rahang, bibir dan lidah yang diperlukan ketika bercakap. Bibir juga penting kerana membantu mengawal makanan di dalam mulut supaya tidak terkeluar dan ianya penting untuk bunyi yang dihasilkan dengan bibir seperti menyebut huruf M, B, P, O, V, Y. Oleh yang demikian, sekiranya bahagian oral ini tidak dilatih, ianya menyebabkan anak sukar untuk menyebut perkataan dan meningkatkan risiko anak lambat bercakap.
Cara Memperkenalkan Pelbagai Tekstur Makanan
Pertukaran tekstur makanan ni jangan terus mendadak. Anda boleh cuba cara menggabungkan tekstur dahulu supaya anak dapat menerima pertukaran ini secara perlahan-lahan. Contohnya kalau nak tukar dari puri ke makanan yang dilecek, cuba gabungkan sedikit makanan yang dilecek ke dalam puri tersebut supaya anak masih dapat rasa tekstur puri tetapi akan ada sedikit tambahan tekstur lain. Jadi anak tak terkejut dengan pertukaran tekstur makanan tersebut. Lama-kelamaan, cuba tingkatkan tekstur makanan dilecek lebih banyak dari tekstur puri dan seterusnya 100% dalam tekstur dilecek.
Selain itu, sekiranya anda beri anak makan 3 kali sehari, anda boleh cuba berikan anak 1 hidangan makanan dalam bentuk yang tekstur dilecek, 2 hidangan lagi dalam tekstur puri. Kemudian tukar pada 2 hidangan makanan dalam tekstur dilecek dan 1 hidangan makanan dalam tekstur puri sehinggalah anda berjaya menukarkan ketiga-tiga hidangan makanan sehari dalam bentuk tekstur dilecek.
Sekiranya anak menunjukkan reflek seperti muntah, jangan putus asa dan terus berhenti cuba perkenalkan tekstur makanan yang baru pada anak. Untuk mahir dalam sesuatu perkara, kita perlu ada pengulangan. Anda kena sentiasa ingat, makanan anak anda perlu ada pertukaran tekstur supaya dapat melatih oral motor anak. Anda perlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Teruskan mencuba.
Percayalah, pasti anda akan nampak hasil daripada usaha dan penat lelah anda dalam menyediakan makanan untuk anak. Usaha anda tak pernah sia-sia. You can do it!
Kredit: Noriza Dahalan
Bidang Pemakanan
Aishah Kassim Academy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!